Boost App merupakan aplikasi Mobile Wallet (e-wallet) yang dibangunkan oleh Axiata (parent company bagi Celcom). Boost, secara ringkasnya ialah aplikasi yang memudahkan transaksi digital dengan mudah hanya menggunakan smartphone Android dan juga iPhone.
Ianya mula dilancarkan tahun lepas lagi tetapi baru kini Boost mula mendapat momentum dan semakin popular di kalangan pengguna di Malaysia. Terbaru, banyak bazar Ramadhan di sekitar KL juga turut menggunakan Boost sebagai kaedah pembayaran.
Cara Gunakan Boost Mobile E-Wallet
Sebelum guna Boost, download dulu app Boost di App Store dan Play Store.
Boost menggunakan teknologi QR Code dan tidak bergantung kepada NFC atau MST seperti Samsung Pay. Pembayaran hanya semudah scan QR Code sahaja dan tidak perlu tap atau swipe di credit card terminal. Secara teori, Boost boleh di-install di mana-mana iPhone dan Android Phone.
Free RM5 credit untuk Boost user. Masukkan invite code :
inthg13
inthg13
inthg13Masa mula-mula buka akaun Boost. #Boostapp #gunakanboost pic.twitter.com/LLODuKwzb3
— einztrigger™ (@einztrigger) May 27, 2018
Masa buka akaun Boost, jangan lupa masukkan invite code inthg13 untuk dapatkan kredit sehingga RM5 percuma selepas pembelian minimum RM10 pertama.
Kegunaan Boost App Mobile E-Wallet
Ringkasan apa yang Boost App boleh buat :
- Pembayaran mudah di kedai-kedai fizikal seperti Nandos, Tealive dan banyak lagi
- Pemindahan wang daripada user kepada user
- Pembelian topup prepaid Celcom Maxis Digi Umobile dengan cashback
- Pembelian voucher Lazada, Zalora, Shopee, 11street dengan harga lebih murah – contoh voucher RM50 bayar hanya RM45
- Pembelian kredit video game Steam, Garena dan sebagainya
- Diskaun bagi pembelian di kedai atau platform terpilih – seperti harga air Tealive yang lebih murah
- Cashback bagi pembelian – contohnya promosi 11street dapat cashback RM10 setiap pembelian, beli barang di Watsons dan dapat cashback dan banyak lagi
Konsep Boost ini mudah. Baki wallet boleh ditambah menggunakan debit card, credit card atau online banking. Setiap transaksi pula memerlukan nombor PIN 6 angka untuk pengesahan sekuriti. Untuk membolehkan baki Boost Wallet dipindahkan kembali ke akaun bank, anda memerlukan akaun Boost Premium yang boleh dinaik taraf secara percuma.
Selepas setiap transaksi tertentu, Boost akan memberikan ganjaran cashback dengan cara goncangkan phone (shake reward). Contohnya, saya dapat cashback sebanyak RM1.50 selepas berbelanja sebanyak RM40 di Watsons.
Contoh Boost Shake Reward yang saya dapat setiap bulan bila menggunakan Boost e-wallet. Boleh jimat RM20-RM50 sebulan pun dah banyak, kalau setahun?
Mudah sahaja kan guna Boost App e-wallet? Jom share dan tag rakan-rakan anda sekali berkongsi kelebihan app ini.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥