amd rx vega

Selepas pelancaran ditangguh beberapa kali, akhirnya AMD melancarkan siri graphic card terbaru mereka iaitu RX Vega 64 dan RX Vega 56. Kedua-dua graphic card ini akan bersaing dengan Nvidia GTX 1080 dan Nvidia GTX 1070 yang sudah berada di pasaran sejak setahun lepas lagi (2016).

Sedikit mengecewakan bagi mereka yang mengharapkan AMD RX Vega akan bersaing dengan GTX 1080 Ti kerana buat masa sekarang, takhta graphic card paling berkuasa masih lagi dipegang oleh Nvidia. RX Vega bagaimanapun masih lagi boleh menjadi pilihan yang tepat untuk pengguna PC yang mahukan keupayaan graphic yang bagus pada resolusi 1080p, 1440p dan 1440p ultrawide.

AMD Melancarkan RX Vega 64 dan RX Vega 56 – Pesaing Kepada Nvidia GTX 1080 dan GTX 1070

amd rx vega 64

AMD RX Vega 64 merupakan siri flagship Radeon Vega dan akan hadir dalam dua versi – air cooler dan liquid cooled.  RX Vega 64 air cooled akan dijual pada harga bermula $499 (~RM2135) manakala versi RX Vega 64 liquid cooled akan dijual pada harga $699 (~RM2991).

amd rx vega 64 malaysia

RX Vega 64 mempunyai keupayaan 12.7 TFLOPS dan dari segi prestasi untuk gaming pula adalah setara dengan Nvidia GTX 1080 FE.

amd rx vega spec

AMD RX Vega 56 merupakan siri cutdown dengan jumlah Compute Units (CU) dan Stream Processor (SP) yang lebih rendah berbanding RX Vega 64. RX Vega 56 akan mempunyai keupayaan gaming yang setara dengan Nvidia GTX 1070 yang boleh dikatakan agak popular di Malaysia. Harga yang diumumkan ialah $399 (RM1707).

asus rx vega 64

Jika anda gamers tegar yang bercadang mendapatkan graphic card AMD RX Vega 64 atau Vega 56, seeloknya tunggu versi custom cooler daripada pengeluar seperti Asus, MSI, Sapphire dan banyak lagi yang akan mula dijual bermula September 2017 ini. Versi custom cooler biasanya mempunyai potensi overclock yang lebih tinggi dan sistem penyejukan yang lebih bagus berbanding kipas asal AMD.

amd vega imac pro

Walaupun prestasi gaming AMD RX Vega tidak sebagus yang disangka, graphic card ini bagaimanapun berpotensi tinggi untuk tujuan lagi sebagai rendering dan video editing. Apple sudah mengumumkan iMac Pro akan dilengkapi dengan Radeon Vega graphics. Pengguna hackintosh pula mungkin akan berminat dengan RX Vega 64 dan RX Vega 56 kerana kedua-dua graphic card ini mungkin disokong sepenuhnya di dalam MacOS High Sierra.

Apakah pendapat anda mengenai AMD RX Vega? Kecewa, sedih atau biasa-biasa saja?



RELATED POSTS