Getronics Terima Modal Baharu Kukuhkan Kedudukan untuk Pertumbuhan Masa Depan

– Umum Peralihan Kepimpinan dalam Perniagaan Antarabangsa 

LONDON, 7 Februari 2020 /PRNewswire/ — Getronics (“Syarikat”), kumpulan perkhidmatan IT bertaraf global, baru-baru ini menerima sokongan kewangan yang selanjutnya daripada pemberi pinjamannya untuk melabur dalam inisiatif-inisiatif transformasi demi mendorong pertumbuhan jangka panjang.

Bersangkutan dengan hal pengumuman ini, Rogier Bronsgeest (Ketua Pegawai Operasi Getronics) dan Hugo Eales akan bersama-sama memimpin perniagaan antarabangsa di bawah jenama Getronics. Tumpuan mereka akan diberikan untuk mengubah perniagaan sekali gus memastikan komitmen yang berterusan kepada pekerja, pelanggan dan juga pembekal. Rogier akan terus berkhidmat menerusi jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi, dengan tanggungjawab untuk mengurus perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh Getronics kepada pelanggannya dan memastikan agar mereka berada di barisan hadapan dalam perubahan ini. Hugo, bekas Ketua Pegawai Kewangan COLT Technology Services, telahpun dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan.

Sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, perniagaan Amerika Utara Getronics bakal dilancarkan semula di bawah jenama legasinya, Pomeroy. Perniagaan Amerika Utara dan antarabangsa akan terus berkolaborasi untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia.

Rogier mengulas, “Kami komited untuk mengendalikan perniagaan kami mengikut piawaian tinggi biasa kami dan meneruskan hubungan yang produktif bersama kesemua pelanggan dan rakan niaga kami sepanjang tempoh peralihan di Getronics ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan cemerlang kami atas dedikasi mereka untuk menyediakan pelanggan kami dengan keupayaan penting dan pengalaman pengguna yang tiada tandingan untuk berjaya dalam persekitaran perniagaan digital yang dinamik. Kami berharap agar dapat muncul sebagai sebuah syarikat yang lebih mantap, berkedudukan lebih baik untuk masa depan.”

BACA :  Wealth Dynamix Jadi Rakan Kongsi Microsoft ISV Connect Dorong Nilai buat Pelanggan Global

“Dengan sokongan daripada pemegang kepentingan kami, kami mengambil langkah-langkah yang proaktif ke hadapan bagi meningkatkan struktur modal kami dan pada  terus menyediakan pelanggan kami dengan perkhidmatan dan penyelesaian berbeza yang diharapkan oleh mereka daripada Getronics,” kata Hugo. “Getronics mempunyai perniagaan dengan asas yang mantap dan pelaburan baharu ini akan memberi kefleksibelan kewangan bagi menyerlahkan nilai buat semua pemegang kepentingan Getronics. Ia memperlihatkan keyakinan pemegang kepentingan kami dalam perniagaan serta pasukan kami ketika kami terus melaksanakan strategi transformasi kami bagi meningkatkan pengurusan kos, memacu pertumbuhan pendapatan dan mengukuhkan kedudukan kompetifif global Getronics.”

Latar Belakang Getronics 

Getronics ialah penyepadu ICT bertaraf global yang mempunyai sejarah yang luas iaitu menjangkaui lebih 130 tahun. Visi kami adalah untuk menjadi rakan kongsi pilihan dalam transformasi perniagaan menggunakan teknologi dan kakitangan luar biasa, dengan tumpuan unik diberikan terhadap pelanggan yang gembira dengan mewujudkan kakitangan yang gembira. Dengan hampir lebih daripada 7,000 orang pekerja di 23 buah negara merentas Eropah, Asia Pasifik, Amerika Utara dan Amerika Latin, portfolio Transformasi Getronics membawa keupayaan dan kepakaran yang mantap sekitar ruang kerja terurus, aplikasi, penyelesaian perisian khusus industri, pengurusan berbilang awan, komunikasi seragam dan perkhidmatan sekuriti bagi menyediakan portfolio hujung-ke-hujung yang proaktif untuk mendayakan pengguna digital – perniagaan atau pengguna, dalam sektor awam mahupun sektor swasta.

⠀⠀⠀

Logo – https://mma.prnewswire.com/media/1087386/Getronics_Logo.jpg

 

Related Links :

Getronics.com

Connecting Possibilities



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my