Anak saya suka betul tonton kartun animasi di Youtube. Jadi secara tidak langsung, saya pun terjebak sekali. Sambil-sambil scrolling dekat Youtube, perasan ada beberapa kartun animasi baru buatan tempatan yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk ditonton. Jom kita tonton animasi tempatan baru ini.
5 Animasi Tempatan Baru Yang Anda Boleh Tonton di Youtube
Omar dan Hana merupakan animasi baru daripada pencipta Didi and Friends. Bezanya, kartun ini bertemakan keagamaan yang sesuai untuk kanak-kanak dan ibu bapa. Animasi Omar dan Hana sangat kemas, dengan warna yang terang dan cantik.
Siri Alif dan Sofia juga membawa mesej keagamaan yang positif seperti doa makan, kalimah syahadah dan sebagainya. Kanak2 dan ibu bapa mesti suka. Dibawakan oleh pencipta siri Boboiboy, iaitu Animonsta.
Impian Remi ini merupakan kartun mengenai remaja sekolah bernama Remi dan rakan-rakannya. Sekali tengok, topi yang Remi pakai macam topi Ash Ketchum pun ada, mungkin pencipta asal kartun ini peminat siri Pokemon. Stail kartun ini mirip kepada kartun dalam channel Cartoon Network atau Nickoledeon, syabas kepada studio.
Link Youtube Impian Remi
Ejen Ali turut ditayangkan di TV3 dan anda mungkin pernah tengok. Kisah mengenai remaja sekolah yang memiliki identiti lain sebagai ejen rahsia.
Link Youtube Ejen Ali
Oko Lele merupakan animasi bisu yang melucukan. Kisah mengenai remaja zaman moden yang kembali ke zaman purba selepas terjumpa satu portal.
Link Youtube Oko Lele
Anda suka menonton kartun animasi di Youtube? Jom kongsikan kartun2 kegemaran anda yang mungkin tiada dalam senarai di atas di ruangan komen artikel ini ya.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥