Wealth Dynamix Jadi Rakan Kongsi Microsoft ISV Connect Dorong Nilai buat Pelanggan Global

LONDON, 4 Februari 2020 /PRNewswire/ — Wealth Dynamix, peneraju global bagi penyelesaian Pengurusan Kitaran Hayat Pelanggan (CLM), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf sebagai Rakan Kongsi Business Applications ISV Connect bersama Microsoft, sebagai satu langkah untuk mempercepatkan inovasi dan nilai buat pelanggan globalnya dan kejayaan bawa-ke-pasaran (GTM) buat syarikat.

Sudahpun menjadi rakan kongsi Microsoft Gold, Wealth Dynamix kini merupakan Rakan Kongsi Business Applications ISV Connect utama yang menawarkan penyelesaian dibina khas untuk industri pengurusan kekayaan.

Menjadi Rakan Kongsi Microsoft ISV Connect dapat membuka sumber pendayaan teknikal, pemasaran dan jualan eksklusif buat Wealth Dynamix di seluruh dunia, bagi meningkatkan pembangunan dan promosi penyelesaian Pengurusan Kitaran Hayat Pelanggan (CLM) termaju yang dibina pada platform Microsoft Dynamics 365 dan ditingkatkan oleh teknologi-teknologi Microsoft yang lain seperti perkhidmatan Teams, LinkedIn dan Azure AI termasuk Pembelajaran Mesin Azure.

“Industri pengurusan kekayaan menyaksikan pemindahan generasi terbesar kekayaan dalam sejarah dan gelombang baharu pelabur-pelabur celik teknologi yang mengharapkan pengalaman pengguna yang hebat. Ini memberi tekanan yang semakin meningkat pada pengurus kekayaan untuk mencari pelanggan baharu, mengurus pelanggan sedia ada dan mematuhi keperluan pematuhan dengan lebih berkesan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Wealth Dynamix, Gary Linieres.

“Gabungkan kuasa teknologi Microsoft dengan kepakaran pasaran tertentu daripada Wealth Dynamix dan anda mendapat penyelesaian yang sempurna bagi menangani cabaran pengawalseliaan dan digital dalam industri pengurusan kekayaan hari ini. Menerusi langkah terkini dalam perjalanan kami ini, kami akan terus memanfaatkan pelaburan luas Microsoft ke dalam bidang-bidang seperti keselamatan, pematuhan kawal selia, awan dan AI, yang hasilnya akan mengukuhkan kepimpinan teknikal kami dan menyerlahkan pelbagai faedah bagi menyokong strategi-strategi GTM di kawasan-kawasan sasaran kami.”

BACA :  PressReader meterai perjanjian pelesenan bersama Dow Jones

Sokongan ISV tambahan ini akan membantu Wealth Dynamix melipatgandakan usaha pengembangan globalnya dan membawakan program transformasi digital yang strategik kepada lebih banyak bank swasta yang terkemuka di dunia serta firma-firma pengurusan kekayaan dan aset.

“Program Business Applications ISV Connect baharu kami menghimpunkan faedah-faedah platform dan program yang dicipta khas untuk menyokong kejayaan rakan-rakan kongsi ini,” kata Patrice Amann, Ketua Industri Perkhidmatan Kewangan, EMEA, Microsoft.

⠀⠀⠀

“Penyelesaian Wealth Dynamix membolehkan pengurus kekayaan untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka dengan memperkemas proses pentadbiran yang memakan masa dan mendorong produktiviti penasihat, pematuhan lebih kukuh dan juga pertumbuhan perniagaan.”

WDX1 ialah penyelesaian CLM unggulan, memenangi berbilang anugerah dan berciri digital daripada Wealth Dynamix, direka untuk menyokong keperluan rumit pemerolehan pelanggan, penglibatan pelanggan, penyatuan digital, pematuhan kawal selia, pengurusan hubungan, perkhidmatan pelanggan dan risikan perniagaan daripada platform tunggal yang seragam.

Related Links :

Home



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my