all new xpax

Baru saja beberapa bulan lepas Celcom melancarkan prabayar Xpax Turbo, kini mereka telah melancarkan pula All New Xpax simkad dengan tag line #NoKelentong . Plan All-New Xpax ini datang dengan lebih kuota data dan tiada lagi ‘split’ antara kuota harian dan kuota data mingguan. Bagi anda yang kerap menggunakan data, anda pasti gembira kerana kini anda boleh melanggan 10GB data dengan hanya RM50 sebulan.

All New Xpax Prepaid Plan Daripada Celcom

Plan All New Xpax baru ini memberikan lebih data kuota – contohnya langganan RM30 sebulan memberikan anda 5GB data manakala RM50 pula memberikan 10GB. Kuota data pula adalah sepanjang hari dan tidak lagi terbahagi kepada kuota harian dan mingguan seperti plan lama.

all new xpax plan

Internet Burung Hantu pula nampaknya telah dijenamakan semula kepada Internet Larut Malam / Late Night Internet dan anda perlu melanggan RM1 sehari (1GB) atau RM7 seminggu (10GB). Tiada lagi unlimited internet burung hantu seperti plan terdahulu.

Berminat mengenai plan baru Celcom Xpax ini boleh dial *118# di telefon pintar anda atau menggunakan aplikasi Xpax di iPhone atau Android.

Sumber : Xpax

 

253 total views, 5 views today