attack-on-titan



Ya, ini bukan April Fool — Attack On Titan musim ke-2 akan kembali selepas 4 tahun !

Attack On Titan Season 2

Episod pertama bagi musim ke-2 AOT (Shingeki No Kyojin) akan ditayangkan pada 1 April 2017 di Jepun dan pada waktu yang sama (simulcast) dengan siaran online di Crunchyroll dan Funimation. Siri AOT musim pertama tamat pada tahun 2013 dengan menyaksikan pembelotan Annie (Female Titan), Bertolt (Colossal Titan) dan Reiner (Armored Titan) manakala musim ke-2 pula bakal bersambung dengan konflik berterusan antara Eren dan teman-teman bersama dengan musuh mereka iaitu beberapa lagi Titan lain selain Bertolt dan Reiner.

attack on titan season 2

Jika berdasarkan Attack On Titan manga yang saya baca, season 2 mungkin banyak plot mengenai sejarah dan politik yang mungkin membosankan peminat. Tetapi, aksi pertempuran musim ke-2 ini semestinya lebih menarik dan epik. Saya harap ‘battle scene’ dalam versi anime ini akan lebih gempak, setaraf atau lebih bagus berbanding siri pertama.

Attack On Titan season 2 episode 1 akan ditayangkan dalam masa beberapa jam lagi – jika anda tiada apa hendak dibuat hujung minggu ini boleh join streaming juga ya !

 



RELATED POSTS