Tutorial ringkas cara bayar loan kereta CIMB clicks, mudah dan senang tanpa anda perlu lagi pergi ke mesin CDM untuk masukkan duit. Cara ini juga boleh digunakan untuk bayar personal loan guna CIMB Clicks. Jika anda pengguna Maybank2U, cara yang hampir sama juga boleh digunakan untuk bayar loan kereta atau personal loan. Versi English di sini : How to Pay Loan Using Credit Card, Maybank2U, Cimbclicks.
Cara Bayar Loan Kereta, Personal Loan Guna CIMB Clicks
Cara bayar loan kereta guna CIMB Clicks.
Pertama, buka CIMB Clicks dan klik Pay & Transfer > Pay Loans & Cards. Masukkan nombor akaun loan kereta dan nama pemilik akaun (bukan plat number) samada bank CIMB atau mana-mana bank di Malaysia seperti Maybank, Bank Islam, Ambank, Bank Rakyat dan lain-lain. Product type pilih Loan dan pilih Instant Transfer.
Gambar di atas ialah contoh saya bayar loan kereta ke akaun CIMB.
Cara yang sama juga anda boleh guna untuk bayar personal loan atau apa-apa jenis loan menggunakan CIMB Clicks.
Pada bahagian Product Type, klik Loans dan pilih bank, contohnya RHB, Maybank, Ambank, Bank Rakyat. Dan kemudian pilih Instant Transfer.
Cara Bayar Loan Kereta, Personal Loan Guna Maybank2U
Untuk bayar loan kereta atau personal loan, atau apa-apa jenis loan guna Maybank2U, ikut cara berikut :
Pilih Transfer dalam Maybank2U > pilih untuk buat pembayaran ke akaun Maybank atau bank lain seperti CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam dan lain-lain. Pada bahagian Transaction Type, pilih Loan Payment atau Hire Purchase (biasanya loan kereta).
Gambar di atas adalah contoh saya buat pembayaran loan ke akaun CIMB guna Maybank2U.
Kongsikan panduan ringkas cara bayar loan kereta cimb cliks ini dengan rakan-rakan anda! Versi English di sini : How to Pay Loan Using Credit Card, Maybank2U, Cimbclicks.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥