acer aspire e5 mx150



Jika anda mempunyai bajet terhad untuk laptop baru, Acer Aspire E5-476G ini menawarkan keupayaan CPU dan GPU yang berkuasa pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pesaing. Pada harga RM2338, laptop ini dilengkapi processor Intel Core i5-8250U (quad-core) dan graphic Nvidia Geforce MX150. Spesifikasi ini jauh mengatasi laptop model lain dalam harga di bawah RM2500 yang biasanya dilengkapi Intel Core i5-7200U (dual-core) dan Nvidia Geforce 940MX.

Secara teori, Acer Aspire E5-476Gt merupakan laptop yang mampu memainkan game PC pada kualiti High-Ultra dan menjalankan perisian Adobe Photoshop, Lightroom, Premiere, Microsoft Office dengan lancar. Tetapi, jika anda berminat memiliki laptop ini, ada beberapa kelemahan ketara Acer Aspire E5-476G yang anda perlu tahu.

Acer Aspire E5-476G – Laptop Kos Rendah Dilengkapi Intel Core i5 Quad-core dan Nvidia MX150

Berikut merupakan beberapa kekuatan laptop gaming budget ini :

  • Processor Intel Core i5-8520U yang serba baru lebih laju 30-50% berbanding generasi sebelumnya
  • Graphic Nvidia MX150 yang 30% lebih laju berbanding Nvidia 940MX, hampir setara dengan Nvidia 960M
  • Ada Slot ram tambahan
  • Ketahanan bateri sehingga 8 jam
  • Harga mampu milik

Dan ini pula kelemahan Acer Aspire E5-476G

  • Screen laptop resolusi rendah iaitu 1366×768 bagi saiz 14″
  • Panel laptop ialah TN panel dengan ketepatan warna kurang memuaskan, tidak digalakkan untuk kerja-kerja melibatkan photo dan video editing
  • Build quality seperti laptop kelas rendah lain – plastik di mana-mana
  • Sedikit tebal dan berat ~2.1kg

Laptop ini boleh dikatakan sangat capable untuk bekerja walaupun tiada rupa menarik, dan jika anda sanggup menerima kelemahan laptop ini dan bercadang membelinya, saya cadangkan tambah RAM sehingga 8GB atau lebih, ganti HDD dengan SSD untuk operasi lebih laju tanpa lag dan gunakan monitor IPS saiz 23-24″ untuk gaming dan kerja-kerja melibatkan photo dan video editing.

Anda boleh beli Acer Aspire E5-476G di Acer Online Store dengan klik butang di bawah.

Acer Aspire E14 (E5-476G-56GC) – RM2338

Acer Aspire E14 (E5-476G-56GC) – RM2338

Acer Aspire E14 (E5-476G-56G4) – RM2338

Ada pertanyaan boleh komen ya!

 



RELATED POSTS