Apple Melancarkan iPhone XS, iPhone XS Max – Chip A12 Bionic 7nm, Peningkatan Kualiti Dual-Camera, Sokongan Dual-Sim, Storan Sehingga 512GB

iphone-xs-max-gold-malaysia

Seperti dijangka, Apple telah melancarkan tiga model iPhone generasi baru iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR. iPhone XS dan iPhone XS Max merupakan model flagship dengan harga premium manakala iPhone XR merupakan versi iPhone yang ditujukan untuk pengguna kasual pada harga yang lebih mampu milik.

Apple Melancarkan iPhone XS, iPhone XS Max – Kini Ada Pilihan Warna Gold

Dari segi fizikal, rekaan iPhone XS adalah sama dengan rekaan tahun lepas iPhone X – cuma dengan penambahan pilihan warna Gold. iPhone XS Max pula bersaiz 6.5-inci OLED dengan kapasiti bateri yang lebih besar.

iphone-xs-spec

Antara fungsi baru dalam iPhone XS dan iPhone XS Max :

  • Chip A12 Bionic – prestasi 15%-30% lebih pantas, ketahanan bateri yang lebih baik, Neural Engine untuk AI dan Machine Learning
  • Kamera depan – Face ID yang lebih canggih, Portrait Mode yang lebih berkualiti tinggi, menyokong rakaman 1080p 60 fps video dan video stabilization
  • Kamera belakang – 12MP dual camera + dual OIS dengan sensor baru, Smart HDR yang mengoptimasikan dynamic range, highlight, shadow dan exposure, kualiti video yang lebih cantik dengan dynamic range yang lebih tinggi, keupayaan Bokeh yang lebih baik
  • Model iPhone pertama yang menyokong Dual-sim Dual Standby
  • Storan – menyokong storan sehingga 512GB flash storage
  • Lain-lain – sokongan Gigabit LTE dan juga wireless charging yang lebih pantas

iphone-xs-dual-sim

iPhone XS dan iPhone XS Max kini menyokong Dual-SIM – satu Nano Sim dan satu lagi eSim. Hanya iPhone XS pasaran China sahaja yang menyokong dual Nano-Sim kerana mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan China.

Mengikut pengetahuan saya, hanya Maxis sahaja yang menyokong eSim di Malaysia. Mungkin dengan pelancaran iPhone XS ini Celcom, Digi, Umobile akan turut sama melancarkan servis eSim, sama-sama kita lihat nanti.

Advanced Portrait Mode – antara salah satu fungsi utama dalam iPhone XS dan iPhone XS Max. Dual-camera dengan sensor baru dan chip A12 Bionic dengan kebolehan Neural Engine mampu menghasilkan gambar dengan efek Bokeh yang lebih realistik berbanding iPhone generasi sebelum ini.

Kini pengguna boleh melaras kekuatan efek Bokeh daripada F/16 sehingga lah ke F/1.4 untuk shallow depth of field seumpama kamera DSLR/Mirrorless dengan aperture lens F/1.4.

Sensor baru dalam iPhone XS juga menghasilkan gambar yang lebih berkualiti dan cantik dalam keadaan kurang cahaya (low light).

iphone-xs-whats-in-the-box

Setiap pembelian iPhone XS kini tidak lagi mengandungi adapter 3.5mm ke lightning untuk penggunaan earphone atau headphone. Sedikit mengecewakan juga kerana Apple masih meletakkan charger 5W iPhone (sama seperti model iPhone sebelum ini) yang tidak menyokong pengecasan pantas.

Nak gunakan fungsi fast charging pada iPhone yang adan beli pada harga lebih RM5000?

Tambah lagi beberapa ratus untuk beli official fast charger yang dijual oleh Apple. Inilah salah satu cara Apple boleh jadi syarikat pertama dengan nilai USB 1 Trillion.

Harga dan tarikh pelancaran iPhone XS dan iPhone XS di Malaysia akan saya sertakan di dalam artikel lain selepas semua maklumat disahkan sebagai rasmi.

Apa pendapat anda mengenai iPhone XS dan iPhone XS Max?

 

 

 

 



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply