Manthan Laksanakan Penyelesaian Analitik Restoran Merentas Lebih 400 Outlet Pizza Hut di UK

– Tingkatkan kecekapan dan pendapatan merentas fungsi

BANGALORE, India, 14 Februari 2020 /PRNewswire/ — Manthan, sebuah syarikat Analitik Canggih berkuasa AI yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia berjaya menggunakan Penyelesaian Analitik Restoran merentas outlet-outlet Pizza Hut Delivery di UK. Syarikat gergasi piza global itu memberi tumpuan pada penyelesaian berkenaan untuk memperkasa pemilik perniagaan mereka dengan pandangan yang mudah digunakan untuk membuat keputusan perniagaan yang bermaklumat, lantas dapat meningkatkan kecekapan dan pendapatan perniagaan.

Penyelesaian ini telah digunakan merentas fungsi-fungsi termasuk jualan, pemasaran, operasi, pengalaman tetamu, sumber manusia (HR) dan perancangan – bagi mewujudkan peralihan seluruh-perusahaan kepada proses membuat keputusan dipacu data. Selepas menganalisis cabaran yang dihadapi oleh pengguna perniagaan lantaran pelaporan yang lewat dan kekurangan pandangan, Pizza Hut memutuskan untuk menggantikan platform Business Insights sedia ada dan beralih kepada platform analitik moden dengan keupayaan algoritma prediktif dan menjadikan analitik boleh diakses dalam seluruh organisasi. Penyelesaian Analitik Restoran Manthan telah membolehkan akses kepada pandangan, di mana-mana sahaja, kepada individu paling sibuk, lalu mengurangkan ketidakcekapan dengan ketara dan membolehkan pembetulan perjalanan dengan segera.

“Manthan telah menunjukkan kebolehannya untuk memahami perniagaan dan pelanggan kami serta mempunyai keupayaan untuk membawakan tahap tertinggi inovasi teknologi yang boleh diskala,” kata Beverley D’Cruz, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Delivery – UK. “Perkongsian dengan Manthan telah meningkatkan kecekapan operasi dan analitik kami dengan ketara. Manthan bukan sahaja menyusun semua data kami daripada sistem legasi bagi mencipta Sumber Kebenaran Tunggal, tetapi turut mewujudkan akses yang lebih mudah kepada metrik operasi dan prestasi untuk memberikan kami masa pusing balik analitik yang lebih cepat.”

“Kami telah mengurangkan dengan banyak masa yang diluangkan untuk menganalisis & memacu pandangan sekitar kekangan operasi, cabaran jualan, prestasi promosi, penandaarasan kedai dan kelewatan pelaporan. Dengan pandangan 360-darjah terhadap pelanggan, jualan dan operasi, kini kami bersedia untuk mengendalikan sebuah perusahaan yang lebih cekap,” kata Kate Vacovec, Ketua Perancangan Komersial, Pizza Hut UK & Eropah. “Sebagai rakan kongsi teknologi yang strategik, Manthan mengukuhkan kebolehan kami untuk membawa kebolehskalaan, kepantasan dan inovasi disruptif tatkala Pizza Hut terus meningkatkan pengalaman pelanggan melalui kemudahan dan pemperibadian yang lebih besar. Teknologi mereka ialah pengubah industri yang lengkap buat kami dan kami menjangkakan ia akan turut menjadi pengubah industri untuk seluruh industri hospitaliti.”

BACA :  PrimeXBT Perluas Senarai Instrumen Perdagangan, Kurangkan Saiz Dagangan Minimum
⠀⠀⠀

“Kami berasa amat gembira atas peluang untuk meletakkan jenama kami di belakang Pizza Hut. Pizza Hut ialah rakan kongsi yang penting buat kami dan kini mereka bersedia seperti yang dirancang untuk mentransformasi menjadi perniagaan algoritma yang menggunakan data, analitik dan algoritma dengan lancar bagi mendorong hasil perniagaan yang lebih besar,” kata Madhu Rao Attada, Naib Presiden, Perkhidmatan Profesional daripada Manthan.

Latar Belakang Manthan

Manthan ialah sebuah syarikat analitik awan terkemuka yang mempelopori aplikasi untuk perniagaan menghadap-pengguna. Manthan menunjukkan kecemerlangan dalam aplikasi sains keputusan dan AI; suit produknya telah diiktiraf untuk mendayakan laluan paling singkat untuk meraih keuntungan. Produk-produk Manthan menggunakan kecerdasan mesin untuk memproses konteks keputusan dan bertindak balas secara automatik dengan tindakan. Beribu pejabat di Bangalore dan mempunyai pejabat-pejabat di Santa Clara, London, Dubai, Bandar Raya Mexico, Singapura dan Manila, jejak Manthan mencakupi 22 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi manthan.com.

Hubungan Media:
Amit Jain 
[email protected] 
+91-9886062866 

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1043013/Manthan_Logo.jpg



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my