civil-war-review



Saya berkesempatan menonton Captain America : Civil War pada 1/5/2016 di GSC Aman Central dan secara ringkasnya saya sangat berpuas hati, jauh lebih menarik berbanding menonton Avengers 2 : Age of Ultron yang keluar pada tahun lepas. Ulasan Civil War saya ini mungkin mengandungi spoiler jadi jika anda belum lagi menonton Civil War, saya galakkan anda tonton dulu di panggung berdekatan kemudian baru baca artikel ini untuk ulasan penuh.

Captain America : Civil War Review

Pertama sekali, sebelum menonton Civil War saya sangat galakkan anda menonton filem-filem Marvel Universe berikut terlebih dahulu – Captain America : Winter Soldier, Avengers 2 : Age of Ultron dan Antman bagi memudahkan anda faham jalan cerita dan kenal terlebih dahulu watak penting dan juga superhero baru seperti Bucky, Antman, Vision, Scarlet Witch, Falcon dan sebagainya.

Civil War merupakan sambungan daripada Age of Ultron dimana kemusnahan Sokovia menyemarakkan kemarahan masyarakat dan pemimpin di seluruh dunia mengenai Team Avengers. Pada masa yang sama, kesedihan dan kebencian yang menimpa ‘mangsa’ perang yang berpunca daripada Team Avengers menimbulkan perasaan dendam yang mengakibatkan terjadinya lagi insiden kekacauan dan keganasan. Steve Rogers (Captain America) dan Tony Stark pula berselisih pendapat dan menyebabkan terjadinya konflik dalaman di antara ahli team Avengers yang akhirnya menyebabkan mereka ‘berperang’ sesama sendiri.

The Good Stuff

civil war

Age of Ultron agak “dark” dan punya jalan cerita yang cukup “heavy”. Aksi pertempuran pula tidak berapa memuaskan. Ultron juga dilihat gagal menjadi watak “villain” yang popular dan mudah dilupakan.

Di dalam Civil War, watak antagonist bukanlah seorang supervillain tetapi seorang manusia biasa yang memanipulasikan situasi untuk mencetuskan konflik dan keganasan. Pertempuran dengan antagonist hanyalah pada pada peringkat awal dan kemudian jalan cerita berkisar mengenai perang antara Team Iron Man dan Team Captain America. Aksi pertempuran ditambah dengan humor serta jalan cerita yang tidak terlalu “heavy” membuatkan Civil War sangat menghiburkan. Part pertempuran paling yang saya suka, Iron Man vs Captain America dan Bucky – walapun sedikit tidak adil kerana Iron Man terpaksa menentang dua orang yang agak kuat pada masa yang sama.

Scarlet Witch (Elizabeth Olsen) dilihat agak menyerlah di dalam Civil War. Saya jangkakan populariti Scarlet Witch boleh menandingi Black Widow sekiranya watak ini diberi lebih banyak screen time di dalam filem Marvel Universe yang seterusnya.

Jika anda sudah menonton filem Antman, ya Antman juga terlibat dalam perang saudara ini dan seperti yang digambarkan sebelum ini Antman memang seorang yang kelakar dan penuh humor. Tony Stark pun terkejut kerana tidak menyedari potensi kuasa Antman !

Spiderman merupakan antara “suprise” di dalam Civil War. Mungkin anda merasakan “Oh tidak, not another Spiderman / Peter Parker !!!“. Pertama sekali, Spiderman di dalam Avengers tiada kaitan langsung dengan Spiderman versi lama (Tobey Mcguire) dan Amazing Spiderman (Andrew Garfield). Spiderman generasi baru ini awalnya ditonjolkan sebagai seorang wimp tetapi realitinya seorang yang pandai berjenaka dan ramah mesra biarpun ketika berlawan. Spiderman yang paling santai setakat ini ! Saya mengharapkan filem baru Spiderman yang lebih awesome berbanding generasi Spiderman sebelumnya.

Civil War juga menampilkan superhero Black Panther, yang jika anda pernah tonton kartun Avengers mungkina anda sudah familiar dengan superhero ini. Black Panther boleh dikatakan sebagai pesaing kepada Tony Stark kerana beliau mempunyai status, seorang yang kaya dan berkuasa serta memiliki fasiliti dengan teknologi canggih. Walaupun tidak mempunyai senjata dan armor seperti Iron Man, Black Panther memiliki kelebihan dari segi abiliti bertarung secara fizikal.

Not so good stuff

Tiada Thor dan Hulk walaupun nama mereka disebut oleh ahli Team Avengers. Dari segi plot pula, watak antagonist iaitu Zemo, seorang lelaki yang emo, tidak punyai motif yang kuat untuk ‘justify’ tindakan dia mencetuskan keganasan dan membunuh ramai orang yang tak bersalah hanya demi mencetuskan perbalahan antara Iron Man dan Captain America + Bucky. Could be better. Seingat saya, watak asal Zemo dalam komik Marvel merupakan supervillain yang sangat kuat. Mengingatkan saya kepada Mandarin, watak antagonist yang sangat mengecewakan di dalam Iron Man 3.

Konklusi

Civil War yang berdurasi lebih 2 jam sangat berbaloi ditonton, it’s worth every ringgit ! Saya bagi rating 9/10 mungkin disebabkan sedikit kecewa dengan Zemo. Bagi anda yang belum tonton Civil War boleh segera tonton atau jika dah tonton boleh kongsikan pendapat anda mengenai filem ini di ruangan komen.



RELATED POSTS