7 Sebab Kenapa Saya Beli Phone Samsung Galaxy Note FE

Samsung-Galaxy-Note-FE

 

Beberapa minggu lepas saya beli smartphone baru iaitu Samsung Galaxy Note FE. Walaupun phone ini sangat underrated dan tak ramai pengguna di Malaysia, mari saya kongsikan sebab utama saya beli phone Note FE ini.

7 Sebab Kenapa Saya Beli Phone Samsung Galaxy Note FE

Samsung Galaxy Note FE merupakan reinkarnasi kepada Galaxy Note 7 yang mempunyai masalah bateri yang berisiko tinggi untuk meletup dan akhirnya memaksa Samsung menarik balik model Note 7 daripada pasaran. Pertengahan 2017, Samsung melancarkan kembali Note FE yang merupakan Note 7 versi baru tetapi telah digantikan dengan bateri yang diuji selamat tetapi mempunyai kapasiti yang lebih rendah iaitu 3200 mAh berbanding bateri Note 7 sebesar 3500 mAh.

Dilancarkan di Malaysia pada Oktober 2017 lepas, Note FE kelihatan tenggelam berbanding pesaing di pasaran barangkali kerana tiada promosi besar-besaran seperti mana Samsung Galaxy S8, Note 8 dan A8 2018.

Walau bagaimanapun, setelah membuat kajian mendalam mengenai smartphone terbaik yang saya boleh dapat dengan harga berpatutan, saya akhirnya memilih untuk memiliki Galaxy Note FE. Ini beberapa sebab utama kenapa saya beli phone ini dan tak beli phone lain;

1 – Harga

Harga asal Note FE ketika pelancaran ialah RM2599. Beberapa bulan kemudian, harga rasmi diturunkan kepada RM2199 dan kekal sehingga sekarang kalau anda lihat di kedai rasmi Samsung, Harvey Norman, SenHeng dan sebagainya.

Tetapi di laman jualan online kadang-kadang boleh dapat Note FE pada harga RM1869 iaitu diskaun lebih RM700 berbanding harga ketika pelancaran. Bagi saya, harga RM1869 adalah harga yang sangat baik dan lebih mendorong saya memilih Note FE berbanding Huawei, Oneplus dan Xiaomi.

Samsung Galaxy Note FE (MY Warranty) – Lazada

2 – Spesifikasi (Masih) Mantap

Note FE mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan Galaxy S7 Edge. Cip Exynos 8890, 4GB RAM dan 64GB UFS storage. Jika dibandingkan dengan Galaxy S8 dan Note 8 pula, perbezaan prestasi adalah sekitar 10-15% sahaja dan hampir tiada beza dengan penggunaan di dunia sebenar. Cuma Note 8 ada kelebihan dari segi 6GB RAM.

Secara jujur, selamat untuk saya katakan prestasi dunia sebenar Note FE adalah agak laju dan lancar dan masih lagi kompetitif dengan phone baru yang dilancarkan pada hujung 2017 dan awal 2018.

✓ Skrin Display Super Amoled 2560×1440 dengan sokongan HDR10

✓ Saiz bezel yang minimal dan tiada takuk (notch)

✓ Menyokong Dual-Sim dan Dual Messenger (Whatsapp, Telegram dll)

✓ Menyokong Micro-SD card

✓ Menyokong fast charging dan wireless charging

✓ Menyokong pengimbas mata dan juga pengimbas cap jari di depan

✓ Mempunyai headphone jack

✓ Ada ketahanan air dan debu IP68

✓ Menyokong penggunaan S-Pen

✓ Menyokong USB Type-C

✓ Menyokong NFC dan Samsung Pay

galaxy note fe ui

Dari segi software Galaxy Note FE menggunakan Android 7.0 dengan Samsung Experience version 8.1 yang sama dengan Galaxy S8 dan Note 8. Dan Note FE pula akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo tidak lama lagi.

Samsung Experience version kini lebih kemas, bersih dan lancar tidak seperti era Samsung Touchwiz dulu yang mempunyai reputasi kurang baik kerana berat, tidak konsisten dan menyumbang kepada lag dan stutter. Note FE juga hadir dengan pelbagai bloatware tetapi saya matikan dengan aplikasi BK Package Disabler supaya tiada gangguan prestasi.

Boleh dikatakan Note FE merupakan smartphone all-rounder, lengkap pelbagai fungsi dan terpulang kepada pengguna untuk utilize sepenuhnya.

Update 030618 : Note FE telah menerima kemaskini Android 8.0 dengan Samsung Experience 9.0 serupa dengan Note 8. Boleh dikatakan performance Note FE sangat lancar dan mempunyai kira-kira 90% daripada fungsi Note 8.

3 – Keupayaan Camera

samsung galaxy note fe camera sensor

Menurut AIDA64, Note FE saya menggunakan sensor 12MP Sony IMX260 untuk kamera belakang dan 5MP Samsung S5K4E6 untuk kamera depan. Sensor yang sama dengan Galaxy S7 Edge dan juga mirip dengan Samsung S8 dan Note 8. Boleh dikatakan perbezaan yang sangat minimal.

Galaxy Note FE mempunyai keupayaan camera yang agak bagus – sensor 1/2.5″, aperture F/1.7, 26mm focal length, OIS dan boleh merakam 4K Video. Ia juga mempunyai Dual Pixel Autofocus yang pantas dan juga boleh mengambil gambar dengan jarak yang sangat dekat (close focus).

Sejujurnya, sebelum saya beli Note FE lagi saya dah bercadang untuk tidak menggunakan camera app Samsung kerana saya ada dua pilihan yang lagi superior. Pertama ialah menggunakan Google Camera HDR+ (Gcam) yang menghasilkan gambar yang lebih cantik berbanding menggunakan camera app Samsung. GCam juga membolehkan saya menggunakan efek bokeh (Portrait Mode) di kamera belakang dan juga kamera depan.

Menggunakan Gcam, gambar daripada Note FE kini lebih kompetitif dengan iPhone X, iPhone 8 Plus dan Samsung Note 8.

Selain Gcam, saya juga menggunakan app Lightroom untuk mengambil gambar RAW HDR yang menyimpan data dynamic range yang lebih tinggi dan sesuai untuk diproses kemudian.

Gcam dan Lightroom Camera ini saya akan kongsikan dalam artikel akan datang, tunggu ya. Untuk sampel gambar, boleh ke IG saya.

4 – Rekaan dan Saiz Phone

Di Malaysia, Note FE boleh didapati dalam pilihan 2 warna iaitu Coral Blue (biru) dan Black Onyx (hitam).

samsung note fe

Warna hitam adalah warna yang lebih selamat dan mudah dipadankan dengan pelbagai aksesori. Warna hitam juga lebih blend jika anda menggunakan wallpaper dan antaramuka gelap yang sesuai dengan skrin display Super AMOLED.

Tetapi saya memilih warna Coral Blue kerana warna biru merupakan warna kegemaran saya dan warna Coral Blue juga nampak lebih elegan dalam dunia sebenar berbanding melihat pada gambar. Saya pernah memiliki phone berwarna Hitam, Putih dan Gold sebelum ini jadi bila saya tengok phone warna biru saya terus jadi ter-minat. Saya dengar warna Coral Blue Note FE semakin sukar untuk dapat stock sekarang berbanding warna hitam.

Saiz juga salah salah satu faktor saya pilih Note FE kerana Galaxy Note 8 terlalu panjang dan tinggi. Sekarang banyak phone yang berskrin besar dan mempunyai ratio 18:9 dan ia menjadikan peranti generasi baru lebih tinggi dan panjang. Note FE masih lagi menggunakan skrin 16:9 dan saya tiada masalah dengan skrin ratio ini kerana saiz bezel Note FE tidaklah besar mana.

5 – S-Pen

samsung note fe s-pen

S-Pen merupakan fungsi yang eksklusif untuk peranti Samsung Galaxy Note. Kali terakhir saya menggunakan smartphone dengan sokongan stylus ialah Nokia 5800 Xpress Music pada tahun 2009. Rindu nak pakai stylus balik dan salah satu sebab juga kenapa beli Note FE.

S-Pen ni guna bukan saja untuk menulis atau catat nota, tetapi untuk melukis, sketch bila bosan dan juga berguna bila berurusan dengan pelbagai jenis dokumen.

Fungsi S-Pen pada Note FE dan Note 8 tidak ada perbezaan sangat. Anda boleh install apk Live Message yang dialih daripada Note 8 ke Note FE.

6. Kualiti Display

Dari segi kualiti display, skrin Galaxy Note FE masih dikalangan yang terbaik di pasaran sebaris dengan iPhone X, Galaxy S9 dan Note 8. Display Note FE juga mempunyai ketepatan penuh bagi color gamut DCI-P3, Adobe RGB dan SRGB.

Ketepatan warna adalah sesuatu yang sangat penting bagi saya dan skrin Super AMOLED Note FE sangat memuaskan hati. Untuk kegunaan harian, saya pilih untuk menggunakan profil warna Basic (100% SRGB) dan mematikan fungsi Video Enhancer.

Always On Display (AOD) sebelum ini saya tak berapa gemar tetapi lama-lama rasa macam menarik dan saya biarkan saja ianya ON sepanjang masa.

7. Fungsi Eksklusif dan Extra/Bonus

Selain S-Pen, beberapa lagi fungsi eksklusif untuk pengguna peranti Samsung ialah Samsung Pay dan Samsung Members. Samsung Pay memudahkan pembayaran menggunakan phone dan menyokong majoriti kad debit dan kad kredit di Malaysia. Samsung Members pula memberikan pelbagai ganjaran istimewa. Semasa saya menggunakan phone lama Samsung J5 2016, saya telah dapat banyak tawaran menarik menggunakan aplikasi reward mySamsung.

samsung galaxy note fe flip cover

Satu lagi bonus bagi pemilik Note FE ialah anda akan dapat percuma Flip Cover di dalam kotak bersama-sama dengan earphone dan Samsung Fast Charger. Kalau beli iPhone X harga RM5000+ pun Apple bagi charger biasa bukan fast charger apatah lagi nak bagi free casing kan. Mungkin Samsung ada banyak lebihan Flip Cover masa zaman Note 7 dan alang-alang dah ada stok banyak baik bagi percuma kepada pembeli.

Kualiti Flip Cover ini agak baik cuma satu perkara yang saya tak puas hati ialah tulisan Samsung yang tidak simetri dengan lubang untuk kamera dan flash. Lebih bagus kalau tidak ada tulisan lansung berbanding ada tulisan tetapi tak selari.


TL;DR

Samsung Galaxy Note FE masih lagi smartphone yang bagus dan berkemampuan biarpun di tahun 2018. Ia adalah versi bajet bagi Galaxy Note 8 yang harga terkini masih RM3200+ dan ia juga merupakan smartphone yang lebih berkuasa berbanding Galaxy A8/A8+ 2018.

Jika anda ada pertanyaan, boleh tanya di ruangan komen.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

5 thoughts on “7 Sebab Kenapa Saya Beli Phone Samsung Galaxy Note FE

  1. Salam. Tuan, saya pun dah memiliki Note Fe pada dec 2017. Memang ia terbaik bagi saya.
    Tuan saya juga ingin memiliki Huawei Mate 10 pro… nak minta pendapat adakah Mate 10 pro lebih baik drp note Fe…? Tq

    • Kalau nak kira lagi sedap, sedap Note FE dari Mate 10 Pro. Dah pakai ke app camera gcam kat Note FE tu? memang power

      btw tak lama dah huawei nak release mate 20 pro, yang ni lagi canggih dan hebat

Leave a Reply