Baki e-Tunai Rakyat Dalam e-Wallet Akan Ditarik Balik Jika Tak Guna Selepas 14 Mac 2020?

baki e-tunai rakyat

Saya baru tertengok satu video viral di twitter berkenaan pengguna tak tahu nak beli apa dengan duit RM30 e-Tunai Rakyat dalam eWallet. Nak kena habiskan duit baki e-Tunai sebelum 14/3 (14 Mac 2020) kalau tak nak rugi. 

Video tersebut mungkin bergurau saja, maklumlah zaman sekarang ni orang sanggup buat apa saja nak bagi views tinggi. Apapun, di bahagian replies, memang ramai yang tak tahu nak beli apa dengan e-wallet, dan ramai tak tahu betul ke baki duit etunai rakyat tu akan expired atau ditarik balik. 

⠀⠀⠀

 

Baki e-Tunai Rakyat Dalam e-Wallet Akan Ditarik Balik Jika Tak Digunakan?

 

Berdasarkan faqs di laman etunai Boost dan TNG eWallet, nampaknya memang macam tu lah. Baki duit e-tunai rakyat yang anda dah tuntut tapi tak digunakan akan expired atau ditarik balik jika tak digunakan sebelum 14 Mac 2020.

Bagaimanapun, saya jangka tarikh 14 Mac 2020 akan dilanjutkan kerana buat masa sekarang masih ramai yang belum lagi claim duit e-Tunai mereka. Bila dah dekat sangat tarikh tutup, masa tu lah baru ramai-ramai nak buat claim. Macam tak biasa pula. 

Pendapat saya, bagi yang dah claim duit e-Tunai Rakyat RM30 tu tapi tak tahu nak buat beli apa, guna lah untuk isi minyak petrol kereta atau motor. Ataupun, pergi kedai ECO dan beli 14 barangan atau makanan bernilai RM2.10. Atau buat topup prepaid saja. Jangan bazirkan beli barang yang sia-sia dan tiada faedah.

BACA :  Streamyx Kini Dikenali Sebagai Unifi Lite - Harga Langgan RM69 Sebulan Bermula September 2019

Kongsi artikel ini dengan rakan2 anda di FB, Twitter dan Whatsapp.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ?Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


Leave a Reply