Updated [last-modified]
Adakah anda mencari peranti Mifi untuk digunakan bersama kad sim data anda? Jika anda perlukan mifi dengan bajet yang rendah serta bersaiz kecil, saya cadangkan anda supaya memilih model mifi Alcatel EE60.
Reviu saya ini adalah berdasarkan pengalaman saya menggunakan peranti ini selama lebih 2 bulan.
Alcatel EE60 Mifi
Alcatel EE60 Mifi | Beli Secara Online
Pertama sekali, kenapa perlu peranti Mifi sedangkan smartphone sudah dilengkapi fungsi hotspot?
Mifi menyokong perkongsian data secara wifi dengan banyak peranti lain. Biasanya mifi menyokong 5-15 pengguna pada satu masa bergantung kepada model dan jenama mifi itu. Mifi juga tidak cepat panas dan tidak cepat habis bateri berbanding ketika menggunakan smartphone sebagai hotspot. Capaian signal wifi juga luas dan mifi juga biasanya boleh tarik signal lebih baik berbanding smartphone dan internet lebih laju.
Jika anda hanya guna 2-3 peranti seperti 1 smartphone dan 1 laptop, mifi tidak diperlukan. Tetapi jika anda pakai lebih daripada 3 peranti dan berkongsi data dengan ramai orang maka mifi sangat digalakkan.
2 bulan lepas saya beli mifi Alcatel EE60 untuk digunakan bersama Digi Broadband 100. Saya ambil keputusan untuk beli model ini selepas membuat perbandingan dengan model peranti lain seperti Huawei, TP-link dan sebagainya tetapi kebanyakan model mifi berharga dalam linkungan harga RM300 ke atas sedangkan saya hanya bajet sekitar RM250. Saya juga perlukan mifi dengan kapasiti bateri yang besar kerana tidak perlu caj sepanjang masa di plug.
Alcatel EE60 Mifi | Beli Secara Online
EE60 menyokong Celcom, Maxis, Digi, Umobile dengan kelajuan 3G, H+ dan LTE. LTE-A, Cat 6 tidak disokong oleh EE60 mifi ini.
Saiz EE60 agak kompak dan boleh dimuatkan di dalam poket. Kabel usb type-c diberikan untuk anda caj mifi. Kapasiti bateri EE60 ialah 5150 mAh, agak besar berbanding kebanyakan mifi lain yang biasanya dilengkapi bateri sekitar 1500 mAh – 3000 mAh sahaja. Anda juga boleh gunakan mifi ini sebagai powerbank menggunakan usb port.
EE60 memerlukan nano-sim, jadi pastikan anda mendapatkan nano sim dulu daripada telco sebelum boleh digunakan pada mifi ini.
Capaian signal LTE juga sangat bagus, jika saya letak sim kad di dalam smarphone Android saya hanya dapat 1-2 bar signal tetapi menggunakan mifi saya dapat signal penuh.
Kebanyakan fungsi boleh diakses menggunakan aplikasi Alcatel Link di Android dan iOS.
Download Alcatel Link App Android | Alcatel Link App iOS
Saya galakkan anda matikan fungsi battery saver kerana agak melecehkan, mifi akan auto disconnect dan auto sleep jika terlalu lama idle.
Wifi juga sangat mudah untuk setup. Sebagai permulaan, saya hanya perlu login ke 192.168.1.1 dan set Wifi ke WPA2, country Malaysia dan set password. Anda hanya boleh gunakan Wifi 5Ghz di dalam mod wireless AC, manakala wifi 2.4Ghz hanya dalam mod wireless b/g/n. Tiada fungsi dual band.
Mifi ini juga boleh menerima SMS menggunakan aplikasi Link ini, just in case anda mahu gunakan simkad data untuk terima TAC atau sms pengesahan daripada Whatsapp dll.
Manual bagi Alcatel EE60 Mifi ini menggalakkan penggunaan charger yang menyokong Qualcomm Quick Charge 2.0 untuk pengecasan pantas. Kalau pakai adapter charger biasa, akan mengambil masa yang lama untuk cas bateri sebesar 5150 mAh sehingga penuh. Selain charger Quick Charge 2.0, charger iPad (Apple 12W charger) juga sesuai untuk mengecas mifi ini.
Apple iPad 12W Adapter Charger | Beli Online
Pastikan tanggalkan beg pouch mifi sebelum charging bagi mengelakkan haba terkumpul dan mifi jadi panas.
Alcatel EE60 Mifi – Pros
- Unlocked model – menyokong Celcom, Maxis, Digi, Umobile
- Harga berpatutan ~RM250
- Ketahanan bateri sepanjang hari – 5150 mAh
- Signal data kuat, wifi luas
- Menyokong wireless AC
- Saiz kompak
- Boleh dijadikan sebagai powerbank
- Menyokong Qualcomm Quick Charge 2.0 untuk pengecasan pantas
Alcatel EE60 Mifi – Cons
- Tidak menyokong dual band wifi 2.5 Ghz dan 5 Ghz serentak
- Tidak dijual di kedai biasa melainkan secara online
- Beberapa pengguna melaporkan sukar memainkan PS4 secara online menggunakan Mifi ini (NAT limitation).
- Versi firmware terbaru EE60_00_05.00_31 tidak menyokong aplikasi Alcatel Link App di iOS dan Android
- Tidak mempunyai slot Micro SD card
- Saiz bateri Mifi yang besar bermaksud anda tidak boleh gunakan adapter/charger output rendah kerana charging akan mengambil masa yang lama dan mifi cepat panas. Sila gunakan adapter/charger output tinggi seperti iPad charger
Alcatel EE60 Mifi | Beli Secara Online
Update 06/09/2017
Elakkan update firmware Alcatel EE60 Mifi kepada versi EE60_00_05.00_31 – kerana firmware ini tidak menyokong aplikasi Alcatel Link App di iOS dan Android. Beberapa pengguna melaporkan EE60 firmware terbaru lebih stabil, laju dan kurang panas tetapi aplikasi Link App gagal diakses sama sekali. Sekiranya anda telah update ke firmware baru ini dan perlukan aplikasi Link, saya sarankan email kepada pembangun aplikasi ini supaya menyokong kembali EE60 Mifi.
(EE60 mifi mempunyai firmware EE60_00_05.00_25. out-of-box sebagai rujukan)
Anda boleh hubungi pembangun aplikasi Link app di laman Play Store > Scroll bawah > Developer > Send email > nyatakan app tidak menyokong firmware EE60_00_05.00_31.
Berdasarkan carian saya, firmware EE60_00_05.00_31 dilancarkan bertujuan untuk security fixes.
Update 02/05/2018
Memandangkan mifi EE60 ini sudah boleh dikatakan sebagai model lama, saya cadangkan mifi TP-Link M7450 ini sekiranya anda perlukan fungsi canggih seperti LTE Cat 6 dengan fungsi Carrier Aggregation dan download speed sehingga 300Mbps.
TP-Link M7450 Malaysia | Beli Online
Mifi ini juga hadir dengan 3 tahun warranty daripada TP-Link Malaysia.
Jika anda bercadang mendapatkan peranti mifi pada harga yang berpatutan, boleh dapatkan EE60 kerana pelbagai fungsi menarik seperti yang saya terangkan di atas.
Ada soalan mengenai peranti Mifi EE60? Boleh tinggalkan komen di bawah ya !
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
puppet91puppet91
nk beli tp lazada xde release voucher ke?
Einz
Boleh pakai voucher ni untuk less RM15 jadi
EZBACK2SHOPMYDZ9UFC
Few days lepas boleh beli harga murah lagi masa lazada birthday sales.
Safwan
Sedkit pertanyaan, adakah modem ini boleh support simkad YES 4G? Memandangkan sim YES yg sy dpt percuma dari Pelan YES 4G yg terbaharu.
Einz
modem ni tak support YES 4G LTE, sebab guna band lain. susah nak cari mifi yang support yes, even yes sendiri tak jual mifi lte, yang diorang jual mifi yes 4g wimax.
Danial
Asalamualaikum encik.sya nak tnya bateri mifi ni boleh tahan berapa lama kalau full use.sbb sya heave user.thkas ye
Einz
wslm. mifi ni battery dia 5150 mAh, biasa penggunaan saya agak heavy juga tetapi mifi boleh guna dari awal pagi sampai ke malam dan kadang2 boleh guna lebih 24 jam.
Aghast
x support band 5 😭
Einz
itulah. EE60 tak support webe dan yes lte.
Lee
Hi, Einz, how many day does this device send to you after u make the payment and how long does you use the device already?
Einz
Hello, I received the device after 5 days.
Been using this mifi for 2 month ++ and very happy so far with this purchase.
Mimiey
Support webe tak?
Einz
Tak support webe dan yes lte
Untuk webe broadband, better model Huawei E5377
Mimiey
Okay tq
nick
salam admin..mifi ni baru je sampai..sebelum ni saya gna hotspot di tlepon dapat nat2..tp bila guna di mifi..dia kuar nat3..mcm mna cara nk tkr balik ke nat2?
Einz
nat 2, nat 3 tu check dekat mana? guna buat main online game ke?
cuba list setting wifi tu macam mana, wifi type (wireless b/g/n 2.5ghz) or 5ghz. security type guna WPA or WPA2
Einz
Salam, boleh rujuk tips ini untuk change NAT http://www.playstationing.com/ps4/how-to-change-your-nat-type-on-ps4-and-ps3/839
kalau tak berkesan jugak, mungkin sebab limitation di firmware mifi tu sendiri, since mifi ni model asal daripada telco EE di UK. EE memang ada orang kata diorang force NAT 3 dalam firmware modem/mifi diorang dan susah atau tak possible untuk tukar jadi biasa
source : https://community.ee.co.uk/t5/Archive/4G-Mobile-Broadband-Port-Forwarding-Huawei-E5776-amp-Alcatel/td-p/62954
kalau beli dari lazada, dan masih eligible untuk return/refund, try tukar mifi ke model lain macam huawei yang bukan dari mana2 telco.
harap dapat membantu
Rozli
Saya nak pakai di Iraq…telco Zain iq. Boleh ke?
Einz
salam. saya google info pasal telco zain tapi tak banyak info pasal 3g/4g band so tak sure boleh support ke tak.
Rozli
Wassalam. Setakat ni,saya selalu dpt 3G signal. Cuma saya bercadang nak beli zain.fi . Konsep lebih kurang. Cuma saya rasa Alcatel lagi kuat dari segi dapatkan signal. Saya tinggal jauh dari bandar. Anyway Tq Einz
supian
assalam….saya dah beli mifi ee60…tapi x boleh baca sim digi home broadband….tapi saya masukkan sim kad telco lain boleh baca…adakah mifi ini x boleh detect sim 4g plus digi…minta pencerahan
Aleph Zulkifli
beli kt mane???tgk sume out of stock ni..hmmm
Einz
seller takde stock sekarang sebab item high demand
Einz
Bro. Item dah restock http://bit.ly/EE60mifi
supian
pada hal sim digi tu dipasang pada pone….ok aje…..elok dapat coverage..
tapi bila dipasang pada mifi tu….no services…
Einz
Sim Digi broadband ni memang asal nano dari digi ke? atau cut sendiri?
Dalam 192.168.1.1 dah try configure APN digi?
supian
asal nano…..camna nak setting apn…..kena setting dulu ke dalm web…
supian
camna n configure apn digi
Einz
192.168.1.1 > connection > profile management
Mohd Affandi Abd Hamid
Ee60 ada wps button tak?
Taufik
Berapa jam duration untuk full charge battery tuan? Pastu mmg dapat guna 20 jam atau 8 jam lebih. Ade beli 2 hari lepas kt lazada. Charge lama. Tp notification light last berkelip jer. Penggunaan dalam 8 jam. Set 3G kt network.
Einz
Sebab battery dia 5000 mah better guna charger yang output besar macam charger ipad. kalau pakai charger phone biasa atau charger generic lambat penuh.
Biasa battery usage kitorang full day boleh tahan, share kepada 5+ devices.
Taufik
Sy guna aukey qualcomm quick charge 2.0. Berapa lama tuan ambil masa untuk full charge? Sbb baca kt manual. Dia cakap support quick charge.
Einz
Biasanya kalau pakai charger ipad, plus minus 3 jam dah caj full. boleh pakai app Alcatel Link untuk tengok percentage battery
Taufik
kalau ee60 full charge. LED indicator masih berkelip atau dia statik?
Einz
full charge lampu dia full 4 bar.
boleh download apps dia untuk monitor battery percentage
Taufik
terima kasih tuan. nk kena claim waranti dgn penjual. saya punya. kt APP tu max 92% jer dia charge. huhu. pastu cas semalaman pn, led indicator sentiasa berkelip.
Muhaimin
Salam Tuan. Mahu bertanya sebab saya masih baru pasal modem² ni. Sing4G yang jual Alcatel EE60 RM250 tu bgtau dia dah habis stok. So saya survey brand Xiaomi ZMI MF855. Okay tak model ni? Nak minta pendapat tuan sikit. Terima kasih.
Einz
Bro. Item dah restock http://bit.ly/EE60mifi
Muhaimin Basir
Salam Tuan. Sing4G yang jual Alcatel EE60 tu dah xde stok. So saya survey Xiaomi ZMI MF855. Okay tak model ni?
ENCIK WAN
Sory tuan rumah..Sape2 rase nk jual balik ke mifi alcatel ni blh roger2 saya ye. Whatsapp 0108277989
Einz
Bro, item dah restock. http://bit.ly/EE60mifi
azlan
Model ee40 ok tak?
Einz
EE40 dengan EE60 spec/feature tak banyak beza tapi EE40 saiz battery kecil…so battery life dia cepat habis
Rojaa Islendut
tak support 4gplus?
Einz
Kalau mifi router yang support LTE-A sampai 300 Mbps tu mahal. kena beli huawei E5786/E5785 variant yang harga rm600 ke atas.
Battery huawei mifi pula biasanya 3000 mAh.
Syed Fakhree
assalam einz,bule suggest x,nok pakai digi unlimited rm80 tu,tapi nk guna kat router,router apa yg support einz..ley tlong suggest
Einz
digi unlimited 80 dah sold out, digi dah stop jual. digi 150 saja yang ada
Orang Kedah
Salam tuan, saya baru beli mifi ni… Macam mana nak pastikan battery dah fully charge?
Einz
Kalau full charge, lampu led penuh 4 bar. Pastikan pakai charger yang output tinggi macam charger ipad baru caj cepat penuh sebab battery mifi ni besar.
dalam gambar ni, mifi tengah caj pakai charger ipad. lampu dia ada 1 bar baru
nuar
einz, boleh ke guna sambil caj? tak cepat kembung bateri ke?
Einz
boleh guna tapi tak recommended. anggap saja mifi ni macam phone, habis charge terus cabut.
Orang Kedah
Salam tuan… Mifi ni boleh lock 4g tak? Kadang2 auto ke 3g…saya on off pun still dapat 3g saja tapi bila saya masukkan sim ke phone dapat pula 4g…masukkan balik ke mifi still dapat 3g so cara akhir saya reset mifi… Dah 2 kali jadi… Bukan apa bila reset kena setup balik wifi so banyak kerja…
Einz
Boleh lock 4G only guna app. Try repositions mifi tu untuk better signal/speed contoh letak dekat tingkap, letak tempat tinggi etc.
Orang Kedah
Saya nak cuba set tapi bila nak klik setting ada arahan ” please input admin password” password apa yang perlu saya masukkan?
Einz
try username : admin password : admin
rasanya ni password default mifi. boleh tukar dalam setting lepas login
Orang Kedah
Bukan tuan, maksud saya setting di app… Tak boleh nak masuk setting sebab app req password…
Einz
First time setup, masuk 192.168.1.1 di browser (dekat PC atau dalam phone).
Username : admin
password : admin
pastu nak tukar default username/password mifi boleh pergi kat connection.
Lepas tu setiap kali nak setup apa2 just guna app. Kalau app mintak password guna password default atau password yang baru setup tu. Kalau untuk lock 4G boleh refer screenshot kat atas sebelum ni
ENCIK WAN
Pening dh ni..nk set up mula2 kena wajib pakai pc ke?psword asl ape?
Einz
connect to wifi, try 192.168.1.1
username : admin
password : admin
Hafiz
Salam tuan, kalau wifi ke pc, laju tak speed internet kat pc tu?
Einz
Laju. Boleh tengok speedtest https://einz.my/digi-broadband-100-review-speedtest/
Rtm
D mna boleh dpt kan mifi ni..
Einz
Boleh beli online kat link ni http://bit.ly/EE60mifi
fmylsa
Salam, sy nk tanye kalau gune digi broadband 30, kelajuan 4G die same x dgn digi borandband 100 dgn borandband 80?
Einz
Salam. speed sama je digi plan mana2
Lat
Saya tanya, mifi boleh dpt msg kn, tp boleh x reply msg guna app tersebut
Einz
boleh baca dan reply sms guna app dan web
lumooq
Boleh guide x cara nak set APN? Sekarang guna digi unlimited. Tq.
Einz
Boleh tengok APN dan settings kat sini https://einz.my/digi-infinite-150-review-unlimited-data/
Geez joe
Mifi ape suppurt lte A n bateri besar. Mcm model ni ye?
Einz
Huawei mifi ni lagi power. Tapi harga mahal around USD $200 camtu
Shahreza Shahruddin
Salam boss…
Ada panduan nak tukar nat type x?
Selalu dapat nat type 3..
Einz
Salam. malangnya mifi ni takde option untuk tukar NAT. not sure low-cost mifi brand lain ada support tukar2 NAT ni ke tak. Normally wifi router je yang support.
Alternatif lain, kalau ada wifi router yang support usb boleh try cucuk mifi. ikut guide ni https://einz.my/alcatel-ee60-mifi-router-usb/
Haffiz Rahman
salam.. tempat sy skng nie line xsberape ibrat mcm duduk sbuah pulau ade antena tp line siput.
1) pakai mifi nie lihat pada kawasan tertentu ke jika mahu dptkan 4g ?
2) berape jarak jauh dpat hotspot dengan mifi?
Einz
Nak pakai simcard apa ya? Digi ke? eloknya beli simcard prepaid dulu then test line speed dan signal dapat berapa bar.
Kalau pakai kat rumah atau small-medium office, wifi signal boleh cover penuh kalau letak tengah2. mifi ni support usb so boleh sambung dengan router untuk dapatkan lebih coverage dan features https://einz.my/alcatel-ee60-mifi-router-usb/
Syamsul Hairi Mustafa
Ok ke utk kegunaa didlm rmh?
Einz
So far coverage rumah dapat full bar. Kena pandai placing untuk dapat signal kuat LTE.
Setting mifi boleh tengok kat post ni https://einz.my/digi-infinite-150-review-unlimited-data/
Ali
Boleh suggest any mifi untuk webe.. prefer long life battery..
Einz
tak banyak mifi support webe, antaranya Huawei E5377. listed kat webe official site.
battery besar model huawei e5786 https://www.lelong.com.my/catalog/all/list?TheKeyword=webe+mifi
wan
Sekarang tengah compare model ini dengan TP-Link M5360. Feature dan kapasiti bateri lebih kurang sama. Cuma saya pernah pegang model TP-Link rasa agak bulky dan not pocket-friendly. macam mana dengan EE60
Einz
Specs TP-Link M5360.
“Up to 21.6Mbps download and 5.76Mbps upload speeds”
Alcatel EE60 download speed up to 150Mbps (LTE CAT-4). So better lagi Alcatel
Syauqi
assalamualaikum bro. nak tanya sikit. ee60 bro pakai panas tak bila guna? ok ke kalau guna mifi ni sambil letak dalam pouch beg yang dapat sekali tu?
Einz
Kalau buat browse web, layan2 phone je tak panas. Dia panas bila banyak devices connected at the same time, dan stream video lama2. Mifi EE60 ni sentiasa dok dalam baju dia 90% time, cabut bila time nak charge je.
subhi
salam..nak tanya ni,mifi ee60 yg aku ni selalu restart sendiri,sbb apa eh?ada cara x untuk xmau bagi restart sndiri?susah la bila tgah syok download movie mifi aku restart,nak kena re-download balik..ejust setting😘
Einz
Cuba off battery saver dengan wifi sleep. Tiru setting kat artikel ni (scroll bawah)
https://einz.my/digi-infinite-150-review-unlimited-data/
subhi
dah try setting tu off battery saver n wifi sleep..sma ja..dok restart jgk..sat aku nak kaji dgn en.google,kot jmpa nt aku roger😆
Einz
kalau takleh gak, cuba ko try reset mifi ni. tekan butang kecik. lepas reset, setup balik settings tengok jadi lagi ke tak.
subhi
salam,lepas update ee60 apps dekat fon xfunction weh..cena nak buat?dah jmpa solution?
Einz
so far takde solution lagi. Unless developer apps tu update version baru.
kena pakai 192.168.1.1 sementara ni
Udien
Mcmana nak matikan fungsi auto sleep (savers) tu jika selain dari apps alcatel x support sebab dah upgrade ya ?
Einz
Tengah cari jugak solutin dia. Sebab ramai yang dah ter-upgrade firmware baru dan takboleh pakai Alcatel Link App kat iOS/Android.
Afif
Mohon bertanya. Lepas setup user dari website 192.168.1.1 saya tak boleh login guna aps lagi. Kenapa ya? Dah logout website pun tak boleh juga.
Einz
ada update firmware baru ke dekat apps atau dari 192.168.1.1 tu?
Afif
Tak update Tn. Beli lepas baca blog ni so memang dah tau jangan update. Kat box pun ada sticker warning jangan update software. Lepas berjam memerah otak baru dapat settle isu ni. Bila 1st time login kat website tu dia advice tukar username dan password. So sy tukar la for security. Lepas tu takleh login app dah. Sy perasan bila nak masuk app ni dia bgtau “please input Admin Password”. Tak minta username pun. Rupanya by default app tu username memang “admin”. Takleh tukar langsung. Sy pun login guna website, tukar usernama jadi “admin” balik lepas tu baru boleh masuk guna app. Device EE60 ni rupanya boleh register 1 administrator sahaja. Sy ingat boleh ramai administrator. Sebab tu bila tukar “login password” dari app, secara automatic password kat website pun akan tukar dan begitulah sebaliknya. Ini sebab Alcatel block login guna app kot lepas update. Kalau orang nak hack dia kena tau 1. username 2. password. Tapi kalau username dah sah2 “admin” 50% kerja hacker dah settle haha. Memang kurang secure camtu. Ini kes sy la orang lain tak tau. Panjang pula post ni haha.
Einz
normally devie mifi user 1 je boleh setup. kalau router baru boleh add multiple admins.
by default username password admin/admin dan recommended tukar kepada yang lebih secure.
Afif
Tn. Dalam manual suruh guna 9V 1.67A charger tapi slow sangat sampai 11jam dari 0 ke 100% bateri. Sy dah pos balik ke Sing4G takut rosak. Tn guna adapter berapa V dan A dapat 3 jam tu?
Einz
Guna adapter charger ipad (12W) output 5.2V 2.4A (2400mA). Refer gambar
Encik Hairan
Salam Admin, saya tukar username dan password dk192.168.11
tp terlupa pulak sebab lama tak akses, mcm mana nak reset ye?
Ada cara tak admin?
Einz
tekan butang kecik reset
Afif
Tn sy nak bertanya lagi pasal bateri. Device pertama sy dah hantar balik dan bila seller charge pun memang ambil masa 8 jam 0-100% so seller pos device baru. Nak tanya kenapa bila charge device akan stop charging dalam 3-5 minit kemudian charging balik? Pernah charging sambil 7 devices connected mula2 EE60 stop charging lepas tu terus auto shutdown. EE60 ni ada overheat protection ke? Tn pernah jadi macam ni?
Einz
sekarang ni charge guna adapter mana ya?
readme687
Kalo plan mcm rm30 = 10gb dri sim umobile kat smartphone.. bole guna jg ke plan data tu guna modem ni bro?
Afif
Maaf lambat reply. Adapter output 5V 3A/ 9V 2A/ 12V 1.5A.
CS Lee
alcatel EE60 sy tersilap update firmware baru dan menyebabkan PC connection 192.168.1.1 dlm keadaan tidak berfungsi. nak mcm mn kembali firmware lama.
CS Lee
salam admin, acatel EE60 ini sy tersilap buat update firmware di PC 192.168.1.1 yg jadi skrg web 192.168.1.1 tak berfungsi. ada apa cara utk jadi balik asal?
Einz
try reset, tekan butang kecil. tapi lepas update firmware dah tak dapat pakai Alcatel Link App di phone
farhan
ape spec charger yg sesuai guna utk mifi ee60 ni? charger output 2A ok tak?
Einz
Recommended ipad charger, scroll link kat komen2 ni dah ada rasanya
Tun Berong
Bila la nak ada update ni link app..Susah nak tengak % bateri la..
EE40 user
pi
ee60 dengan tplink M7350 mana satu lagi bagus? terima kasih
Einz
ee60 bagus lagi. bateri tplink tu 2000 mah je ee60 battery 5100mah.
kalau beli ee60, jangan update firmware baru, guna je firmware yang out of box tu
Zul
Tuan,.saya nk pakai untuk tgk internet kat TV ok dak
Tanaka-kun (@AfizziRC)
Kenapa lepas set kan WLAN Mode dri 2.4Ghz ke 5Ghz .lepas restart searching wifi x jumpa ..apa punca ye ? Terpaksa reset balik .
Einz
Tak semua device support 5Ghz. try connect pakai usb dan ubah dalam 192.168.1.1
husna
Hi. Kenapa bila say buka dkt web 192.168.1.1
dia keluar ${ids_orange_wan_deviceConnect:} coding2 mcm ni ye
PuteraDarulTakzim
Salam…saya baru beli…tapi sim kad digi 150 belum sampai…nnti boleh bagi guide tak nak mulakan mcm mana?
Wan Saiful
Salam bro.. aku pon sama mifi ee60 ni jadi auto restart.. aku perasan satu bila cucuk sim dlm mifi ni akan jafi 3 line lurus..so request new sim..pon masih jadi auto restart..
Dah request warranty dgn suplier dpt tukar sebiji dgn yang baru tapi pakai satu hari dia jadi lagi autoresart..aku pakai sim card celcom pantai timur..dah try off battery saver dengan wifi sleep.. Ade solution line x?
Wan Saiful
dia xde connection..
Zainuddin N.
Assalamualaikum. Saya nak setkan Google DNS kat EE60 ni..agak2 boleh tak?
Einz
Tak de option set DNS dalam EE60. Kena set google dns kat devices tu sendiri (laptop, iphone, android)
Zuresh ibnbakr
salam tuan
laptop saya x dpt detect signal dr ee60 ni…? kena setting ape ape ke tuan?
Zuresh ibnbakr
salam tuan
laptop sy x dpt detect signal dr ee60 ni…? kenape ye..kena setting pe2 dlu ke tuan?
Einz
Salam. Wifi ee60 tu set kepada wireless ac ke? sebab kalau wireless ac tak semua laptop boleh support dan detect.
Nak selamat set je wifi kepada wireless b/g/n
Pei Li
Hi,
Boleh tanya kalau nak pilih, between Alcatel Ee60 ataupun Huawei E5577s yang mana lebih baik?
Einz
Overall better Huawei E5577s. Cuma EE60 menang dari segi battery life, 5100mAh vs Huawei 3000mAh. By the way EE60 walaupun battery lagi besar size lagi compact dan nicer looking daripada Huawei mifi
phyz
Untuk makluman semua , firmware EE60_00_05.00_32 juga masih tidak boleh menggunakan aplikasi Alcatel Link.
sauffie
salam sejahtera. Kalau tanggal bateri dan guna “direct power” dari USB boleh?
Einz
salam. mifi ni takleh tanggal bateri
kingkai
kalau alcatel ee40 ok tak einz senpai?
Einz
EE40 ok lah, cuma kapasiti battery kecik sangat. Kalau penggunaan lasak, kena caj 2 x sehari gak.
Kalau ada budget lebih, beli huawei atau tp-link yang battery paling kurang pun 3000 mAh
ramadan
kalau modem nie tengah charge memang lampu battery x menyala erkk ?
Einz
lampu dia kelip2 kalau tengah charge
Chai
Einz.. saya dah tertekan update.. lepastu reset balik… Tak boleh laa.. nak masuk kat 192.168.1.1 pun takboleh
Peanut
Cmna nk reset password, nk conbect ke ho laik xboleh, lupa password
Einz
masuk 192.168.1.1 > reset password
Rosli
Minta firmware ee60 yang versi asal…. versi 25…
Rosli
Minta firmware versi 25