JomPAY merupakan inisiatif yang disokong oleh Bank Negara Malaysia bagi memudahkan pembayaran bil kepada ratusan syarikat atau organisasi secara perbankan online. Dengan JomPAY, pengguna boleh membayar bil seperti Astro, TM, TNB, bil Air atau apa-apa jenis bil dengan mudah dan cepat. Jika anda mencari cara bayar bil menggunakan JomPAY boleh ikut panduan ringkas ini bagi memudahkan urusan anda.
Cara Bayar Bil Guna JomPAY (Biller Code Astro, TM, TNB, Bil Air)
Pertama sekali, untuk memudahkan pembayaran bil menggunakan JomPAY, anda perlu ada Biller Codes. Dapatkan Biller Code JomPAY terlebih dahulu.
Contoh JomPAY Biller Codes yang paling banyak digunakan ialah :
- 9639 – Astro
- 9217 – Air Kelantan Sdn Bhd
- 8888 – TM Unifi
- 1016 – Digi Postpaid
- 5454 – Tenaga Nasional Berhad
- 2881 – Celcom
- 1123 – Maxis
- 4200 – Syabas
- 34975 – PTPTN Pinjaman Ujrah
- 96933 – PTPTN Pinjaman Konvensional
Sebagai contoh, menggunakan CIMBCLICKS, pembayaran secara JomPAY boleh dibuat menggunakan laman web dengan memilih menu JomPAY.
Contoh pembayaran kepada Air Kelantan Sdn Bhd, Biller Code (9217).
Ref-1 merujuk kepada nombor akaun pemegang bil.
Ref-2 merujuk kepada nombor bil atau invois bil.
Cara yang sama untuk bayar bil guna JomPAY juga boleh dipraktikkan di laman perbankan online lain seperti Maybank2u, Bank Islam, Bank Rakyat dan sebagainya.
Mudah saja kan? Nasihat saya ialah sering print atau simpan resit transaksi dalam format pdf selepas selesai urusan menggunakan JomPAY. Kongsikan panduan ringkas ini dengan rakan-rakan anda!
Baca juga versi English di : How to Pay Astro, Unifi, TNB, Utility Bills Online Using JomPAY
Xiaomi Mi Band 4 – Smart Band Murah Tapi Kualiti Tip-Top
Mi Band 4 – peranti gelang tangan pintar dengan skrin OLED warna, touch screen, fitness tracking, sleep tracking, boleh customize watch face, ketahanan bateri 14 hari dan banyak lagi fungsi menarik. Harga hanya RM92.90 dengan jaminan Xiaomi. Lebih 20,000 jualan !
Sesuai untuk kegunaan bersenam, ber-fashion atau dijadikan hadiah kepada yang teristimewa.
Beli Mi Band 4 dengan klik di sini : Mi Band 4 Smart Watch Band Xiaomi.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥