iPad Mini gen 1 saya mempunyai prestasi yang sangat mengecewakan selepas 5 tahun penggunaan. Boleh kata nak browsing web menggunakan Safari atau Chrome pun sangat lah berat dan perlahan. Sekarang iPad Mini saya guna hanya untuk Youtube dan play movies. Saya juga sudah lama tak jailbreak iDevices jadi untuk memanjangkan lagi hayat dan penggunaan ipad mini ini saya download software 3utools ini kerana software ini mengandungi puluhan fungsi berguna dalam satu pakej untuk pengguna iPhone dan iPad.
Dipendekkan cerita, jailbreak menggunakan 3utools ini sangat mudah dan cepat, dan kini iPad Mini saya ini umpama mendapat nyawa baru. Benda paling penting bagi saya ialah Youtube App tanpa iklan dan ada background playback dan juga beberapa tweak yang menjadikan peranti iOS lama jadi lebih lancar. Buat masa sekarang, 3utools hanya menyokong jailbreak bagi iOS lama dan belum lagi menyokong Electra untuk jailbreak iOS 11.2 – 11.3.X.
3utools, Software Mesti Ada Untuk Pengguna iOS – Transfer Music, Video, Ringtones, Install Apps, Jailbreak
Ok, pasal jailbreak tu kita cerita lain kali kerana fokus artikel kali ini adalah mengenai 3utools.
Ada apa dengan 3utools? Banyak – boleh transfer files, music, video, ringtones cuci files yang membazir storage, jailbreak, mirror screen iPhone atau iPad di komputer, install App, backup dan sebagainya. Sangat berguna untuk peranti iOS yang belum jailbreak dan yang dah jailbreak.
Youtube App dalam iPad Mini saya ada cache bersaiz 3GB yang tidak boleh dibuang dengan cara rasmi Apple, tapi dengan 3utools, saya hanya masuk ke direktori Youtube App dan padam files cache yang mengarut itu.
Jika anda mahu transfer video atau movie ke iPhone atau iPad juga sangat mudah, tak perlu convert pakai iTunes. Boleh install beberapa player seperti MoliplayerHD terus dari 3utools ke iPhone dan transfer pelbagai jenis format video.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Edwin
Boss, sy baru jailbreak iphone 4s, blh tlg syorkan tweak yg blh
1 cepatkan penggunaan fon
2 clear cache yg byk
TQVM
Einz
springtomize 3 > buat efek fade masa scroll icon homescreen, set animation speed jadi paling rendah.
ios settings : set reduce motion on, disable background app refresh. kalau nak enable pun, enable je untuk fb, whatsapp etc. yang lain disable
Einz
untuk clear cache, try guna 3utools tu amek option clean trash files/temporary/cache files.
Satu lagi app yang boleh clear cache ni ialah icleaner kena download dekat Cydia