Saya menonton filem live-action Attack on Titan, dan ianya sungguh mengecewakan. 



Sebagai peminat siri manga dan anime Attack on Titan (AoT) atau Shingeki No Kyojin (SnK) dalam bahasa Jepun, saya agak hyped apabila movie live action AoT diumumkan. Tambahan pula, filem ini dikatakan ber-budget besar dan dibarisi pelakon-pelakon yang boleh dikira sebagai nama besar dalam industri perfileman Jepun. Sebelum ini saya dah biasa tengok movie yang dihasilkan dari adaptasi manga dan anime, turns out to be flop, tapi saya masih mengharapkan ada kelainan bagi filem AoT ini.

Malangnya expectation saya hancur sekali lagi.


7 Sebab Kenapa Filem Attack on Titan Sangat Hambar

Saya tak nak tulis panjang-panjang, jadi saya simpulkan 7 sebab kenapa filem Attack on Titan ini sangat mengecewakan.

filem attack on titan

1. Ciptaan ‘Dunia Dalam Tembok’ yang lemah

Dalam universe AoT, manusia hidup dalam ‘dunia dalam tembok’ yang melindungi manusia dari ancaman Titan. Eren, Armin dan Mikasa asalnya tinggal di kawasan paling luar dalam banyak lapisan tembok iaitu Wall Maria. Tetapi, pembikinan ‘dunia dalam tembok’ dalam versi movie sangat lemah. Tidak meyakinkan, tak nampak hidup, nampak fake sangat. Latar cerita juga diubah kepada tema yang hampir kepada post-apocalypse di mana ada helikopter dan senjata yang tidak pernah wujud dalam versi asal komik dan anime.

Kalau filem Rurouni Kenshin boleh mewujudkan balik suasana zaman samurai dan filem Avatar boleh menampakkan kehidupan planet Pandora yang nampak ‘real’ kenapa tidak filem AoT ini?

2. Watak ‘fav’ peminat digugurkan dalam versi filem

filem attack on titan 2

Watak trio utama Eren, Mikasa dan Armin dikekalkan (walaupun Armin versi filem tidak berambut blonde), tetapi mana pergi watak-watak ‘fav’ peminat setia AoT dalam versi filem? Tiada Annie, Reiner, Bertolt dan banyak lagi. Paling mengecewakan watak Levi diganti oleh Shikishima yang  (dalam versi filem) terlalu try hard untuk menjadi seorang yang power dan cool. Terdapat elemen forced romance yang mengarut antara Hiana, seorang ibu tunggal beranak satu dengan Eren.

What the hell?

3. Kualiti CGI yang terlalu amatur

filem attack on titan 3

Kita sedia maklum bahawa Jepun merupakan kuasa besar dalam industri teknologi, animation dan pembikinan video game. AoT merupakan cerita bertemakan perang dan monster, jadi saya expect kualiti CGI dalam filem yang highly anticipated adalah ‘top notch’.

Tetapi CGI kaum Titan dan scene perang dalam filem AoT ini kelihatan sangat amatur. Barangkali pengarah filem ini random picked orang homeless, wanita, kanak-kanak dan lelaki berbadan gempal untuk melakonkan watak Titan di depan green screen. It’s like, dalam trailer nampak power tetapi dalam versi penuh, hancur teruk. Colossal Titan merupakan Titan yang paling iconic bagi siri AoT, tetapi gagal diterjemahkan sepenuhnya dalam versi 3D CGI.

4. Tiada muzik epik

Anime AoT popular dengan muzik dan lagu yang epik terutama sekali Guren No Yumiya. Dalam versi filem tiada lagu Guren No Yumiya dan tiada muzik latar yang power. Lagu yang digunakan ketika kredit dah la tak sedap dan tidak sesuai dengan tema filem yang sepatutnya ‘sorrow’ malah muzik ketika battle scene dengan Titan juga terlalu amatur seperti filem kelas rendah.

Mana pergi pemuzik handalan Jepun?

5. Plot Rush, Plot Holes

Lepas scene Titan invasion pada awal cerita, sedar-sedar Eren & co dah masuk Military Squad. Tak lama lepas tu, terus pergi berperang nak retake balik kawasan yang diserang oleh Titan. Filem ini sepatutnya berdurasi kurang-kurang 2 jam tetapi dipendekkan kepada 1 jam setengah dan bersambung di sequel kedua yang bakal muncul nanti bertajuk Attack on Titan : End of the World. Hasilnya, terlalu banyak plot rush. Watak-watak utama juga tidak diperkenalkan sepenuhnya, tak jelas character development dan apa motivation mereka semua untuk masuk Military Squad. Apakah hubungan Eren, Mikasa dan Armin. Tidak diceritakan pula mengenai keluarga mereka. Sedangkan ibu dan bapa Eren merupakan tunjang utama kepada penceritaan sebenar Attack on Titan.

Background Military Squad, termasuk Survey Corps, juga tidak dijelaskan sepenuhnya kepada penonton. Tak nampak bahawa organisasi Military atau Government dalam versi filem ini sebagai organisasi yang massive kerana dua tiga kerat sahaja yang menonjolkan diri sebagai tonggak utama.

6. Rekaan costume yang tidak menarik

filem attack on titan 5

Secara jujur saya pernah tengok costume yang dipakai cosplayer AoT jauh lebih kemas berbanding versi filem. 3D Maneuver Gear yang digunakan dalam versi filem juga nampak seperti barang permainan.

filem attack on titan 6

7. Tiada satu pun enjoyable scene

Dari awal sampai tamat, tiada satu pun scene yang betul-betul enjoyable atau memorable. Normally, penonton akan melahirkan rasa empathy bila menonton scene yang menyedihkan atau watak-bila terdapat kematian. Tetapi dalam versi filem AoT ini, tidak ada sedikit pun feel itu bila melihat manusia dimakan oleh Titan atau bila dunia dimusnahkan sewenang-wenangnya. Mood sorrow gagal dihasilkan sama sekali.


Bagi saya filem live-action Attack on Titan ini merupakan sebuah filem yang gagal dari banyak segi. Sequel filem ini juga sekiranya masih mengekalkan team produksi yang sama, saya tak berani nak letak sebarang expectation lagi. Anda ada pendapat yang sebaliknya? Boleh tinggalkan komen di bawah ini ya.



RELATED POSTS