asus router bandwidth limiter

Kebanyakan Wi-Fi router mempunyai fungsi Traffic Manager atau Quality of Service (QoS). Kegunaan utama fungsi ini adalah Admin bagi sesetiap network berupaya menentukan jumlah bandwidth yang boleh digunakan oleh seseorang user di dalam network. Contohnya, satu WiFi network ini mempunyai kelajuan capaian internet 50 Mbps dan jumlah user di dalam network tersebut ada 10 orang. Admin boleh set maksimum download/upload speed seseorang user tersebut kepada XX Mbps bagi mengelakkan network daripada sesak (congested).

Dalam situasi sebenar, satu wifi network mungkin dikongsi sehingga 10 orang atau lebih. Jumlah peranti yang menggunakan wifi juga banyak dan semuanya tersambung 24/7. Salah seorang pengguna wifi merupakan seorang yang sangat liat membayar bil internet setiap bulan tetapi dia yang paling banyak download, paling kuat torrent, dan paling kerap stream video – semuanya aktiviti yang menggunakan banyak bandwidth. Dalam situasi ini, Admin kepada wifi network tersebut boleh set bandwidth yang lebih rendah kepada pengguna internet kaki download tapi liat bayar ini. Barulah adil kepada pengguna lain di dalam network tersebut. Kan?

Asus Router Bandwidth Limiter

Sekiranya anda menggunakan Wifi Router jenama Asus yang terkini dan firmware paling terbaru, anda boleh masuk ke dalam router configuration (biasanya 192.168.1.1)  dan klik pada Traffic Manager > Enable QoS > QoS Type > Bandwidth Limiter > add Target > set Download Bandwidth + Upload Bandwidth.

asus router app

Satu cara lagi ialah menggunakan app Asus Router Bandwidth Limiter di smartphone. App ini lebih mesra pengguna dan untuk menggunakan bandwidth limiter hanya perlu klik pada Devices dan turn on Bandwidth Limiter dan set Download/Upload bandwidth.

Download Asus Router App : Android | iOS

Sekiranya anda tidak menggunakan router jenama Asus atau router Asus tidak menyokong fungsi bandwidth limiter, anda boleh cuba fungsi QoS yang agak tradisional tetapi masih menggunakan teori yang sama.

Nota : Saya menggunakan wifi router Asus RT-N66U dengan custom firmware Asuswrt Merlin.

Selamat mencuba!

 

1,744 total views, 4 views today