Handheld Lancar ALGIZ RT8, Tablet Android Ultra Tahan Lasak Baharu

LIDKÖPING, Sweden, 5 Februari 2020 /PRNewswire/ — Handheld Group, pengeluar yang terkemuka bagi komputer mudah alih tahan lasak, hari ini mengumumkan Algiz RT8 baharu — tablet Android 8-inci ultra tahan lasak yang menjadikan kerja lapangan lebih pantas dan lebih cekap.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8684351-handheld-launches-algiz-rt8/

Tablet ultra tahan lasak Algiz RT8 baharu bersiap sedia untuk apa jua yang diberikan oleh persekitaran luar — suhu melampau, getaran, jatuh, air dan debu. Beroperasi dengan Android 9.0 tablet 8-inci unik ini membolehkan kerja yang lebih pantas dan lebih cekap dilakukan di lapangan.

Tablet Algiz RT8 ultra tahan lasak menawarkan:

  • Paparan berbilang sentuh kapasitif 8-inci yang boleh dibaca di bawah sinaran matahari dengan Gorilla Glass yang sangat keras, berserta mod hujan dan sarung tangan
  • Penarafan kelasakan IP67 (termasuk port) untuk prestasi kalis air dan kedap-debu sepenuhnya
  • Suhu pengendalian yang luas iaitu -20°C hingga 60°C (-4°F hingga 140°F).
  • Data berkelajuan tinggi 4G/LTE, Wi-Fi, BT dan NFC
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 8-teras yang beroperasi dengan Android 9.0
  • Pensijilan Google GMS, bermakna pengguna mendapat akses kepada Google Maps dan Google Play Store
  • Penerima u-blox GNSS terbina dalam yang hebat untuk navigasi tepat menggunakan GPS, GLONASS, Galileo atau BeiDou
  • Dwikamera, termasuk kamera menghadap belakang 13-megapiksel dan kamera menghadap depan 5-megapiksel
  • Bateri berkuasa sepanjang hari yang boleh diganti di lapangan
  • HDMI-out melalui penyambung pin pogo untuk mengedok tablet di pejabat
  • Berbilang aksesori bertumpu perusahaan — termasuk penyelesaian cagak kenderaan, penatang meja, tali pengikat tangan berputar, beg bimbit, cagak tiang dan banyak lagi — untuk kerja lapangan yang cekap dalam pelbagai industri

“Algiz RT8 adalah luar biasa ringan dan kompak untuk sebuah tablet ultra tahan lasak,” kata Johan Hed, Pengarah Pengurusan Produk di Handheld Group. “Ia mempunyai skrin 8-inci yang teguh dan boleh dibaca di bawah sinaran matahari. Ciri ini, digandingkan dengan faedah-faedah daripada Android 9 dan barisan aksesori bertumpu perusahaan, menjadikan Algiz RT8 sebagai alat yang amat versatil untuk pekerja-pekerja lapangan.”

BACA :  Henley & Partners Bincang Ekuiti Berdaulat di Davos

“Kami melihat permintaan terhadap tablet dan phablet Android meningkat secara konsisten,” kata Thomas Löfblad, Ketua Pegawai Eksekutif Handheld Group. “Kami memberi tumpuan untuk membangunkan produk-produk yang memenuhi keperluan sukar yang dihadapi oleh pelanggan kami dalam persekitaran kerja sebenar mereka. Algiz RT8 baharu dibina tahan lasak luar dan dalam, yang sudah menjadi jangkaan pelanggan kami.”

Algiz RT8 didatangkan dengan perisian pengurusan peranti mudah alih (MDM) percuma daripada Handheld. Suit perisian MaxGo menyediakan aplikasi tetapan sejagat pantas kepada pelbagai peranti dan membolehkan akses aplikasi tersuai. Selain itu, pelbagai jenis aksesori Handheld yang dibina khusus untuk Algiz RT8 memperluaskan keserbabolehan tablet ini.

Pautan bermanfaat 

Spesifikasi produk ALGIZ RT8

Apakah komputer yang benar-benar tahan lasak?

Ketahui lebih lanjut tentang Handheld

⠀⠀⠀

Latar Belakang Handheld 

Handheld Group ialah pengeluar dan pembekal global bagi komputer mudah alih, peranti pegang dan tablet yang tahan lasak. Handheld dan rakan-rakan kongsinya di seluruh dunia menyampaikan penyelesaian mobiliti kepada perniagaan-perniagaan dalam industri-industri geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group, beribu pejabat di Sweden, mempunyai subsidiari-subsidiari di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan Amerika Syarikat. Ketahui lebih lanjut di www.handheldgroup.com. 

https://twitter.com/HandheldGroup  
https://www.linkedin.com/company/handheld/  
https://www.youtube.com/user/handheldeurope

Video: https://youtu.be/I4pNlTk6iQk

 


Related Links :

Handheld Rugged Computers for Tough Environments



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my