Ablo Dinobat sebagai Aplikasi Terbaik Tahunan oleh Google

Aplikasi perbualan video untuk berkenalan dengan rakan di seluruh dunia merupakan Aplikasi Terbaik Google 2019

GHENT, Belgium, 30 Disember 2019 /PRNewswire/ — Dilancarkan pada bulan Januari tahun ini, aplikasi sembang Ablo menghubungkan anda dengan rakan-baru-dikenali di seluruh dunia. Anda boleh berbual dengan sahabat baru anda dalam bahasa anda sendiri, memandangkan aplikasi tersebut akan menterjemahkan setiap teks secara automatik. Lakukan panggilan video dan kapsyen yang diterjemah akan membolehkan perbualan berlangsung dengan lancar.

 

Ablo connects you with people from all over the world and translates your conversations live. Copyright: Maria Vanina

Ablo connects you with people from all over the world and translates your conversations live. Copyright: Maria Vanina

 

Ablo membawa anda dari satu benua ke benua yang lain, dari Paris ke Rio de Janeiro. Anda akan dapat bertemu mereka yang akan berbual dengan anda tentang negara mereka serta adatnya. Anda akan memperoleh panduan tempatan untuk perjalanan anda yang seterusnya, bertukar-tukar muzik tempatan kegemaran anda, mengetahui tentang bahagian atas piza kegemaran rakan baru anda atau hanya mengembara dunia dengan keselesaan di rumah anda.

“Kami gemar menghubungkan orang ramai dari seluruh dunia dan mengaburkan sempadan. Dinamakan sebagai Aplikasi Terbaik oleh Google merupakan pengiktirafan bagi segala usaha seluruh pasukan kami yang bekerja begitu keras dan pengorbanan mereka untuk aplikasi ini.”
Joost Roelandts – Ketua Pegawai Eksekutif

⠀⠀⠀

Menurut Google, pada tahun ini terdapat satu aplikasi yang benar-benar menonjol daripada yang lain. Ia mengejutkan dan menggembirakan mereka dengan kebijaksanaan dan penambahbaikannya. Direka dengan sangat cantik dan dilaksanakan dengan teliti, Google menobatkannya Aplikasi Terbaik bagi tahun 2019. Google menyukai misi Ablo untuk mencipta hubungan yang tidak mungkin terjalin dan galakannya untuk belajar tentang budaya-budaya yang tidak dikenali.

Ablo, popular khususnya dalam kalangan Gen-Z; 18 hingga 26-tahun, telah dimuat turun sebanyak 6.5 juta kali di lebih 180 buah negara sejak pelancarannya dan mencipta lebih 50,000 jalinan persahabatan setiap hari. Ablo boleh dimuat turun secara percuma melalui iOS serta Android dan terdapat juga versi web yang disediakan di https://ablo.live.

 

The app is especially popular with 18 to 25 year olds.  Copyright: Rafael Delgado

The app is especially popular with 18 to 25 year olds. Copyright: Rafael Delgado

 

BACA :  Speaser - Pelancaran Aplikasi Sukan Sosial Pertama Dunia

 

Related Links :

https://ablo.live



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my