Bangunan Tertinggi Dunia, Burj Khalifa, Tawan Hati Dunia Dengan Pertunjukan Malam Tahun Baharu Mengagumkan Emaar di Downtown Dubai

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 6 Januari 2020 /PRNewswire/ — Emaar, pemaju utama Burj Khalifa, mengagumkan lebih 2 bilion orang di seluruh dunia dengan pertunjukan piroteknik yang menakjubkan pada bangunan yang tertinggi di dunia bagi menyambut tahun 2020.Dalam sebuah kisah yang menakjubkan, Burj Khalifa berubah menerusi animasi, cahaya, bunyi dan pertunjukan air pancut yang disegerakkan membawakan penonton ke perjalanan detik menuju dekad baharu.

Emaar_Burj_Khalifa_New_Years_Eve_Show_1

Emaar_Burj_Khalifa_New_Years_Eve_Show_1

Susulan detik kira digital sepuluh saat yang tradisional di permukaan bangunan Burj Khalifa yang bercahaya,jarum jam menunjukkan waktu tengah malam, memberikan tanda latar langit Downtown Dubai dipenuhi dengan simbahan bunga api dan warna bagi pertunjukan yang berdurasi lapan minit dan empat puluh tiga saat yang memecah rekod. Mereka yang bertuah menyaksikan pertunjukan tersebut disajikan dengan set bunga api berturut-turut yang paling lama dalam sejarah pertunjukan NYE Burj Khalifa dengan kiraan masa lebih lima minit. Persembahan ini menampilkan sejumlah 1,371 kg bunga api, yang diletakkan di sekitar 207 lokasi bedilan yang amat besar. 

Bagi menandakan permulaan dekad baharu, pertunjukan pada Burj Khalifa tersebut diilhamkan oleh Emaar. Setiap saat pertunjukan tersebut mempesonakan sebagaimana bunga api, animasi pada muka bangunan LED Burj Khalifa, komposisi muzik dan pertunjukan air pancut indah yang diiklankan dan digabungkan sebelum ini.

Acara yang amat dinanti-nantikan itu mengalu-alukan lebih satu juta penonton di Downtown Dubai, projek pembangunan mega utama Emaar, bagi menyaksikan 15,000 bunga api yang dikoreografi dengan sempurna yang memaparkan 48 corak piroteknik, seraya menandakan permulaan dekad baharu. Semua kesan piroteknik dipilih khas dan dihasilkan untuk pertunjukan ini, yang memastikan rekaan dan kesan unik bunga api benar-benar tiada tandingan.

Sambutan ini juga melibatkan The Dubai Fountain Show yang berdurasi paling lama seumpamanya sejak air pancut tersebut dilancarkan pada tahun 2009, menambah satu lagi peristiwa penting yang berprestij bagi persembahan muzik-air tersebut. Pertunjukan yang terkenal di dunia itu mengambil masa 160 jam sepanjang empat minggu untuk dikoreografi dan memaparkan 113.5 kiloliter air di udara pada satu-satu masa, dilancarkan daripada 1,137 penembak air yang menakjubkan serta 6,612 lampu.

BACA :  S.Pellegrino Umum Ahli Juri untuk Peringkat Akhir Global Pertandingan Cef Muda 2020

Aspek pilihan pertunjukan merujuk kepada budaya, seni dan muzik serantau.  Sebelum jam menunjukkan pukul dua belas, animasi di Burj Khalifa mengubah menara tersebut menjadi alat Oud tradisional dan diketik mengikut rentak melodi arabes, dan selepas itu muncul ensemble bunga-bungan berkembang yang indah, menambahkan lagi kehalusan seni dan keindahan pertunjukan. Turut melengkapi pertunjukan ini dan menyerlahkan sinergi antara rakan kongsi, bendera-bendera dari negara-negara GCC dipaparkan pada muka bangunan monumen ikonik berkenaan bagi meraikan ikatan yang erat antara negara-negara ini.

Susulan permintaan yang belum pernah terjadi sebelum ini, Emaar memberi peluang sekali seumur hidup kepada orang ramai dari seluruh dunia untuk membolehkan hajat Tahun Baharu mereka dipaparkan pada muka bangunan LED Burj Khalifa semasa sambutan NYE 2020 Emaar. Kempen media sosial “Burj Wishes” pertunjukan mencecah puluhan ribu pengguna, dengan mereka yang mengambil bahagian memaparkan hajat mereka kepada dunia melalui akaun Twitter, Facebook atau Instagram Emaar @EmaarDubai menggunakan tagar #EmaarNYE2020.

Kempen media sosial NYE 2020 Emaar, dengan kerjasama TikTok, meneruskan hubungan erat antara jenama-jenama, berserta cabaran 2020makeawish TikTok Emaar, yang menghubungkan bersama lebih 30 juta pengguna yang mengagumkan menjelang sambutan Tahun Baharu.

Encik Ahmad Matrooshi, Pengarah Urusan,Emaar Properties, berkata: “Kami di Emaar amat berbangga menjadi tuan rumah dan menghasilkan acara ini untuk dinikmati oleh dunia. Tatkala kita melangkah ke dekad baharu, visi kami adalah untuk terus mendorong inovasi, kemajuan dan masa depan yang makmur, di sini iaitu di Dubai, UAE – dan dunia.”

Emaar NYE 2020 ialah salah satu sambutan Malam Tahun Baharu yang paling banyak ditonton di dunia disiarkan di kaca televisyen secara langsung di seluruh dunia dan distrim langsung di mydubainewyear.com serta saluran YouTube EmaarDubai. Pengalaman ini boleh ditonton semula secara dalam talian di mydubainewyear.com.

⠀⠀⠀

generated by system

 

Emaar_Burj_Khalifa_New_Years_Eve_Show_2

Emaar_Burj_Khalifa_New_Years_Eve_Show_2

 

Emaar_Burj_Khalifa_New_Years_Eve_Show_3

Emaar_Burj_Khalifa_New_Years_Eve_Show_3

 

 

 

Related Links :

https://www.emaar.com



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my