Saya merupakan pengguna powerbank Xiaomi 10400 mAh sejak model powerbank ini mula dijual di Malaysia lagi. Powerbank Xiaomi ini, part yang saya paling suka ialah binaan badan ‘aluminium’ yang nampak elegan. Tetapi, masalah utama powerbank Xiaomi ini bagi saya ialah ianya agak berat dan saiz yang agak lebar.

Walaupun Xiaomi sudah melancarkan Powerbank 10400 mAh versi baru yang lebih nipis dan ringan, tetapi ianya belum lagi dijual di pasaran Malaysia. Powerbank Xiaomi saya pula, charging port pula sudah agak ‘loose’ dan kerap kali tak masuk caj. Frustrating. Jadi, saya mencari-cari alternatif baru kepada Powerbank Xiaomi tetapi masih mengekalkan kualiti dan design elegan serta harga yang tidak terlalu mahal.

Akhirnya, berdasarkan suggestion di Facebook, saya pun membeli Powerbank Asus ZenPower 9600 mAh. Sedikit review ringkas dari saya.

asus-zenpower-powerbank-6

Powerbank Asus ZenPower 9600 mAh mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan powerbank Xiaomi 10400 mAh. Terdapat pelbagai pilihan warna iaitu Gold, Blue, Pink, Black dan Silver. Material binaan badan juga dibuat daripada aluminium yang menyerlahkan lagi tahap elegan sesebuah powerbank itu.

asus zenpower-powerbank

Saya mencuba Powerbank ini dengan iPhone 6 dan saya mendapati ia mampu

  • caj penuh 3x bateri iPhone 6
  • ambil masa lebih kurang 5+ jam untuk caj penuh powerbank menggunakan adapter iPad 12W/2.4A.

Asus ZenPower 9600 mAh vs Xiaomi Powerbank 10400 mAh

[table]
Spesifikasi,Asus ZenPower 9600 mAh,Xiaomi Powerbank 10400 mAh
Material,Aluminium,Aluminium,
Berat,215g,250g,
Kapasiti,9600 mAh,10400 mAh,
Input / Ouput, 2.0A / 2.4A,2.0A / 2.1A,
[/table]

Gambar : perbezaan saiz dan ketebalan Asus ZenPower 9600 mAh dengan Xiaomi Powerbank 10400 mAh.

Secara ringkas saya agak berpuas hati dengan powerbank Asus ini. Saiz yang kompak, berat cuma 215g dan keupayaan charging pantas membuatkan powerbank Asus ini menjadi pilihan utama saya setakat ini.

Ada cadangan model-model powerbank yang power selain Asus dan Xiaomi? Boleh komen di bawah.

450 total views, 1 views today