Penjujuk Oxford Nanopore Telah Meninggalkan UK ke China, Sokong Penjujukan Coronavirus Pantas, Sampel-dekat untuk Pengawasan Wabak

OXFORD, England, 3 Februari 2020 /PRNewswire/ — Ekoran sokongan meluas dan juga kolaborasi bersama golongan profesional kesihatan awam di China, Oxford Nanopore telah menghantar 200 penjujuk MinION tambahan dan barang guna habis yang berkaitan ke China. Barang-barang ini akan digunakan bagi menyokong pengawasan berterusan kejadian wabak coronavirus yang sedang berlaku masa kini, menambah kepada sejumlah besar peranti yang telahpun dipasang di negara berkenaan.

 

700Kg of Oxford Nanopore sequencers and consumables are on their way for use by Chinese scientists in understanding the current coronavirus outbreak.

700Kg of Oxford Nanopore sequencers and consumables are on their way for use by Chinese scientists in understanding the current coronavirus outbreak.

 

Oxford Nanopore sudahpun berusaha untuk menyokong lebih daripada 100 makmal kesihatan awam di China, selain beberapa buah makmal mikrobiologi China dan saintis-saintis kesihatan awam global, dengan komuniti saintis yang semakin meningkat mengambil bahagian dalam proses pengawasan ini.

“Kami bertuah kerana dapat bekerjasama dengan komuniti saintifik global untuk menyokong pemahaman mereka tentang wabak ini,” kata Dr Gordon Sanghera, Ketua Pegawai Eksekutif, Oxford Nanopore. “Kami berharap agar visi liang nano (nanopore) untuk membolehkan sesiapa sahaja mengakses maklumat biologi, di mana-mana sahaja, dapat memberi kesan positif dan kami amat bersyukur atas sokongan komuniti ini tatkala kami berusaha untuk mengoptimumkan dengan pantas untuk wabak ini.”

Penjujuk MinION direka untuk kebolehcapaian yang luas. Beratnya kurang daripada 100g dan beroperasi dengan komputer riba atau aksesori khas, MinIT, bagi menjalankan analisis data. Ia menstrim data jujukan pada waktu nyata bagi membolehkan penjujukan pantas dibuat. Ia amat sesuai untuk melakukan penjujukan pantas dalam lokasi teragih. Terdahulu, peranti ini telah melaksanakan penjujukan sebagai contoh di persekitaran pedalaman atau terpencil, bagi memahami Ebola, Zika atau TB.

BACA :  Manthan Laksanakan Penyelesaian Analitik Restoran Merentas Lebih 400 Outlet Pizza Hut di UK

“Kami berupaya untuk memperoleh keputusan kurang daripada 24 jam selepas menerima sampel positif-Ebola, dengan proses penjujukan mengambil masa sesingkat 15 hingga 60 minit. Kami dapat menunjukkan bahawa pengawasan genomik pada waktu sebenar dapat dilakukan dalam persekitaran dengan sumber yang terhad dan boleh dilaksanakan dengan pantas bagi mengawasi wabak.” – Josh Quick, University of Birmingham, Nature, 2016 https://www.nature.com/articles/nature16996

Penjujukan pantas coronavirus menjadi salah satu alatan penting bagi memahami wabak berkenaan. Maklumat jujukan biasanya digabungkan dengan data lokasi dan waktu bagi memberi pemahaman tentang bagaimana virus ini merebak dan sama ada ia berubah.

Teknologi penjujukan Oxford Nanopore telah digunakan dalam banyak genom coronavirus awal dari China, termasuk genom pertama yang diterbitkan dalam NEJM serta “kluster” genom yang menunjukkan pemindahan manusia-kepada-manusia yang diterbitkan dalam Lancet dan genom pertama yang diterbitkan dari AS.

Penyelidik-penyelidik dalam komuniti saintifik telah membangunkan protokol untuk penjujukan liang nano nCoV; Oxford Nanopore bekerjasama dengan komuniti saintifik bagi mengoptimumkan protokol ini.

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti perkembangan terkini tentang penggunaan liang nano dalam kejadian wabak ini, sila ikuti hantaran ini dan sekiranya anda ingin berhubung bagi mendapatkan sokongan khusus nCoV, sila gunakan borang ini.

⠀⠀⠀

 

MinION is the only portable, real-time device for DNA and RNA sequencing.

MinION is the only portable, real-time device for DNA and RNA sequencing.

 

 

 

Each MinION sequencer is approximately the size of a stapler, and can provide rapid sequence information about the coronavirus.

Each MinION sequencer is approximately the size of a stapler, and can provide rapid sequence information about the coronavirus.

 

 

 

Related Links :

https://nanoporetech.com



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my