Apple One Diumumkan – Langganan Servis Apple Music, TV+, Arcade dan iCloud Dalam 1 Plan, Hanya RM19.90 Sebulan

apple one malaysia subscription

Apple pada hari ini telah mengumumkan pelan  Apple One baru yang cukup murah dan berbaloi – hanya RM19.90 sebulan untuk langganan servis Apple Music, tv+, Arcade dan iCloud 50GB. Bayar sekali saja untuk 4 servis semua dalam satu (all-in one). 

Apple One Langganan Servis Semua Dalam Satu – Hanya RM19.90 Sebulan

Buat masa sekarang, laman web Apple One (Malaysia) hanya memaparkan 2 kategori langganan iaitu pelan Individual RM19.90 / month dan juga Family RM33.90 / month untuk perkongsian sehingga 5 orang. Turut dipaparkan ialah servis Apple One “Coming later this year” iaitu tarikh yang belum ditetapkan lagi.

Kepada pengguna ekosistem Apple, langganan Apple One yang hanya RM19.90 sebulan adalah sangat murah dan berbaloi. Strategi harga baru Apple ini juga berpotensi membuatkan ramai pengguna iPhone beralih daripada Spotify kepada Apple Music kerana ia tawaran yang lebih bijak dan menyenangkan.

google one malaysia subscription

⠀⠀⠀

Sekadar berkongsi, Google pun sudah lama mempunyai pelan Google One sendiri, cuma lebih memfokuskan kepada storan Awan Google Drive dan tiada pelan semua dalam satu untuk Youtube. Mungkin kah Google pula akan mengubah strategi mereka selepas ini sebagai reaksi kepada penawaran Apple?

Sumber : Apple One (Malaysia)



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





mi-band-5-malaysia

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


iphone se 2020 malaysia price

🤩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply