amd rx480 polaris

Sebelum ini komuniti PC Gamers perlu membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan kad graphic ‘high-end’ semata-mata untuk memainkan games pada resolusi yang tinggi serta frame rate yang lancar. GTX 970 yang dijual dalam linkugan harga $350 (~RM1500) merupakan kad graphic yang cukup popular dalam masa dua tahun ini kerana keupayaan gaming yang bagus serta harga yang berbaloi mengikut nisbah harga:prestasi (price:performance).

Zaman kegemilangan GTX 970 barangkali akan berakhir dalam masa terdekat ini selepas kemunculan kad grafik AMD RX480 dengan cip Polaris 10. AMD RX480 merupakan kad grafik yang menggunakan teknologi 14nm FinFet yang menjanjikan prestasi yang lebih bagus daripada generasi sebelumnya dan juga penggunaan tenaga yang rendah serta kurang panas. Dan pada harga permulaan $199, AMD RX480 dijangka akan menjadi sangat popular kerana majoriti pembeli kad grafik cenderung memilih kad grafik pada harga ~$250 (RM1000).

AMD RX480 Polaris 10 Graphic Card

amd rx480 polaris 10 graphic card

Berdasarkan spesifikasi dan benchmarks awal, RX480 mempunyai keupayaan yang jauh mengatasi GTX 970 pada harga yang lebih murah. Ia juga jimat tenaga (TDP 150W) dan hanya menggunakan single 6 pin connector jadi anda tidak perlu membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan Power Supply (PSU) yang mahal. AMD yang sebelum ini sering dikaitkan dengan masalah cepat panas mungkin bakal menjadikan isu itu tinggal sejarah tidak lama lagi.

Kalau dilihat dari raw power, AMD 480X berupaya mencecah lebih 5 Teraflops dan sebagai perbandingan, ia hampir 3 kali ganda daripada keupayaan graphic card Sony PS4 (1.84 Teraflops).

Untuk gaming, RX480 mampu menjalankan majoriti games AAA pada 1080p Ultra dengan mudah dan juga mampu gaming pada resolusi 1440p. Untuk 4K, digalakkan menggunakan RX480 dalam mod crossfire bagi mendapatkan frame rate yang lebih tinggi dan lancar.

AMD RX 480 VR Gaming

Amd juga mengatakan RX480 merupakan kad grafik mampu milik yang mesra peranti VR dan ia akan menjadi pemangkin kepada perkembangan dan penerimaan teknologi VR bagi jutaan PC gamers di seluruh dunia.

Harga AMD RX480

Harga AMD RX480 ialah $199 (~RM826) untuk 4GB RAM dan $229 (~RM950) untuk versi 8GB RAM. Tarikh pelancaran pula ialah 29 Jun 2016.


Persaingan antara Nvidia Pascal dan AMD Polaris merupakan sesuatu yang sangat mengujakan dalam industri graphic card dalam tempoh 3 tahun ini. Lebih laju, lebih jimat tenaga dan harga yang lebih murah merupakan outcome yang sangat menguntungkan pengguna.

Tak kira lah anda #TeamAMD atau #TeamNvidia, sama-sama kita ucapkan syabas kepada mereka atas kemajuan teknologi yang dibawa.

Sumber : Videocardz

310 total views, 1 views today