amd ryzen gaming pc malaysia



Dengan kehadiran processor AMD Ryzen pada tahun 2017 ini, boleh dikatakan hampir tiada sebab lagi anda perlu beli processor Intel Pentium dan Core i3 yang hanya ada ‘Dual-core’ samada untuk produktiviti atau gaming. Ryzen 3 1200 dan Ryzen 1200X kini agak popular di kalangan Youtubers dan komuniti PC gaming kerana anda boleh membina budget gaming PC dengan kos rendah.

PC quad-core sebelum ini mahal kerana harga processor (Intel Core i5) dan motherboard yang sepadan agak tinggi. Dengan menggunakan processor Ryzen 3 1200, anda jimat banyak kerana kos processor yang rendah, harga motherboard yang lebih murah dan disertakan kipas CPU yang disertakan adalah bagus dan menyokong overclock.

AMD Ryzen 3 1200 Build – Quad-Core Gaming PC Dengan Kos Rendah

Jika anda berminat untuk membina gaming PC quad-core dengan AMD Ryzen, anda boleh jadikan senarai hardware di bawah sebagai rujukan :

Processor : AMD Ryzen 3 1200 – rm515
Motherboard : Asus PRIME B350M-A – rm400
Ram : 8GB DDR4 RAM – rm200
Storage : 120GB SSD – RM240
Power Supply : EVGA 500W – RM200
Graphic Card : Zotac GTX 1050 2GB Mini – RM530 atau Zotac GTX 1030 2GB – RM369
Casing : Cooler Master Windowed Case – RM200, atau
Casing AVF + 500W PSU : RM100

Harga hardware berdasarkan harga semasa dalam Ringgit Malaysia. Anda boleh dapat budget PC di bawah RM2000 jika menggunakan casing dengan PSU terbina dalam, tetapi saya cadangkan jika mampu, ambil pilihan casing dan power supply yang lebih berkualiti.

AMD Ryzen 3 1200 secara asalnya clock speed 3.1Ghz, tetapi anda boleh cuba overclock kepada 3.7-3.8 Ghz. Dengan ini, anda dapat lebih performance yang hampir menyamai processor Intel Core i5 yang lebih mahal.

Ryzen 3 Build ini boleh menyokong gaming 1080p 60FPS bagi games MOBA dan juga sesetengah AAA games juga anda boleh main dengan setting High/Ultra.

Selamat mencuba!

 



RELATED POSTS