AMD Memperlihatkan Gambar Pertama GPU Generasi Baru Radeon RX 6000 RDNA 2

radeon rx 6000

Akhirnya setelah sekian lama, AMD telah memperlihatkan gambar pertama bagi graphic card generasi terbaru AMD Radeon RX 6000 RDNA 2 yang akan dilancarkan pada 28 Oktober 2020. GPU RX 6000 series ini merupakan pesaing kepada siri GPU generasi baru Nvidia RTX 3070/3080/3090 yang akan dilancarkan bulan ini (September 2020) dan turut akan dilengkapi teknologi Ray Tracing seperti mana GPU Nvidia, konsol Sony PS5 dan juga Xbox Series X.

AMD Radeon RX 6000 RDNA 2 GPU – Kini Dengan Teknologi Ray Tracing

Buat masa sekarang, tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai GPU RX 6000 series ini, yang pasti ianya akan menggunakan teknologi Ray Tracing yang kini semakin popular di kalangan pembangun video games. Maklumat mengenai spesifikasi, harga, dan lain-lain lagi hanya akan diketahui pada acara rasmi pelancaran RX 6000 GPU pada 28 Oktober 2020 nanti.

Menariknya, AMD turut meletakkan ‘easter egg’ di dalam game Fornite beberapa minggu lepas mengenai GPU “Big Navi” RDNA 2 yang akan datang. Kini, AMD juga telah meletakkan gambar model GPU RX 6000 di dalam game Fornite dan anda boleh akses lokasi tersebut untuk melihat dari dekat.

BACA :  Mobile Broadband Terbaik Di Malaysia (2017) - Alternatif Kepada Streamyx dan Unifi
⠀⠀⠀

 

Graphic card AMD Radeon sering kali ketinggalan berbanding pesaing terbesar iaitu Nvidia dari segi harga dan prestasi terutama dari segi aspek “High End Gaming PC”. Sama-sama kita harapkan AMD boleh mengurangkan jurang perbezaan dan lebih kompetitif dalam generasi baru supaya pengguna teknologi lain akan mendapat tempias yang positif.

Sumber : /r/AMD



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





mi-band-5

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


iphone se 2020 malaysia price

🤩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply