- 2.1Kviews
- 216
Adakah anda sedang mencari laptop terbaik bawah RM2500? Saya kongsikan 3 model laptop Asus dengan spesifikasi terkini dan dalam linkungan harga ‘sweet spot’ bagi pembeli baru.
Laptop Asus Pilihan Kami Dalam Lingkungan Harga Di Bawah RM2500
Asus E202SA merupakan ‘netbook’ dengan rekaan dan spesifikasi yang moden dan terkini. Sesuai bagi mereka yang perlukan laptop yang ringan dan bersaiz kompak, mempunyai ketahanan bateri yang lama dan ‘fast enough’ untuk melayari web, menaip dokumen dan sebagainya.
Harga saranan : RM1099
Spesifikasi : Skrin 11″ 1366×768 TN-Panel Non Touch, Intel Celeron Dual-Core N3050 2.16 GHz, 2GB RAM, Berat 1.2 kg, Bateri sehingga 8 Jam (Spec penuh)
Beli Asus E202SA Secara Online
Asus A456UF merupakan laptop 14″ yang sesuai untuk kebanyakan pengguna terutamanya pelajar. Mempunyai banyak pilihan warna seperti Emas, Biru, Hitam, Putih dan Merah. Agak tebal dan berat sedikit kerana mempunyai dvd-drive.
Harga saranan : RM2099
Spesifikasi : Skrin 14″ 1366×78 TN-Panel, Intel i5-6200U skylake, Graphic Nvidia GT930M, 4GB RAM, berat 2kg, bateri ~ 5 jam.
Beli Asus A456UF Secara Online (Asus Official Store)
Asus K401UB
Asus K401UB merupakan model lanjutan daripada Asus K401LB yang pernah saya review tahun lepas. Rekaan dan spesifikasi hampir sama, bezanya Asus K401UB mempunyai cip Intel i5-6200U skylake berbanding K401LB yang menggunakan cip intel i5-5200u broadwell. Sesuai untuk kebanyakan pengguna terutamanya pelajar yang perlukan laptop ringan, nipis tetapi masih laju dan boleh casual gaming.
Harga saranan : RM2499
Spesifikasi : Skrin 14″ 1920×1080 TN-Panel, Intel i5-6200U Skylake, 4GB RAM, Graphic Nvidia 940M, nipis dan ringan, berat 1.6kg dan bateri ~ 7 jam.
Beli Asus K401UB Secara Online (Asus Official Store)
Asus UX305 Ultrabook
Bonus : Jika anda ada lebihan budget, laptop kategori Ultrabook Asus UX305CA ini juga merupakan pilihan yang sesuai untuk anda ! Ianya sangat nipis, ringan, mempunyai display IPS Full HD yang cantik serta dilengkapi dengan SSD. Cuma, ianya tidak sesuai untuk gaming atau membuat kerja-kerja intensif.
Beli Asus UX305CA secara online
Jika kawan-kawan atau ahli keluarga anda sedang mencari laptop baru dalam linkungan harga bawah RM2500, boleh kongsikan artikel ini dengan mereka. Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 2.1Kviews
- 216
Suhimi Nain
Saya pula berminat dengan AcerTravel P645, tapi model ni dah keluar 2 tahun lalu tak silap. Ada juga tengok asus, tapi nak menepati citarasa.
Einz
Asus K401UB tu kalau berpeluang try usha kat kedai2. ringan dan nipis serta spec yang capable…bateri boleh pergi sampai 7 jam.
RIS-FAMILI
Memang sedang mencari laptop sekarang ni yg harganya ‘murah’ tetapi spesifikasinya ‘gempak’. Boleh dijadikan rujukan dan perbandingan dengan brand lain.