4G Modem Router, Mifi Terbaik Untuk Plan Unlimited Data Malaysia (Digi Infinite 150, Unifi Air)

tplink m7450 review malaysia

Senarai 4G LTE modem router dan peranti MiFi (portable wifi) yang terbaik anda boleh dapatkan ketika ini untuk pengguna plan unlimited data seperti Digi Infinite 150 dan Unifi Air.

4G Modem Router Terbaik Untuk Digi Infinite 150 dan Unifi Air

Ketika ini Huawei B618s-65d, TP-Link Archer MR600 dan Tenda 4G680 V2 merupakan pilihan yang popular mengikut bajet pengguna.

Huawei B618s-65d ~RM765

huawei b618s-65d unifi air

Huawei B618s-65d merupakan 4g modem router antara yang terbaik ada di pasaran sekarang. Mempunyai komuniti pengguna yang besar, sokongan aplikasi pihak ketiga dan keupayaan signal 4G/4G+ yang bagus dengan fungsi Carrier Aggregation. Huawei B618s-65d sesuai untuk digunakan di rumah, homestay, premis kedai ataupun pejabat sehingga 64 pengguna dalam satu masa.

4G LTE band support :Band 1/3/5/7/8/28/40

Huawei B618s-65d menyokong fungsi data 3G/H+/4G/4G+ dengan majoriti telco di Malaysia dan sangat popular di kalangan pengguna Digi Infinite 150 pada 2018 hingga sekarang. 

Model Huawei B618s-65d yang dijual bersama plan kontrak Unifi Air adalah versi locked – hanya menyokong kad sim Unifi sahaja. Modem B618s-65d versi unlocked menyokong semua kad sim telco di Malaysia dan tiada kontrak dengan mana-mana telco.

Huawei B618s-65d menyokong fungsi settings untuk manual lock band bagi pengguna Digi Infinite 150 dan Unifi Air (aplikasi pihak ketiga).

Beli Huawei B618s-65d unlocked modem ~RM765

Tenda 4G680 V2 | Harga ~RM250 (unlocked)

tenda 4g680 v2 unifi air

FDD-LTE: Band1/Band3/Band5/Band7/Band8/Band20/B28
TDD-LTE:Band38/Band40/Band41

4G modem router Tenda 4G680 V2 ini menyokong semua kad sim telco Malaysia termasuk Unifi Air dan Digi Infinite 150. Tapi kelemahan utama modem Tenda ini ialah tiada fungsi 4G+ yang biasanya memberikan kelajuan download/upload yang lebih baik. Sesuai untuk penggunaan 1-6 orang dalam satu masa.

Tiada settings untuk manual lock band bagi pengguna Digi Infinite 150 dan Unifi Air.

Beli online modem router Tenda 4G680 V2.

tp-link mr600 unifi air

4G: FDD-LTE: B1/B3/B5/B7/B8/B20/B28 (2100/1800/850/2600/900/800/700 MHz)
TDD-LTE: B38/B40/B41 (2600/2300/2500 MHz)

TP-Link Archer MR600 dilengkai cip Qualcomm yang memberikan keupayaan modem 4G+ dan wifi yang bagus dan menyokong semua telco di Malaysia. Antaramuka pengurusan dan mobile app TP-Link juga sangat teratur dan kemas, lengkap dengan fungsi yang penting.

Dari segi prestasi dan spesifikasi, serta signal 4G,  modem TP-Link adalah lebih baik berbanding Tenda. Sesuai untuk penggunaan sehingga rumah, homestay, premis kedai dan pejabat kecil.

Tiada settings untuk manual lock band bagi pengguna Digi Infinite 150 dan Unifi Air.

BACA :  Chromecast - Kelebihan dan Panduan Menggunakannya

Beli modem TP-Link Archer MR600.


 

4G Mifi (Portable Wifi) Terbaik

Ketika ini TP-Link M7450, Tenda 4G185, Netgear Nighthawk M1 dan Netgear AC790s merupakan peranti Mifi yang popular mengikut bajet pengguna.

Secara peribadi saya menggunakan mifi TP-Link 7450 sudah hampir 2 tahun bagi menggantikan mifi Alcatel EE60. TP-link M7450 memberikan keupayaan 4G+ yang bagus bila menggunakan kad sim Digi Infinite 150 seperti dalam screenshot di bawah (sebelah kiri). 

Kelajuan purata yang saya dapat sepanjang penggunaan TP-Link M7450 dengan Digi Infinite 150 ialah 30-60+ Mbps.

unifi air vs digi vs celcom speedtest

TP-Link M7450 bagaimanapun tidak menyokong Unifi Air. Jangan beli mifi ini untuk kad sim Unifi Air, Unifi Mobile dan Yes 4G.

Bateri TP-Link M7450 adalah removable 3000 mAH dan tahan sepanjang hari tetapi tidak boleh digunakan tanpa battery ketika charging. TP-Link juga mempunyai model yang lebih baru ialah M7650 yang tidak banyak beza dengan yang ini tetapi agak mahal lebih kurang ~RM650.

Beli mifi TP-Link M7450 ~RM399 (3 tahun warranty)

Tenda 4G185 ~RM199

tenda 4g185 malaysia

Mifi Tenda 4G185 ini merupakan mifi yang murah dan versatil serta ada agak ramai pengguna di Malaysia ketika ini. Dengan harga ~RM199 dengan warranty 3 tahun, mifi Tenda 4G185 menyokong kesemua kad sim telco termasuk Unifi Air dan Digi Infinite 150.

Tenda 4G185 mempunyai keupayaan signal 4G LTE yang sederhana berbanding Huawei, Tp-link, Netgear dan sebagainya. Kalau nak data laju dan kongsi ramai pengguna, jangan beli Tenda. Kalau untuk pakai seorang dua, bukan untuk kegunaan berat, berbaloi harga ~RM199 beli Tenda ni.

Seperkara lagi Tenda 4G185 mempunyai kapasiti bateri yang kecil ~2100mAh dan tidak tahan sepanjang hari.

Beli mifi Tenda 4G185 ~RM199

Netgear Nighthawk M1 ~RM680

nighthawk m1 review malaysia

Netgear Nighthawk M1 ini boleh dikatakan antara peranti mifi paling berkuasa di pasaran sejak 2018 sehingga sekarang. Tidak dijual secara rasmi di Malaysia dan kebanyakan stok Netgear adalah versi imported. 

Kalau Huawei B618s-65d adalah 4g modem router paling terbaik, Nighthawk M1 pula ada versi 4g mifi terbaik. Keupayaan 4G+ cip Qualcomm dengan fungsi carrier aggregation, dual wifi 2.4GHz/5GHz dan bateri sebesar 5040 mAh untuk kegunaan ramai pengguna serentak dan tahan sepanjang hari, usb type C, LAN dan paling penting – saiz tidak terlalu besar dan mudah di bawa ke mana-mana.

Sukar mencari alternatif kepada mifi high-end Netgear M1 ketika ini. 

Hanya untuk kad sim Digi Infinite 150 atau telco Celcom Maxis Digi. Tidak menyokong Unifi Air, Unifi Mobile dan Yes 4G.

Beli mifi Nighthawk M1 5040mAh battery ~RM680


Ada apa-apa pertanyaan boleh komen ya.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


Leave a Reply