Henley & Partners Bincang Ekuiti Berdaulat di Davos

LONDON, 27 Januari 2020 /PRNewswire/ — Henley & Partners berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam perbincangan panel Davos semasa Forum Ekonomi Dunia minggu ini, yang dianggap suatu inovasi antara individu dan negara berdaulat manakala faedah-faedahnya boleh diwujudkan melalui program penghijrahan pelaburan.

Pengerusi Dr. Christian H. Kaelin meneruskan konsep ekuiti berdaulat yang diperkenalkan oleh beliau di Davos tahun lalu. Konsep ini menghubungkan secara positif pelbagai audiens sepanjang 12 bulan yang lalu, dengan Dr. Kaelin mengulas bahawa “kami mengadakan perbincangan yang berterusan dengan negara-negara berdaulat – lebih 30 buah negara telah mengiktiraf potensi ekuiti berdaulat. Ekuiti berdaulat memberi dua cara berbeza dalam satu situasi yang sama. Negara-negara berdaulat menawarkan mobiliti dan keselamatan global yang dipertingkat, dengan pelabur-pelabur secara harfiahnya ‘membeli sebuah negara’, menyuntik modal bebas hutang yang dapat mencipta nilai berdaulat dan juga nilai kemasyarakatan.”

Selain itu, Dr. Kaelin menyebutkan kepentingan kemajuan teknologi yang dapat membantu memastikan agar dua keperluan penting untuk program-program penghijrahan pelaburan yang berjaya dipenuhi: integriti dan kelulusan awam. “Melalui aplikasi pintar teknologi baharu inilah negara-negara berdaulat dapat melindungi negara-negara mereka dan juga penduduk mereka,” disahkan oleh Dr. Kaelin. “Integriti daya – sama ada berhubung dengan kerakyatan, kesihatan dan data peribadi – adalah amat penting kepada individu. Menjadi mustahak agar kontrak-kontrak antara negara-negara dan rakyat dibuat dengan kepercayaan bersama.”

Di perbincangan panel di Davos, Dr. Kaelin menyimpulkan: “Apa yang pasti ialah hubungan antara negara berdaulat dan rakyat berubah. Negara-negara berdaulat mengalami persaingan yang berterusan untuk bakat dan modal serta memasarkan negara-negara mereka secara proaktif. Ekuiti berdaulat tidak lama lagi menjadi suatu kebiasaan yang baharu.”

BACA :  Future Market Insights Perluas Operasi Timur Tengah, Buka Pejabat Dubai
⠀⠀⠀

Hubungan Media:
Paddy Blewer
Pengarah Perhubungan Awam Kumpulan
[email protected]

Related Links :

https://www.henleyglobal.com/



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my