adventure of mana

Adventure of Mana (AoM) merupakan permainan Action RPG terbaru daripada Square Enix yang terkenal dengan siri Final Fantasy dan Dragon Quest. Ia merupakan versi buatan semula (remake) kepada Final Fantasy Adventure (1991) dan Sword of Mana (GBA – 2003). AoM masih mengekalkan jalan cerita asal tetapi grafik telah dipertingkatkan kepada 3D penuh.

Adventure of Mana (iOS / Android)

adventure of mana

Genre bagi AoM ialah action RPG dan jika anda pernah bermain siri Zelda, Seiken Densetsu atau Sword of Mana, anda pasti telah biasa dengan cara permainannya. Seperti kebiasaan permainan Square Enix, anda boleh jangka jalan cerita yang panjang, muzik latar yang epik, karekter yang ikonik dan perlawanan yang dramatik.

adventure of mana

Kualiti grafik 3D yang baik dan kawalan menggunakan virtual joystick.

adventure of mana

Babak ini mengingatkan kembali saya ke zaman kegemilangan permainan SNES dan GBA.

adventure of mana

15 minit pertama bermain AoM sangat menyeronokkan.

Adventure of Mana boleh dibeli di App Store dan Play Store bermula sekarang. Harga yang disyorkan sedikit tinggi tetapi sangat berbaloi jika anda merupakan peminat tegar Square Enix dan permainan RPG.

Kesemua gambar di ambil menggunakan peranti iPhone 6.

 

 

343 total views, 1 views today