amd ryzen

 

AMD Ryzen dilaporkan akan mula dijual dalam masa kurang 2 minggu lagi. Sebagai peminat teknologi, saya amat menanti-nantikan kemunculan Ryzen yang dikatakan akan menggoncang kembali industri mikrocip komputer yang sudah di dominasi oleh Intel selama hampir 7 tahun.

AMD Ryzen – Kebangkitan Kembali?

amd ryzen cpu

Sedikit sejarah lampau; pada tahun 2011 AMD menghasilkan cpu generasi baru dengan architecture “Bulldozer” dengan harapan yang besar namun gagal di pasaran. AMD mempertaruhkan cip dengan teknologi teras fizikal yang besar iaitu quad-core (4-core), hexa-core (6-core) dan octa-core (8-core). Malang bagi AMD kerana Intel yang ketika itu hanya mempertaruhkan cip dual-core, quad-core dan quad-core + hyperthreading (4-core 8 thread) jauh mengatasi Bulldozer dari segi teknologi dan prestasi.

Akibat kegagalan Bulldozer dan seterusnya Piledriver, Intel terus mendominasi pasaran selama bertahun-tahun hingga kini. AMD yang pernah dilaporkan hampir bangkrap bagaimanapun tidak berputus asa dan berniat membuat “comeback” dengan pelancaran Ryzen.

Sedikit maklumat mengenai AMD Ryzen

  • AMD Ryzen hadir untuk desktop sahaja dalam konfigurasi quad-core, hexa-core dan octa-core
  • Ryzen kini menyokong hyperthreading, processor flagship mempunyai 8 core 16 thread
  • Prestasi dilaporkan sangat kompetitif dengan cip generasi terbaru Intel
  • Cpu ryzen untuk desktop tidak dilengkapi cip graphic (tiada iGPU)
  • Ryzen sesuai untuk pelbagai jenis tujuan; gaming hinggalah kepada rendering dan produksi berat
  • Harga bagi processor 8-core Ryzen dilaporkan adalah 1/2 daripada processor Intel tetapi dengan prestasi hampir sama
  • Ryzen dicipta menggunakan teknologi node 14nm yang lebih jimat penggunaan tenaga seperti Intel Broadwell, Skylake dan Kaby Lake
  • TDP bagi processor Ryzen ialah 65w – 95w, lebih prestasi pada penggunaan tenaga yang rendah serta penghasilan haba yang kurang berbanding generasi sebelumnya.
  • Semua cip Ryzen adalah unlocked dan boleh di-overclock, tetapi bergantung kepada model motherboard

Ryzen dalam bentuk APU untuk desktop dan laptop dilaporkan akan hadir pada penghujung 2017 dan tidak banyak maklumat lagi buat masa sekarang.

Dominasi Intel = Intel terlalu selesa dan kurang inovasi?

Walaupun saya pengguna Intel (i5-5200u Broadwell laptop + i5-6600k Skylake PC), saya sedikit kecewa dengan Intel kerana mereka terlalu selesa dengan kedudukan mereka dan ini menyebabkan kurangnya inovasi.

Sebagai contoh, peningkatan prestasi cip Intel dalam 3 generasi Broadwell, Skylake dan Kaby Lake sangat rendah dan hampir tiada beza. Prestasi Intel HD Graphics juga sangat mengecewakan di desktop dan laptop. Masih terlalu lemah untuk gaming biarpun sudah beberapa generasi berlalu. Kurangnya persaingan menyebabkan cip Intel serta motherboard Intel chipset sangat mahal di pasaran. Jadi saya harapkan Ryzen lebih kompetitif dan memaksa Intel untuk menghasilkan teknologi yang lebih bagus dan seterusnya menguntungkan pengguna.

amd ryzen

Adakah AMD, syarikat yang  mempunyai budget R&D yang lebih 10x jauh lebih kecil daripada Intel akan berjaya di pasaran? Lebih maklumat lanjut mengenai Ryzen akan saya tambah di dalam artikel susulan selepas pelancaran rasmi nanti.

Apa pendapat anda mengenai AMD Ryzen?

Sumber rujukan : Videocardz



RELATED POSTS