amd radeon relive update

AMD Crimson Relive Edition membawakan pelbagai fungsi baru dan peningkatan prestasi bagi pengguna kad grafik AMD Radeon. Fungsi yang paling dinanti-nantikan ialah AMD Relive, iaitu perisian yang membolehkan game direkod menggunakan hardware acceleration tanpa menjejaskan prestasi game. AMD Relive merupakan alternatif kepada Nvidia Shadowplay yang popular dikalangan gamers dan streamers.

Jika anda pengguna kad grafik AMD Radeon, pastikan download segera Relive Update ini bagi mendapatkan pelbagai lagi fungsi baru dan peningkatan prestasi serta penjimatan tenaga berbanding versi driver sebelumnya.

AMD ReLive Driver Update 2016

Fungsi baru dalam AMD ReLive Update :

amd relive

Antaramuka baru yang menggabungkan Relive (game recording & streaming) termasuk AMD Wattman di dalam AMD Crimson Settings. Anda tidak lagi perlu bergantung kepada perisian luar seperti Raptr atau Gaming Evolved. Penggunaan Relive tidak memerlukan pendaftaran berbanding Nvidia Geforce Experience yang memerlukan anda sign in terlebih dahulu.

Installer baru juga dilengkapi fungsi Clean Uninstall bagi driver lama bertujuan mengelakkan konflik.

amd relive

Fungsi game recording Relive kini dilengkapi fungsi hardware acceleration yang lebih efisien dan tidak menjejaskan prestasi gaming. Kad grafik generasi baru seperti Polaris (AMD RX480, RX470, RX460) boleh merekod game ke dalam format HEVC (H265) yang lebih bersaiz kecil tetapi berkualiti tinggi. Bagi kad grafik generasi lama, anda boleh rekod game ke dalam format AVC Mp4 biasa.

amd relive

Fungsi Streaming ke Twitch, Youtube atau Custom Server juga telah ditambah ke dalam ReLive. Kini streamers tidak lagi perlu bergantung kepada perisian berbayar untuk stream game anda untuk tontonan umum.

amd relive

Selain Game Recording & Streaming, fungsi baru pula ialah sokongan AMD Wattman bagi kad grafik generasi lama sebelum Polaris seperti R9 2XX, R9 3XX dan sebagainya. Wattman membolehkan anda overclock atau underclock, mengubah kelajuan kipas dan pelbagai lagi pilihan yang sebelum ini memerlukan anda menggunakan perisian seperti MSI Afterburner.

Prestasi gaming juga meningkat, sebagai contoh AMD RX 480 mendapat peningkatan sehingga 8% berbanding driver peringkat awal. Ramai pengguna juga melaporkan peningkatan prestasi pada beberapa game DX11 seperti GTA V dan The Witcher 3 yang biasanya kelebihan berada di pihak Nvidia.

AMD Chill merupakan fungsi penjimatan tenaga yang baru diperkenalkan di dalam Relive Update. Buat masa sekarang, AMD Chill hanya menyokong sebilangan kecil game DX9 dan DX11 tetapi lebih banyak akan ditambah di kemaskini akan datang.

Antara fungsi lain yang ditambah ialah monitor Freesync kini menyokong mod Borderless Fullscreen dan HDR 10 juga telah ditambah dan kini boleh digunakan oleh pemilik TV yang menyokong fungsi HDR gaming.

Saya kini masih mencuba beberapa fungsi baru ReLive ini dan belum berkesempatan mencuba prestasi gaming. Kalau dapat lebih FPS dan jimat tenaga serta suhu rendah, memang sangat berbaloi install !


Download AMD Crimson Relive Update :

Pastikan anda pilih installer yang sesuai dengan versi Windows anda. Selamat mencuba !

378 total views, 2 views today