Ini 3 Item Yang Saya Dah Add To Cart Untuk Beli Masa 11.11 Shopping Festival

lazada-11-11-shopping-festival

Esok 11 November 2018 berlangsungnya jualan besar-besaran Lazada 11.11 Shopping Festival https://www.lazada.com.my/11-11/?hybrid=1 ) dan saya dah bersedia add to cart barang yang saya nak beli. Masuk saja 11.11 malam ini, semestinya saya terus checkout kerana tak sabar nak dapatkan barangan yang saya yakin sudah semestinya murah dan satu lagi saya risau kalau lambat checkout, item habis stock !

Ini 3 Item Yang Saya Dah Add To Cart Untuk Beli Masa 11.11 Shopping Festival

Anda mesti tahu yang bukan Lazada sahaja yang buat sale 11.11 tetapi beratus atau ribuan lagi laman online lagi, tapi item yang saya nak beli ini saya dah confirm harga paling murah yang saya akan dapat selepas buat perbandingan teliti selama beberapa hari.

lazada 11.11 shopping festival 2

Item pertama yang saya dah add to cart ialah Asus Zenfone Max Pro M1 (3GB RAM / 32GB ROM). Phone ini dah lama dalam wishlist saya kerana saya berpendapat ini adalah budget smartphone terbaik untuk tahun 2018; size bateri besar 5000 mAh, skrin besar, processor laju (Snapdragon 630) dan pakai stock Android.

Harga biasa RM699 dan harga 11.11 pula saya jangka RM499 atau lebih rendah. Kalau RM499 sekalipun itu bermakna saya dah jimat RM200 daripada harga asal RM699. Berbaloi !

Asus Max Pro M1 | Asus Store Lazada

lazada 11.11 shopping festival 3

Dalam banyak-banyak pengeluar Powerbank, Powerbank daripada Xiaomi lah antara yang sering jadi pilihan saya untuk diri sendiri ataupun untuk dicadangkan kepada orang lain. Harga berpatutan dan tahan lasak. Baru-baru ini Xiaomi ada lancarkan Powerbank baru model Mi Powerbank 2S yang lagi baik dan laju masuk charge — ada fungsi fast charging.

Harga biasa RM86 dan harga 11.11 pula saya tak pasti, saya harap RM69.

Mi Powerbank 2S | Xiaomi Malaysia Lazada

lazada 11.11 shopping festival 4

Item ke-3 yang saya nak beli esok ialah Kingston A400 480GB SSD. Sebelum ini saya dah pernah beli 1 dan buat review penuh di artikel berikut;

Murah, laju dan puas hati. Tapi SSD tersebut kini di dalam laptop adik saya. SSD partition Windows saya pula hanya ada Samsung 120GB SSD dan Kingston A400 480GB ini boleh di jadikan SSD untuk partition Windows di komputer saya.

Harga biasa RM274 dan saya harap dapat beli pada harga RM250+ selepas guna voucher Lazada.

Kingston A400 480GB | Lazada


lazada 11.11 shopping festival 5

Jika anda ada barang yang nak beli pada 11.11 ini, berdasarkan pengalaman saya, adalah sangat perlu untuk add to cart sekarang dah checkout sepantas mungkin masuk saja 11.11 nanti sebelum barang itu kehabisan stock atau voucher diskaun habis ditebus oleh pengguna lain.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply