Canon Melancarkan EOS R Full Frame Mirrorless Camera – 30.3 MP Sensor, Kecil, Ringan Dan Mempunyai Autofocus Ultra Pantas

canon-eos-r-full-frame-mirrorless

Dua minggu selepas Nikon melancarkan kamera full frame mirrorless Nikon Z6 dan Z7, Canon akhirnya melancarkan kamera full frame mirrorless terbaru mereka iaitu Canon EOS R. Menurut Canon, EOS R mempunyai keupayaan autofocus ultra pantas dalam body yang bersaiz kompak. Pelancaran EOS R ini menandakan bermula era baru perang kamera full frame Mirrorless antara Sony, Canon, Nikon dan terbaru Panasonic.

Canon Melancarkan EOS R Full Frame Mirrorless Camera

canon eos r malaysia

Jika dilihat, EOS R boleh dikatakan mempunyai persamaan dengan Canon 5D Mark IV dan Canon 6D Mark II, tetapi dalam bentuk body mirrorless yang lebih kecil dan ringan berbanding body DSLR. Berdasarkan spesifikasi atas kertas, Canon EOS R dijangka akan memikat hati ramai pengguna kamera Canon di seluruh dunia.

canon eos r full frame spec

  • 30.3MP Full-Frame CMOS Sensor
  • UHD 4K30 Video (1.67x crop 4k video) ; 1080p60, 720p 120fps
  • Dual Pixel CMOS AF, 5655 AF Points
  • 3.69m-Dot OLED Electronic Viewfinder
  • 3.15″ 2.1m-Dot Swivel Touchscreen LCD – ideal untuk vlogger
  • Wi-Fi and Bluetooth, SD UHS-II Single Card Slot
  • Multi-Function Bar (lihat video di bawah)
  • Berat 660g
  • Harga body $2299 (~RM9500), $3399 (~RM14000) dengan lens 24-105L IS
  • Menyokong USB 3.1 gen 1 dan USB charging

canon eos r 24-105

Canon EOS R akan menyokong lens baru menggunakan RF mount yang direka khas sebagai lens untuk kamera mirrorless. Bagaimanapun, pengguna Canon yang memiliki banyak lens Canon tidak perlu risau kerana anda boleh membeli adapter khas yang membolehkan lens Canon EF dan Canon EF-S digunakan pada body EOS R.

Sedikit mengecewakan kerana lens kamera EOS M tidak boleh digunakan pada body EOS R.

Salah satu fungsi unik yang ada pada EOS R ialah multi-function touch bar. Demo penggunaan touch bar boleh dilihat dalam video di atas.

Walaupun sedikit mahal berbanding Sony A7III dan Nikon Z6, dari segi photography, spesifikasi EOS R amat kompetitif. Dan dari segi video pula, untuk komuniti Youtubers dan content creators, EOS R adalah kamera yang hampir lengkap – Full Frame sensor, kecil, ringan, ada variangle touch screen dan menyokong USB charging.

Dari segi enthusiasts dan videographer pula, spesifikasi video Canon EOS R agak mengecewakan kerana tiada IBIS, mempunyai crop 1.67x ketika merakam video 4K (sama seperti 5d mark IV), tiada 1080p 120fps. Mungkin fungsi-fungsi ini akan hadir dalam generasi kedua EOS R dalam 2 atau 3 tahun lagi.

canon eos r 50mm 1.2

Juga dilancarkan bersama-sama body Canon EOS R ialah 4 lens menggunakan RF mount serba baru khas untuk mirrorless;

  • Canon RF 28-70mm F2 L USM – $2999 (~RM12000)
  • Canon RF 50mm F1.2 L USM – $2299 (~RM9545)
  • Canon RF 24-105mm F4 L IS USM – $1099 (~RM4500)
  • Canon RF 35mm F1.8 MACRO IS STM – $499 (~RM2100)

Nampaknya hanya satu lens yang mempunyai saiz kecil dan harga yang tidak terlalu mahal, RF 35mm F1.8. Canon Full Frame mirrorless camera juga mempunyai masalah yang sama dengan sistem kamera Sony Full Frame iaitu body yang kecil dan ringan tetapi saiz lens yang sangat besar, berat dan harga yang sangat tinggi.

Apa pendapat anda mengenai kamera Canon EOS R Full Frame mirrorless?

Sumber : EOS R FF Mirrorless



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply