Baru-baru ini saya telah membeli laptop baru kerana ingin memudahkan kerja-kerja berkaitan office kerana laptop sedia ada sudah agak ancient dan mengurangkan produktiviti saya. Zaman sekarang kerja kena produktif dan cepat baru rezeki pun cepat masuk kan. Jadi saya buat research sedikit untuk buat pilihan nak beli laptop baru.



Bajet saya pula tak banyak – kalau boleh nak laptop baru, spec bagus tapi harga tak melebihi RM2500.

Reason saya bajet sekitar RM2500 kerana fokus saya laptop baru ini mostly untuk kerja ofis dan occasionally Photoshop, Lightroom dan kasual gaming bila perlu. Bukan sebagai main and only laptop saya, kerana saya sudah ada Desktop PC di rumah untuk gaming serta kerja-kerja intensif.

Selepas membuat survey selama 2,3 hari dan membuat perbandingan dengan puluhan model laptop, saya membuat keputusan untuk order laptop Asus K401LB secara online. Apa yang menariknya dengan laptop ini?

Asus K401LB Review

Asus K401LB – Design

asus k401lb review

asus k401lb review

 

Asus K401LB ini lebih kepada Ultrabook berbanding laptop biasa. Asus advertise laptop ini sebagai Full-featured, Thin and Light design. Bersaiz 14″ seperti kebanyakan laptop lain tapi Asus menggunakan material yang lebih lasak dan ringan iaitu plastik dan aluminium.

Saiz dan berat merupakan faktor penting sebenarnya bagi saya sebagai laptop kerja kerana saya tidak mahukan laptop yang terlalu tebal dan berat sehingga lenguh untuk dibawa ke sana- sini.

Sedikit perbandingan dengan laptop lain;

[table]
Laptop,Saiz,Material,Berat
Macbook Air,13”,Aluminium,1.35 kg
Macbook Pro,13”,Aluminium,1.58 kg
Asus K401LB,14”,Plastik dan Aluminium,1.65 kg
Jenama lain, 14”, Plastik, +- 2.2 kg
[/table]

asus k401lb review 2

asus k401lb review 2

asus k401lb keyboard

asus k401lb keyboard

Asus K401LB – Spesifikasi

[table]
Spesifikasi Asus K401LB
Processor, Intel Core i5-5200U (14nm Broadwell)
RAM, 4GB DDR3L RAM
OS, Windows 8.1 (Boleh upgrade percuma ke Windows 10 bermula 29 Julai 2015)
Storan, 1TB 5400 RPM Hard Disk
Grafik, Nvidia Gefore 940M 2GB
Skrin, 14” 1920×1080
Bateri, Sehingga 7 jam
Berat, 1.65 kg
Material, Campuran polycarbonate dan aluminium
Warranty, 2 tahun dari Asus Malaysia
Harga Pasaran, RM2499
[/table]


Processor, RAM, OS, Storan

a. Processor pada laptop Asus K401LB ialah Intel Core i5-5200U iaitu dalam generasi Broadwell yang baru diperkenalkan awal tahun 2015. Ianya laju dan lebih jimat tenaga berbanding generasi sebelumnya. Jika inginkan performance, beli Core i5 atau i7 sahaja dan SKIP laptop dengan processor Atom, Pentium, Celeron dan juga i3.

b. Laptop ini ada 4GB RAM. 4GB RAM sudah cukup untuk kegunaan office work cuma kelebihan RAM lebih dari 4GB ialah ketika gunakan Google Chrome dan Adobe Creative Suite macam Photoshop dan Lightroom. Kalau ikut spesifikasi rasmi laptop ini boleh upgrade hingga 8 atau 12 GB RAM. Based on harga RAM sekarang saya hanya perlu tambah RM200 lebih sahaja nanti jika ingin membeli 8GB RAM tambahan bagi menjadikan laptop ini 12GB RAM.

c. OS yang terpasang sedia ialah Windows 8.1 64-bit dan dijamin mendapat upgrade percuma ke Windows 10 bermula 29 Julai 2015 nanti.

d.  Ruang storan pada laptop ini ialah 1TB. Sebagai traditional hard disk, kelajuan disk speed tidak berapa memuaskan tetapi ia membantu menurunkan harga laptop ini ke tahap mainstream.

Saya bercadang untuk upgrade SSD (solid-state disk), mungkin brand Samsung 850 Evo 250GB pada masa hadapan kerana SSD boleh meningkatkan lagi tahap responsive laptop dan improve general performance.

Grafik

Kad grafik pada laptop ini ialah Nvidia Geforce 940M 2GB DRR3. Walaupun ia bukanlah termasuk dari kategori kad grafik untuk gaming, namun Geforce 940M mampu menjalankan game-game PC pada kualiti low-medium dan playable frame-rate. Jika anda pemain tegar Fifa, PES, Dota 2 dan sebagainya, laptop ini mampu menjalankan game tersebut dengan baik. Cuma kena try and error resolution dan graphic setting untuk dapatkan gameplay yang smooth.

the-witcher3-nvidia-940m

the-witcher3-nvidia-940m

 

Sebagai contoh, saya jalankan game The Witcher 3 : Wild Hunt pada resolusi 1920×1080 dan ianya agak playable (Setting Low). Boleh lihat screenshot saiz penuh di imgur.

Mempunyai grafik Geforce 940M adalah satu extra bagi Asus K401LB kerana kebolehan menjalankan games, emulator dan sesetengah perisian seperti Photoshop, Lightroom, Premiere dll adalah lebih bagus berbanding menggunakan Intel Integrated Graphic pada kebanyakan laptop dan ultrabook.

Skrin

Dari segi skrin dan display resolution, Asus K401LB mempunyai display Full HD iaitu 1920×1080. Walaupun tak sharp seperti Macbook Pro Retina, namun skrin Full HD sudah jauh lebih bagus berbanding kebanyakan laptop yang masih menggunakan display yang semakin tidak relevan pada tahun 2015 iaitu 1366×768.

Mungkin penerangan menggunakan table ini lebih mudah faham :

[table]
Laptop, Saiz skrin, Display resolution
Macbook Air, 13”, 1440×900 TN Panel
Macbook Pro Retina, 13”, 2560×1600 IPS Panel
Asus K401LB, 14”, 1920×1080, TN Panel
Jenama lain, 14”, 1366×768, TN Panel
[/table]

Dari segi sharpness dan ketepatan warna bukan lah yang terbaik seperti laptop yang berharga RM3000 ke atas namun kualiti display laptop ini jauh lebih baik dari kebanyakan laptop kelas permulaan dan pertengahan.

desktop scaling

desktop scaling

 

Default scaling pada desktop ialah 150% tetapi saya syorkan anda set scaling kepada 125% bagi mendapatkan lebih banyak ruang kerja (screen real estate) pada laptop ini tapi masih sharp.

Asus K401LB – battery life

asus k401lb battery life

asus k401lb battery life

 

Asus official battery life bagi Asus K401LB ialah 440+ minit ke atas bergantung kepada jenis penggunaan.

Pengalaman saya menggunakan laptop ini pula ia mampu bertahan sehingga 7 jam pada setting berikut :

  • Resolution : 1920×1080 (125% scaling)
  • Brightness : 100%
  • Wifi : ON, Bluetooth : Off
  • Browser : Firefox kerana Google Chrome cepat drain battery

Data untuk menyokong kenyataan saya :

asus k401lb battery life 2

asus k401lb battery life 2

 

Kebanyakan laptop Windows masih di dalam teritori ketahanan bateri 2.5 jam hingga 5 jam tetapi Asus K401LB mampu mencapai 7 jam dengan single charge.

Produktiviti

asus k401lb performance

asus k401lb performance

 

Setakat ini laptop baru saya ini mampu memenuhi keperluan kerja saya dan produktiviti saya juga meningkat berbanding sebelumnya. Memikul laptop ini ke merata tempat tidak lagi menjadi beban dan saya juga kadang-kadang boleh tinggalkan charger  di rumah atau pejabat kerana tidak risau sangat bateri cepat habis.

Cons

Saya juga nak highlight beberapa cons yang ada pada laptop ini bagi pengetahuan potential buyers;

  • Trackpad yang tak berapa smooth.  Tidak menjadi masalah sekiranya anda gunakan mouse setiap masa.
  • Tiada backlit keyboard. Sukar untuk menaip pada waktu malam.
  • Speaker pada bottom laptop – bila guna atas meja volume full masih kedengaran sedikit perlahan, guna di atas riba baru dapat dengar full volume.
  • Sukar untuk tambah ram dan menukar HDD atau SSD secara DIY kerana laptop ini dibina supaya kompak dan nipis. Kena hantar kedai untuk buka skru bahagian bawah dan baru boleh replace komponen dalaman.

Harga Pasaran

Harga pasaran bagi laptop Asus K401LB pula ialah RM2499 dan boleh dibeli di kebanyakan kedai komputer.

Asus K401LB Beli Online

asus k401lb buy online

Link : Beli Asus K401LB secara online 

Pada harga saranan RM2459, anda akan mendapat percuma beg Asus dan juga jaminan (warranty) selama dua (2) tahun.

Bonus Gambar

Pertanyaan? Komen di bawah ya



RELATED POSTS