AMD Melancarkan Ryzen 3000 7nm Processor – Lebih Berkuasa, Jimat Tenaga, Murah Berbanding Intel

amd ryzen 3000 malaysia

Menepati jangkaan ramai, AMD akhirnya melancarkan processor generasi baru AMD Ryzen 3000 dengan nod 7nm ketika berlangsungnya acara Computex 2019. Cip 7nm Ryzen 2 ini sangat ditunggu-tunggu kerana sudah sekian lama kemajuan dalam teknologi cip komputer agak terbantut akibat monopoli Intel. Cip 7nm Ryzen ini akan digunakan dalam banyak komputer baru bermula Julai 2019 ini dan juga Sony Playstation 5 yang akan dilancarkan hujung 2020 nanti.

  AMD Melancarkan Ryzen 3000 7nm Processor – Lebih Berkuasa, Jimat Tenaga, Murah Berbanding Intel

amd ryzen 7nm ipc

Sebelum ini kelebihan processor Intel berbanding AMD ialah cip Intel mempunyai keupayaan IPC Single Thread dan Multi-thread yang tinggi dan sangat membantu dalam aplikasi berat dan juga untuk gaming. Akan tetapi, processor Intel masih lagi menggunakan nod 14nm++++ yang banyak menggunakan tenaga, memerlukan pengguna membeli motherboard baru setiap 2 tahun malah Intel juga terkenal dengan tradisi mereka iaitu meletakkan harga yang mahal untuk produk mereka.

amd ryzen 7nm vs intel

Kini AMD akhirnya berjaya merapatkan jurang prestasi single-thread dengan Intel dan pada sama AMD menawarkan core tambahan dengan fungsi hyper-threading, lebih menjimatkan tenaga dan harga CPU dan motherboard yang jauh lebih murah.

Kalau anda seorang video editor, cip seperti Ryzen 8 3800X (8-core/16 thread) atau Ryzen 9 3900X (12-core/24 thread) merupakan pilihan yang lebih bagus daripada Intel Core i9-9900k (8-core/16 thread) yang berharga sekitar RM2000 di Malaysia ketika ini.

Jika anda seorang gamer atau streamer, Ryzen 7 3700X (65W, 8-core/16 thread) juga merupakan alternatif yang jauh lebih berkuasa berbanding Intel Core i9-9700k (8-core/8 thread) yang berharga sekitar RM1500.

Dengan harga sekitar RM800-RM1000, Ryzen 5 3600 (6-core/12 thread) dijangka akan menjadi pilihan popular untuk gaming PC kos rendah.

BACA :  10 Sebab Kenapa Anda Perlu Menggunakan Solid State Drive (SSD) di Komputer Anda

ryzen launch malaysia

AMD Ryzen 3000 7nm akan dilancarkan pada 7/7 2019, satu pilihan yang genius dan tepat. Kebiasaanya, pengguna di Malaysia tidak perlu menunggu lama kehadiran cip baru AMD di dalam pasaran.

Hari yang indah bagi peminat AMD dan penggemar teknologi serata dunia. Kepada pengguna tegar Intel, bertabahlah kerana resale value cip Intel pasti merudum teruk selepas Julai 2019 tak lama lagi. Katakan tidak kepada monopoli Intel. Syabas kepada AMD kerana berjaya menunjukkan sikap anti-kapitalis.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply