- 1.8Kviews
- 247
Baru-baru ini saya mencuba sambungkan mifi Alcatel EE60 dengan wifi router Asus RT-N66U menggunakan USB. Tujuan saya berbuat demikian ialah menguji sokongan USB pada kedua-dua router Asus ini dan juga mifi Alcatel EE60 ini. Saya juga ingin mencuba samada perkongsian internet berfungsi, di mana saya boleh bawa mifi ke mana saja untuk ‘internet on-the-go’ dan boleh sambung ke router ketika di rumah bila perlu untuk online gaming, VPN dan sebagainya.
Cara Sambungkan Mifi Dengan Wi-Fi Router Menggunakan USB Cable
Cara ini mungkin berkesan untuk mifi jenama selain Alcatel dan juga router jenama selain Asus, asalkan kedua-dua mifi dan wifi mempunyai sokongan USB. Sambungkan kabel USB 2.0 dari Mifi kepada port USB di router. Kemudian, masuk ke dalam konfigurasi router (biasanya 192.168.1.1).
Sambungan mifi Alcatel EE60 dengan router Asus RT-N66U saya berjalan secara automatik dan terus boleh guna internet Digi Infinite 150. Saya kurang pasti adakah firmware asal Asus berfungsi sedemikian kerana saya menggunakan custom firmware Asuswrt-Merlin pada router ini. Satu cara lagi ialah dengan manual setup dengan sambung mifi ke port USB, kemudian pergi ke bahagian USB Application dan set sambungan internet daripada USB device (termasuk Android phone dan juga modem/mifi).
Sekiranya anda menggunakan router jenama lain, saya rasa caranya hampir sama. Pertama, cuba plug and play. Kalau berjaya, baguslah. Kalau tidak berjaya, cuba setup manual.
Bila mifi sudah disambungkan kepada router, internet mifi dapat dikongsikan kepada ramai pengguna lain dengan capaian wifi yang lebih luas dan jauh. Fungsi-fungsi advanced yang ada pada wifi juga boleh digunakan seperti VPN, Firewall, gaming mode untuk console dan sebagainya.
Cara ini mungkin tidak praktikal untuk majoriti pengguna tetapi jika anda ada kedua-dua mifi dan wireless router, kenapa tidak gunakannya saja?
Selamat mencuba!
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 1.8Kviews
- 247
faiz
kalau pkai tplink TL-MR3020 boleh jdi router x?
Einz
kalau ada port usb boleh try.
subhi
1.boleh bagi cadangan wireless router yg best2 n harga berpatutan
2.mifi ee60+wifi router boleh tarik line lagi kuat x?
Einz
beli brand Asus. Cari yang ada port usb dan ada 3 tiga tanduk kalau nak wifi coverage luas
Abdul Hafiz Zakaria
Dah try speedtest dgn router ni? Beza tak dgn direct wifi mifi?
Einz
yep, speedtest masih laju
Abdul Hafiz Zakaria
ohh, terima kasih. sebab ada juga router yang capped 3G/4G punya download and upload speed kan. Sebab tu ada custom firmware macam GoldenOrb tu.
Kalau masih laju, tak capped, kira okay lah tu. Boleh la kalau saya nak beli satu. Sambungkn dengan Netgear AirCard 790s. Hehe
Abdul Hafiz Zakaria
Bagus la kalau macam tu. Sebab ada juga baca2 yang ada router yang capped speed modem 4G ni. Kena install GoldenOrb custom firmware baru boleh max speed. Kalau speedtest masih laju dengan Asus ni, boleh la kalau nak sambung dgn Netgear AC790s ni. hehe
Einz
Router asus tu bukan pakai stock firmware, tapi custom firmware Asus Merlin. Netgear tu ada cradle dia sendiri nak convert jadi router rumah – google netgear cradle
Muhamad Rashidi
saya ada Router TPLINK MR3420. Bila Cucuk USB mengguna Alcatel EE60 ini tidak menjadi. adakah mungkin setting nya? saya pun tak faham. mohon bantuan. 0173319774.
Einz
tp-link mr3420 tu dah update ke firmware paling latest ke?
Einz
try update ke latest tp-link stock firmware, kalau tak support most likely kena flash to custom firmware macam Roouter OpenWRT https://www.ofmodemsandmen.com/supported.html
Muhamad Rashidi
dah paling latest V3. baru beli router ni. haha. sebab nak cuba bypass NAT dekat ps4. tapi tu la tak menjadi. bab networking saya tak pandai. lagi pulak nak flash mcm risiko pula.
Einz
ni full list compatibility tp-link mr3420 dengan 3g/4g modem/mifi http://www.tp-link.com/sa/support/3g-comp-list.html?model=TL-MR3420&location=1248
kalau tak cucuk secara automatik, try masuk 192.168.1.1 dalam router tp-link tu, then cucuk ee60 ke usb. tengok detect ke tak? kalau detect try buat manual setup
kalau takleh gak, try flash openwrt custom firmware or openwrt rooter firmware
Zharif Nasir
A’salam.. Kalau untuk router DSL-270E boleh tak? Setakat ni try sambung lepas tu x tau macam mana nak setting.. Tq..
MUSA
Boleh x buat huawei WIFI B618 dengan wifi E5577S?