asus zenfone 3

Asus pada hari ini (30/5/16) telah mengadakan acara khas Zenvolution untuk melancarkan siri telefon pintar terbaru Asus Zenfone 3. Seperti siri Zenfone sebelumnya, Zenfone 3 turut hadir dalam beberapa variasi iaitu Zenfone 3 Ultra dan Zenfone 3 Deluxe.

Berbanding siri Zenfone sebelumnya yang menggunakan cip Intel Atom beserta rekaan badan plastik, Zenfone 3 kini hadir dengan cip generasi baru Qualcomm Snapdragon, rekaan badan aluminium yang lebih premium serta dilengkapi fingerprint sensor seperti kebanyakan telefon pintar daripada pesaing.

Asus Zenfone 3

Asus Zenfone 3 (ZE552KL)

Variasi Zenfone 3 ‘basic spec’ ini hadir dengan cip Snapdragon 625 yang menggunakan teknologi 14nm yang lebih jimat tenaga. Ia turut menggunakan sensor Sony IMX298 yang turut digunakan pada Xiaomi Mi5 dan Huawei Mate 8. Walaupun tidak dilengkapi cip processor berkelas ‘flagship’ Zenfone 3 mampu menjadi pilihan ramai pengguna sekiranya dijual pada harga mainstream (sekitar ~RM800 – RM1200).

  • 5.5 inch, 1920 x 1080 pixel Super IPS+ LCD display
  • Qualcomm Snapdragon 625 processor
  • Up to 4GB of RAM
  • Up to 64GB of RAM
  • 16MP rear camera with Sony IMX298 sensor
  • 802.11ac WiFi
  • Bluetooth 4.2
  • Up to Cat 6 LTE
  • 3,000 mAh battery
  • USB 2.0 Type-C connector
  • Gold, blue, black, or white color options

Asus Zenfone 3 Deluxe (ZS570KL)

Zenfone 3 Deluxe adalah ‘flagship’ bagi siri Zenfone 3 dan menampilkan cip Snapdragon 820, RAM sehingga 6GB dan ruang storan sehingga 256GB. Kamera pula menggunakan sensor 23MP Sony IMX318 yang turut dilengkapi OIS dan EIS. Secara ringkas, Zenfone 3 Deluxe boleh dikatakan smartphone yang berpotensi untuk jadi popular sekiranya kamera ia berupaya menghasilkan gambar yang cantik dan berkualiti.

  • 5.7 inch, 1920 x 1080 pixel Super AMOLED display
  • Qualcomm Snapdragon 820 processor
  • Up to 6GB of RAM
  • Up to 256GB of storage
  • 23MP rear camera with Sony IMX318 sensor
  • 802.11ac WiFi
  • Bluetooth 4.2
  • Up to Cat 13 LTE
  • 3,000 mAH battery with Qualcomm Quick Charge 3.0
  • USB 3.0 Type-C connector
  • Gold, silver, and grey color options

Asus Zenfone 3 Ultra (ZU680KL)

asus zenfone 3 malaysia

Asus Zenfone 3 Ultra pula boleh dikatakan pesaing kepada Xiaomi Mi Max kerana bersaiz besar dengan saiz skrin ialah 6.8″. Processor yang digunakan pula ialah Snapdragon 652 yang sedikit lebih pantas daripada Snapdragon 650 yang digunakan pada Xiaomi Redmi Note 3. Ia turut menggunakan kamera 23MP dengan sensor Sony IMX318 dan dilengkapi bateri sebesar 4600 mAh.

  • 6.8 inch, 1920 x 1080 pixel IPS LCD display
  • Qualcomm Snapdragon 652 processor
  • Up to 4GB of RAM
  • Up to 128GB of storage
  • 23MP rear camera with Sony IMX318 sensor
  • 802.11ac WiFi
  • Bluetooth 4.2
  • Up to Cat 6 LTE
  • 4,600 mAH battery with Quick Charge 3.0
  • USB 3.0 Type-C connector
  • Gray, silver, and pink color options

Siri Asus Zenfone boleh dikatakan agak popular juga di Malaysia dan saya akan kongsikan maklumat harga dan tarikh pelancaran di masa akan datang.

Apa pandangan anda mengenai Zenfone 3 series? Adakah Zenfone 3 boleh menjadi telefon yang popular selepas tidak lagi menggunakan Intel Atom?

Sumber : Liliputing

329 total views, 1 views today