canon 1dx mark ii

Canon baru sahaja melancarkan kamera DSLR Full Frame dengan spesifikasi flagship iaitu 1D X Mark II pada harga $5999. Mengikut kadar tukaran wang semasa (pada tarikh 2 Feb 2016) harga bagi 1D-X Mark II ini ialah RM25 222.73. Pengenalan 1D-X Mark II adalah sebagai pembaharuan bagi Canon 1D-X yang mula dijual pada tahun 2012(kini masih dijual di pasaran pada harga sekitar RM20,000).

Canon 1D X Mark II

Kamera 1D-X adalah kamera dengan sensor full frame seperti siri 5D dan 6D. Di Malaysia, ramai menggunakan 6D dan 5D sebagai kamera untuk event, wedding, potrait dan sebagainya kerana harga yang lebih mampu milik berbanding siri 1D-X. 1D-X digunakan oleh professional untuk sukan dan kewartawanan kerana kelebihan dari segi Buffer dan jumlah gambar per saat yang mampu ditangkap (burst fps).

Spesifikasi Canon 1D X Mark II

canon 1d-x mark ii

  • Sensor Full Frame 20.2 Megapixel
  • 14fps burst mode (autofocus) / 16 fps tanpa autofocus
  • Rakaman video 4K 60fps dalam format mjpeg (motion jpeg)
  • Rakaman video slow motion 1080p 120 fps
  • ISO 100-51200 (sehingga 409600)
  • GPS terbina dalam
  • WiFi tidak terbina dalam, perlukan adapter tambahan
  • Sistem autofocus baru dengan 61 AF points
  • Display 3.2″ dengan touchscreen
  • Harga $5999 (body sahaja)

1D-X Mark II adalah niche kamera dan mampu dimiliki oleh sebilangan pengguna sahaja. Ramai peminat Canon akan berharap Canon segera melancarkan kamera 5D Mark IV untuk mengatasi Sony A7S II dan Sony A7R II yang semakin meningkat populariti dikalangan penggemar fotografi (enthusiast).

Apa pendapat anda mengenai 1D-X Mark II?

Sumber : DPReview

294 total views, 1 views today