Kenali Berocca, Supplement Yang Jadi Viral Kerana Tun Mahathir

berocca tun mahathir

Berocca review (Malaysia). Tahukah anda, gambar Tun Dr Mahathir di meja makan di atas bukan lah gambar baru tetapi diambil sekitar 3 tahun lepas (sumber : Marina Mahathir). Gambar ini menjadi viral kerana dikatakan salah satu rahsia Tun M kekal sihat dan nampak bertenaga di usia 90+ ialah kerana mengamalkan pengambilan portion makanan yang sederhana seperti nasi hanya suku pinggan. Turut menjadi perhatian ialah bekas vitamin Berocca yang merupakan supplement untuk tenaga dan kesihatan.

Memandangkan saya sendiri adalah pengguna Berocca sejak 2015, ini beberapa perkara yang saya boleh kongsikan mengenai supplement vitamin ini; content, harga, rasa dan kelebihan/kekurangan.

Berocca, Supplement Vitamin Yang Jadi Viral Kerana Tun Mahathir

berocca vitamin tun mahathir

Berocca adalah produk keluaran syarikat Pharmaceutical Bayer dan sangat popular di UK dan beberapa negara Europe lain. Bagi yang suka tonton drama Korea, pasti perasan banyak iklan atau product placement Berocca dalam banyak drama, variety shows popular di Korea. Berocca ini telah lama masuk pasaran Malaysia cuma hanya mula mendapat perhatian ramai selepas vitamin Berocca ini mula viral di media sosial, dan dapat free advertising menerusi perkongsian ramai netizen.

Beli Berocca di Shopee *(guna kod DELNE222 untuk diskaun RM8 untuk pembelian pertama di app Shopee)

Beli Berocca di Lazada

Beli Berocca di RoyalePharma (guna kod ROYALE8 untuk diskaun RM8 minimum pembelian RM100 di RoyalePharma)

Harga Berocca di Malaysia

Di Malaysia, Berocca ada dijual di Watsons, Guardian dan farmasi seperti kebanyakan vitamin lain pada harga sekitar RM30 – RM60 sekotak (15 biji atau 30 biji tablet). Boleh kata harga Berocca agak reasonable dan penggunaan pula cukup 1 tablet untuk sehari. Kalau di negara lain, Berocca ada banyak flavor, tetapi di Malaysia setakat pengetahuan saya hanya flavor Orange dan Mango saja yang ada. Kalau anda biasa makan vitamin C effervescent (larut dalam air) seperti Flavettes, Redoxon, Kordels, rasa Berocca ni lebih kurang saja dan tidak masam sangat.

⠀⠀⠀
BACA :  Yes 4G Real Hero Postpaid Review - 16GB Data / RM88 Sebulan

Kalau anda tak berapa gemar vitamin jenis larut dalam air atau effervescent, boleh dapatkan Berocca dalam bentuk tablet untuk ditelan seperti vitamin atau supplement lain. Harga bagi Berocca effevescent adalah sedikit lebih mahal berbanding Berocca tablet untuk telan.

berocca content

Kandungan dalam supplement Berocca : Vitamin B Complex B1, B2, B3, B5, B6, B8, B9 Folic Acid, B12 Cyanocobalamin, Vitamin C 500mg, Calcium 100mg, Magnesium 100mg dan Zinc 10mg.

Kebaikan Berocca Dan Kelebihan Mengambil Berocca Berbanding Supplement Atau Vitamin Lain

Kegunaan utama Berocca ini adalah membekalkan tenaga (Vitamin B1, B2) meningkatkan mental alert (Panthothenic) serta peningkatakan ketahanan dan kesihatan tubuh (Vitamin C 500mg). Selain itu Berocca ada beberapa kandungan lain seperti Calcium, Magnesium dan Zinc.

Kebanyakan vitamin effervescent di pasaran Malaysia adalah Vitamin C atau Vitamin C dan Zinc. Jadi, competitor bagi Berocca (Vitamin B complex, Vitamin C, Calcium, Magnesium, Folic Acid) tak banyak yang dalam bentuk larut dalam air.

redoxon vita guard malaysia

Beli Redoxon Vita Guard di Shopee

Jika anda pengguna Redoxon, direct competitor bagi Berocca ini ialah Redoxon Vita Guard (Vitamin C + Vitamin B Complex).

Kalau diikutkan, Berocca bukanlah supplement vitamin terbaik dari segi kandungan tetapi ini beberapa faktor yang menyebabkan Berocca jadi popular, terutama di kalangan working adult:

  1. Convenient – 1 biji Berocca sehari dah cukup membekalkan tenaga dan boleh mengurangkan mengantuk
  2. Tak perlu ambil banyak jenis vitamin atau multivitamin – sebab dalam Berocca dan ada B Complex, Vitamin C dan beberapa lagi
  3. Flavor Orange lebih mudah diterima untuk diminum
  4. Harga berpatutan

Untuk student pula, boleh cuba Berocca untuk elak mengantuk dan membantu meningkatkan tumpuan ketika study atau buat kerja.

Kelemahan Atau Kesan Sampingan Pengambilan Supplement Berocca

Kalau anda berminat untuk consume Berocca selepas ini, jangan terkejut kalau urine jadi kuning. Ini kerana content Vitamin B Complex boleh menyebabkan air kencing atau urine jadi kuning dan kadang2 berbau.

Seperkara lagi, pengambilan B Complex juga boleh mengakibatkan selera makan meningkat dan cepat lapar untuk sesetengah orang. Selera makan ini ialah perkara yang subjektif – boleh jadi baik atau negatif. 

Beli Berocca di Shopee*

Beli Berocca di Lazada

Beli Berocca di RoyalePharma**

*(guna kod DELNE222 untuk diskaun RM8 untuk pembelian pertama di app Shopee)

**(guna kod ROYALE8 untuk diskaun RM8 minimum pembelian RM100 di RoyalePharma)

Boleh kongsikan artikel ini dengan rakan2 anda yang berminat untuk consume Berocca pula selepas ini ya.



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





mi-band-5

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


iphone se 2020 malaysia price

🤩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply