Berita baik untuk pengguna Shopee kerana anda kini boleh beli barang di app atau web Shopee dan bayar di kedai 7-eleven seluruh Malaysia. Sangat memudahkan terutama kepada pengguna yang gemar menggunakan wang tunai sebagai kaedah pembayaran dan juga sebagai alternatif kepada pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit atau online banking.
Cara Beli Di Shopee Malaysia Dan Bayar Di Kedai 7-Eleven
Ini tutorial ringkas cara beli barang di Shopee dan bayar di 7 Eleven. Buka app atau web Shopee, buat carian barang yang anda nak beli, kemudian tekan Buy Now. Contohnya nak beli Air Fryer dengan kapasiti besar 7 Liter dan jimat tenaga 1000w. Rujuk screenshot di atas.
Untuk mencuba, boleh klik butang di atas dan order barang atau add to cart barang yang anda mahu beli.
Bayar Shopee di 7-Eleven
Selepas anda tekan place order, Shopee akan memaparkan bar code dan transaction ID untuk anda tunjuk semasa nak bayar di kaunter 7-Eleven. Boleh screenshot atau tekan butang Download untuk simpan gambar bagi tujuan pembayaran.
Mudah saja bukan, jom kita cuba bayar Shopee 7-eleven pula lepas ni ! Cakap dengan akak atau abang kaunter 7E, nak bayar Shopee atau bayar Molpay jer.
Shopee now dah ada option untuk order barang kat app/web then bayar kat 7-eleven @ShopeeMY @7elevenmalaysia
Mudah untuk user yang prefer bayar cash / alternative kepada payment guna card and online banking pic.twitter.com/3uJo4osddh— einztrigger™ (@einztrigger) June 23, 2019⠀⠀⠀
Bayar Shopee Guna TNG eWallet (Bayar Shopee Guna Touch N Go Ewallet)
Anda juga boleh buat pembayaran Shopee menggunakan TNG eWallet atau Touch N Go Ewallet. Memang Shopee hanya benarkan guna ewallet atau dompet digital ShopeePay sahaja, tetapi anda boleh guna cara berikut seperti yang saya tunjuk dalam video di atas.
1> Buat pilihan bayaran menggunakan 7-Eleven dan simpan bar code untuk pembayaran.
2> Masa nak bayar di kaunter 7-Eleven, pilih untuk bayar guna Molpay.
3> Bayar guna baki tunai Touch N Go eWallet untuk pembelian anda di Shopee. Mudah sahaja kan?
Selamat mencuba ! Kongsikan artikel cara pembayaran Shopee 7-Eleven ini dengan rakan-rakan anda di Facebook, Twitter dan Whatsapp.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Ezah
Lepas bayar tu nak kena tunjuk resit ke dekat penjual tu? Sebab kalau macam banking kan selalu kena tunjuk resit dulu kan
Einz
Tak payah tunjuk resit. Bayar je kat 7e, resit tu simpan untuk diri sendiri. Seller automatic akan informed by system yang customer dah bayar harga item tu
Firdaus
Hai , lepas but tu .. Tak perlu confirm ape² ke mcm Lazada? Kalau Lazada dia Masuk chat suruh Kita confirm alamat.
Einz
Lepas dah bayar kat 7E, tak payah confirm apa2 dah. Automatik. Pengalaman sendiri dah bayar shopee kat 7e lebih 10 kali
MUHAMMAD IMRAN BIN SOBOMAN
Kalau kita pilih payment guna 7e , then kat kaunter bayar guna tng wallet or grabpay boleh ke ?
Einz
Grabpay tak pasti, tapi tng ewallet boleh. Boleh tengok panduan kat video dalam artikel ni
Niza
Saya dah buat payment dekat 7e. Then just tunggu je ke brg sampai?sy tgok dekat profile shopee mcm takde progress je
Einz
Tunggu je barang sampai. Kalau buat payment kat 7e, ambil masa juga untuk system update dan seller pos barang tu ke alamat awak
nur
kalau nak bayar tu nak ckp apa ye dekat pekerja 7e tu ?
Nonong
Org tu bleh nampak tak apa barang yg saya beli?
Einz
Jangan risau. Pekerja kaunter 7E takleh nampak apa barang yang kita order kat shopee 🙂
Nonong
Okay thanks🌟
Ajis
lepas bayar di 7-Eleven.. perlu lgi masuk code mcm topup ke… atau pn xda perlu ke
Einz
Tak payah masuk apa2 dah. automatik
Ijat
Nk tanya lepas kita byar kt 7e nnti barang tu smpai kt mne?
Smpai kt 7e ke kt umh
Einz
sampai kat alamat penerima, boleh jadi rumah atau pejabat. bukan sampai kat 7e
Syahrul nizam
Macam mana kalau kita dah bayar melalui 7e lepas tu kita nak batalkan permintaan, duit tu dapat mcm mana?
Einz
Cancel dalam app Shopee. pastu shopee akan refund balik duit dalam shopee wallet dalam app jugak
Dilarina
Mule ii kite dtg 7 eleven pastu kite ckp yg kite nk bayar duit shopee tu je ke
Athirah
Dkt 7e tu nk ckp ape??
Einz
cakap nak bayar shopee atau molpay
Mohd Fitri
Saya dah bayar shopee kat 7e tapi x de pulak shopee hantar apa2 pengesahan tentang pembayaran
Einz
check je status order dalam app shopee tu
Dilarina
Mule ii kite pergi 7 eleven tu pastu kite kene ckp yg kite nk bayar duit shopee tu je
hiraa
kalau tiada duit kecil nanti dorang akan bagi baki dia kh
blackpeppermalaya
Bayar macam biasa je. Macam beli top up la. Nanti balance dia bagi la balik. Then nanti dia scan bar code shopee tuh. Dah selesai. Dia akan auto system kat shopee yg menandakan kita dah buat pembayaran bila dah selesai kita bayar semua tuh. Sama je mcm Bank online tuh cume yg ni kita guna 7e.
Ainaa
Klau buat pembyaran shopee dkt 7e.. Kne ckap dkt cashier nk bayar molpay..atau cakp nk byr shopee
Einz
dua2 boleh. molpay boleh, shopee pun boleh
haziqqq
dah buat payment d 7e beli dlm shopee pastu dia x update pun dlam maklumat penghantaran selalu lepas bayar dia akan update pesanan dibuat dan lain2 lagi masa dah lebih pada 3 hari pmbayaran. kenapa ya ?
Ainul Mardhia
Perlu ke kita hubungi penjual?
Einz
Tak perlu. Seller automatic akan informed by shopee punya system once kita dah buat payment kat 7E
Sherlyne Jerhan
Kenapa dah! buat pembayaran belum ada progress kt app shopee ne
Ira
bolehkah bayar shopee dengan jumlah yang besar macam rm1500 di 7e???
Einz
tak pasti. tapi jumlah besar macam tu better guna credit card or debit card. kalau ada problem transaction, bank boleh reverse balik caj dekat kad tu
Nur afiqah
Hari tu sye buat pmbayaran di seven eleven..last dorang ckap brg takde stock ..so mcm mane nk tuntut balik duit itu
Izzat
Klu byr kt 7e kna tmbah duit ke?ke harga yg dia bgi tuu?
Pul
Kalau x de kod bar tu mcm mane ye..cume sampai mesej je sehari bayar kat 7E
jgntnya
saya ada beli game, dia bukan cd, kalau nk tahu lebih dalam sebernanya saya beli Minecraft: Java Edition, so nanti bila dh bayar apa akan berlaku? nanti seller bagi code ke apa?
Einz
Cuba chat dengan seller kat shopee tu
Na
Boleh ke kalau bayar awal dari tarikh yang dia bagi?
Einz
Ya boleh
iman_norizam
Nk tanye kalau bagi duit Lebih dari haga boleh dpt baki ke tk
Einz
kalau bayar lebih, cashier 7e tu akan bagi baki jangan risau
Mierul
Kalau da bayar kt 7e tapi kt app shoppe mcm xde Pape..mean mcm masih Blum bayar lagi…mcm mne ek…
Sam
Tmakasih bagi info..x sangka ianya semudah ABC
sok lusa aku nk try
Risna Mandao
Assalaamuàlaykum.. Tmpang tnye.. Slepas pmbayaran di 7eleven tu ada ke no.tracking nya?
Einz
Nombor tracking akan dapat lepas seller update dalam system shoppee
mieza
apakah kod verifikasi tu ye? Slps sy memilih utk pembayaran di 7e sy perlu masukkn no tel dan kod verifikasi
Cherry
Klu barang over rm500 bayar pakai cad boleh kan kat 7e
Azlan Hasbeh
kalau kita nak tambah duit wallet kat shopee di 7e apa bole kah
Azlan Hasbeh
Kalau nak tambah duit kat wllet shopee saya di 7e apa bole
Rosanna Majuntin
Kalau order bnyak d shopee terus mau bayar satu kali dekat 7e boleh ka?
Rosanna
Kalau order bnyak barang terus bayar d shopee boleh ka?