- 521views
- 7
iPhone 9 (iPhone SE 2) merupakan model iPhone yang dilaporkan akan menjadi model iPhone mampu milik terbaru oleh Apple untuk pasaran tahun 2020. Terkini maklumat dan gambar iPhone 9 telah dibocorkan di internet oleh @OnLeaks yang mempunyai ketepatan yang sangat boleh dipercayai. iPhone 9 ini menggunakan rekaan lama berasaskan rekaan iPhone 6/6s/7/8 dengan saiz skrin LCD 4.7 inci dengan harga dijangka serendah RM1699 – RM1999.
iPhone 9 (iPhone SE 2) Model Mampu Milik Terbaru Daripada Apple Untuk Tahun 2020
Dengan pelancaran iPhone 11 pada bulan September 2019, Apple kini menjual beberapa model iPhone termasuk model lama iaitu iPhone XR dan iPhone 8. iPhone 8 kini dijual pada harga bermula RM2199 tetapi ada kemungkinan besar akan iPhone 8 dihentikan jualan selepas iPhone 9 dikeluarkan dalam masa terdekat (kemungkinan besar Mac 2020).
Berikut adalah spesifikasi iPhone 9 yang terbocor di internet setakat tarikh 070120;
- Processor Apple A13 (sama laju dengan iPhone 11/11 Pro)
- 3GB RAM
- 12MP iSight camera (kemungkinan ada software-based Portrait Mode seperti iPhone XR)
- Skrin 4.7″ Retina IPS LCD 750 x 1334 pixels
- 64GB storage
- Harga ~RM1699 – RM1999 ($399 – $499)
- Touch ID
Apple ingin menyasarkan iPhone 9 ini sebagai model mampu milik dalam julat harga di bawah RM2000 (sekitar ~$399) di mana Apple boleh mengisi kekosongan antara iPhone XR dan iPhone 11 yang berharga RM2500 – RM3500 ++ ke atas. Dengan spesifikasi cip Apple A13 yang sangat laju dan berkuasa, Apple sekaligus boleh bersaing dengan model smartphone Android kelas pertengahan.
Apa pendapat anda mengenai iPhone 9 baru?
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 521views
- 7