Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Kurangkan Beban Rakyat Terjejas COVID-19

bantuan prihatin nasional bpn covid-19

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membuat kenyataan secara langsung bahawa kerajaan akan menyediakan Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN), iaitu pemberian tunai secara ‘one off’ termasuk kepada mereka yang tergolong dalam M40, penjawat awam, pelajar-pelajar IPT, pekerja-pekerja swasta dan kontrak serta golongan peniaga kelas kecil dan sederhana (SME) yang terjejas pendapatan serta aliran tunai berikutan wabak COVID-19.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bernilai RM10 Billion Disalur Bermula April 2020

1 – Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1600  akan diberi kepada 4 juta rakyat yang berpendapatan isi rumah RM4000 ke bawah dimana bayaran pertama RM1000 dibuat pada April dan bakinya RM600 pada Mei.

2 – RM1000 akan diberi kepada hampir 1.1 juta dengan isi rumah berpendapatan lebih RM4000 ke RM8000 sebulan. Bayaran juga akan dibuat sebanyak 2 kali pada April dan Mei 2020.

3 –  Individu bujang berumur 21 tahun ke atas akan menerima RM800 bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan.

4 –  Penjawat awam dan pesara kerajaan akan menerima RM500 one-off bagi mereka dengan Gred 56 ke bawah bermula April 2020.

5 – Pelajar IPT akan menerima RM200 bermula Mei 2020, termasuk pelajar matrikulasi, kolej komuniti, politeknik, universiti awam dan universiti swasta.

6 – Kerajaan juga akan bekerjasama dengan syarikat telco untuk memberi Data internet percuma 1GB setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Telco seperti Celcom, Maxis, Digi, Umobile, Yoodo antara yang telah mengesahkan akan memberikan data 1GB percuma setiap hari bermula 1 April 2020 kepada pelanggan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Developing…

Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Kerajaan telah berkongsi mengenai tarikh pembayaran bantuan prihatin nasional (BPN) iaitu dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April 2020 dan Mei 2020. Boleh rujuk jadual di bawah untuk lebih penerangan.

tarikh pembayaran bantuan prihatin nasional

BACA :  Mi Store Menawarkan Diskaun Sehingga 12% Untuk Redmi Note 4, Redmi 4A, Mi Box Dan Banyak lagi

Pembayaran akan dibuat secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah Bantuan Sara Hidup (BSH) atau ke akaun bank berdaftar dengan LHDNM.

⠀⠀⠀


🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





mi-band-5-malaysia

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


iphone se 2020 malaysia price

🤩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply