- 3.1Kviews
- 2
Korea Banana Milk merupakan minuman yang cukup popular di Korea. Boleh dikatakan, produk trademark atau signature lah dekat Korea. Biasanya, ramai yang travel ke Korea akan membeli susu ini di CVS (convenience store) seperti 7-Eleven dan upload ke Instagram atau Facebook dengan caption “sedap, rugi korang tak try”.
Masa saya dekat Korea bulan lepas, saya sempat cuba tiga perisa, iaitu original (perisa pisang) dan juga strawberry serta melon. Harga sebotol tu, kalau tak silap hanya 1000 KRW dan boleh dapat dengan harga lebih murah kalau beli pack dekat Lotte Mart misalnya.
Bila dah balik ke Malaysia, rasa rugi tak beli banyak-banyak korea banana milk sebab kat sini susah jumpa. Saya dengar ada dijual di sesetengah pasaraya tapi tak pasti dekat area mana.
Jadi haritu, masa melayari laman 11street.my untuk membeli topup, saya ternampak ada store yang jual korea banana milk dan agak interested untuk mencuba.
11Street.my ni laman e-commerce baru kerjasama antara Celcom dan SK Planet dari Korea. Selain menjual produk-produk yang biasa ada di laman e-commerce, 11Street.my juga memudahkan pengguna untuk membeli produk-produk dari korea seperti makanan, kosmetik, pakaian dan sebagainya.
Link ke Store : Korea Banana Milk
Harga agak mahal, sekitar RM4 sekotak 200ML tetapi anda boleh dapat lebih murah kalau guna kredit atau voucher free yang 11street.my bagi.
Untuk first time, saya order yang 6 paket susu perisa Banana dan 6 paket perisa Melon.
Sampai lepas dua hari place order Korea Banana Milk.
Yang original dekat Korea adalah dalam botol, tapi yang ni dalam kotak. Taste dia, essentially the same, which is good.
So, bagi yang tengah craving tu boleh la place order korea banana milk ni. Agak mahal, tapi once in a while boleh consider juga.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 3.1Kviews
- 2
madihah
halal ke?if halal..blh la cuba 🙂
Einz
susu binggrae ada logo halal 🙂
Shafawi Hamzah
Finally, ngidam ni..tq einz!
vario
mana logo halalnya?Kok tidak kelihatan di kemasan.
Boy ipoh
Now kat jusco dah ada jual dah