black friday malaysia



Apa itu Black Friday? Mungkin tahun-tahun sebelum ini anda pernah dengar tapi kurang jelas maksud hari Black Friday dan apa yang membuatkan orang tergila-gilakan Black Friday ini. Secara ringkas, Black Friday merupakan nama tidak rasmi bagi hari Jumaat selepas Thanksgiving Day di US. Thanksgiving disambut pada hari Khamis dan Black Friday disambut pada hari Jumaat terakhir bulan November setiap tahun.

Thanksgiving Day sinonim dengan budaya meraikan seseorang dengan pelbagai hadiah dan pada zaman moden ini Black Friday dikenali sebagai waktu terbaik untuk smelakukan pembelian secara online dan juga di kedai-kedai fizikal. Kebiasannya syarikat-syarikat pelbagai saiz akan melakukan promosi besar-besaran sempena hari Black Friday dan jika bernasib baik kadang-kadang tu anda akan jumpa pelbagai barangan dijual pada harga yang sangat murah dan tak masuk akal. Bila penjual throw price, semua pun suka !

Apa itu Black Friday?

Kebiasannya pada Black Friday setiap tahun, saya akan ke Amazon dan Ebay untuk mendapatkan pelbagai barangan dengan harga diskaun melampau. Sejak nilai USD jadi mahal, saya lebih berhati-hati untuk shopping di Amazon dan Ebay dan hanya beli barangan keperluan sahaja. Toys dan collectibles terpaksa dikurangkan. Rindu betul masa nilai USD – MYR di bawah RM3.50.

steam black friday

Kalau saya tidak beli barangan fizikal, kebiasaannya saya akan beli domain, WordPress theme, WordPress plugin pada harga murah ataupun game Steam, apps iOS dan Android pada hari Black Friday.

Bukan Amazon dan Ebay sahaja, tapi boleh kata majoriti laman ecommerce terbesar di dunia akan mengadakan jualan Black Friday. Jika anda ingin membeli kosmetik, bag, kasut dan pelbagai barangan lagi kena rajin buat tinjauan pada hari Black Friday. Paling best kalau dapat beli barangan pada harga murah, dapat pula Free International Shipping.

Perbezaan 11.11, Black Friday, Cyber Monday dan 12.12

11.11 – Singles Day, hari untuk anda shopping online di Lazada, Shopee, Aliexpress, Taobao dan laman beli belah Asia

Black Friday – hari untuk anda shopping online di Amazon, Ebay, Sephora, ASOS dan banyak lagi

Cyber Monday – 4 hari selepas Black Friday, hari untuk anda shopping online barangan gajet, elektronik dan produk digital

12.12 – penutup kepada jualan online terbesar di Asia iaitu 11.11

Black Friday di Malaysia

Kedai-kedai fizikal dan pasaraya di Malaysia sangat jarang mengadakan jualan Black Friday. Tetapi, laman-laman online seperti Lazada, 11street, Shopee, Lelong dan sebagainya mungkin mengadakan jualan pada hari BF.

Jika anda anda wishlist game Steam, software Windows/Mac, apps iOS atau Android, pastikan track sekiranya ada penurunan harga atau tawaran istimewa sempena Black Friday.


Lain kali ada orang tanya anda apa itu Black Friday, kongsikan artikel ini dengan mereka ya!

Happy shopping !

 

 



RELATED POSTS