canon 6d mark ii

Canon 6D merupakan model full frame DSLR yang sangat popular di kalangan komuniti pengguna Canon terutama sekali  wedding photographer di Malaysia. Canon 6D pertama sekali diperkenalkan pada tahun 2012 dan selepas 5 tahun akhirnya Canon telah mengumumkan Canon 6D Mark II dengan pelbagai peningkatan canggih termasuk sensor baru.

Canon 6D Mark II kini hadir dengan sensor full frame 26.2 MP (6D 20.2 MP) dan telah dilengkapi juga dengan articulated touchscreen seperti yang popular pada Canon 80d. Screen boleh laras (vari-angle) merupakan fungsi yang sangat berguna untuk Youtuber dan Vlogger. Dari segi autofocus pula, Canon 6D Mark II juga menyokong teknologi Dual Pixel AF (DPAF) yang menjadi kebanggaan pengguna Canon kerana teknologi ini menawarkan autofocus yang sangat laju dan tepat ketika mengambil foto dan juga video.

Canon 6D Mark II Full Frame DSLR

canon 6d mark ii body

Harga bagi Canon 6D Mark II ialah $1999 untuk body sahaja. Untuk pasaran Malaysia, saya jangkakan harga dalam sekitar RM8500 – RM9000 dan biasanya Canon Malaysia agak cepat membawa masuk model baru jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kamera model baru ini.

Spesifikasi Canon 6D Mark II :

  • 26.2MP Full-Frame CMOS Sensor
  • DIGIC 7 Image Processor
  • 45-Point All-Cross Type AF System
  • Full HD Video at 60 fps; Electronic IS
  • 3.0″ Vari-Angle Touchscreen LCD
  • Dual Pixel CMOS AF and Movie Servo AF
  • Native ISO 40000, Expanded to ISO 102400
  • 6.5 fps Shooting; Time-Lapse & HDR Movie
  • Built-In GPS, Bluetooth, & Wi-Fi w/ NFC
  • Dust and Water Resistant; SD Card Slot

Canon 6D Mark II boleh dikatakan sangat memuaskan hati dari segi keupayaan mengambil gambar, tetapi ketiadaan fungsi rakaman video 4K dan juga video 1080p 120 fps slow motion juga mungkin menghampakan komuniti videographer.

Sayangnya, articulated touchscreen dan dual pixel AF hanya boleh digunakan untuk video 1080p sahaja sedangkan pesaing Canon seperti Sony, Panasonic, Fujifilm dan Olympus semakin menitikberatkan fungsi rakaman video 4K di dalam model-model terbaru mereka.

Berdasarkan kepada sejarah jualan Canon, model terbaru 6D Mark II ini dijangka akan sangat laris dan popular selepas ia mula dijual nanti. Apa pendapat anda mengenai Canon 6D Mark II ?

 



RELATED POSTS