Apple Dilaporkan Akan Menjual 5 Model Baru iPhone Untuk Tahun 2020

iphone 2020 malaysia

Baru beli iPhone ke tu? Jangan terkejut pula kalau dengar berita tahun 2020 Apple akan mula menjual sehingga lima (5) model baru iPhone pelbagai saiz dan 4 daripada 5 model baru iPhone ini akan menggunakan rekaan serba baru juga dan bukan kitar semula rekaan asal iPhone X.

5 Model Baru iPhone 2020 – Ini Maklumat Yang Diketahui Setakat Ini

iphone 9 terbaru 2020

Model pertama yang dilaporkan akan dilancarkan oleh Apple untuk tahun 2020 ialah iPhone 9 atau iPhone SE 2. Tarikh penjualan pula dijangka pada Q1 2020 iaitu seawal Februari atau Mac 2020. Baca artikel lanjut di sini.

iPhone SE pertama kali dilancarkan pada tahun 2016 menggunakan rekaan asal iPhone 5/5S tetapi dilengkapi dengan spesifikasi dalaman iPhone 6s. Manakala iPhone 9 atau iPhone SE 2 ini akan menggunakan rekaan asal iPhone 8/7/6s tetapi dilengkapi spesifikasi umpama iPhone 11 (2019).

5 model baru iphone 2020

⠀⠀⠀

Menurut sumber, 4 lagi model baru iPhone akan hadir dalam saiz 5.4-inci, 6.1-inci dan paling besar 6.7-inci. Berikut adalah maklumat spesifikasi yang diketahui setakat ini;

  • 5.4-inci OLED, dual camera, modem 5G (September 2020)
  • 6.1-inci OLED, dual camera, modem 5G (September 2020)
  • 6.1-inci OLED, triple camera + tof sensor, modem 5G (September 2020)
  • 6.7-inci OLED, triple camera + tof sensor, modem 5G  (September 2020)

Kesemua 4 model baru iPhone 2020 ini akan menggunakan skrin OLED, tiada lagi IPS LCD seperti iPhone XR/iPhone 11. Kemungkinan besar semua model akan masih mempunyai takuk (Notch) kerana sensor Face ID masih menggunakan ruang yang besar. Manakala bagi anda yang berharap iPhone akan menggunakan sambungan port USB Type-C mungkin akan kecewa kerana iPhone 2020 masih lagi menggunakan port lightning.

BACA :  Pre-Order Samsung Galaxy Note 5 Hari Ini Untuk Dapatkan Free Gift Menarik

Bagi peminat photography iPhone pula, hanya model 6.7-inci OLED yang dilaporkan akan dilengkapi sensor camera baru yang lebih besar dan berupaya menghasilkan gambar yang lebih cantik. Spekulasi saya sendiri, iPhone 6.7-inci OLED ini akan dilengkapi sensor 12MP 1/1.7 seperti Samsung S20/S20+  dan Sony Xperia 2020 yang kira-kira 50% lebih besar dari sensor iPhone 11 Pro Max sekarang (1/2.55″).

Apple nak jual 5 model baru iPhone untuk tahun 2020 ni. Wallet korang dah ready? Click to Tweet

Saiz sensor yang lebih besar bermakna keupayaan kamera dalam gelap iPhone 2020 nanti akan jadi lebih baik daripada sekarang. Jadi, peminat photography iPhone dah boleh mula menabung lebih kurang RM6k kalau nak beli secara tunai bulan September 2020 nanti. Kalau tak sempat menabung, pelan Telco masih ada untuk anda bayar setiap bulan dan ulang sampai ke iPhone 2030 nanti.


Apa pendapat anda mengenai perancangan Apple nak jual sehingga 5 model baru iPhone 2020 ini? Perlu ke buat sampai 5 model sebenarnya? 

Sumber : AI, Macrumors



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


Leave a Reply