- 9.8Kviews
- 7
Artikel cara beli online di Shopee, cara beli barang di Lazada, cara beli barang dari Taobao ke Malaysia adalah antara artikel popular setiap kali tiba musim jualan online besar-besaran. Saya juga menerima banyak permintaan untuk artikel cara beli barang di Amazon.com dan penghantaran ke Malaysia.
Sebagai pengguna Amazon sejak 2015, saya akan kongsikan kepada anda cara beli barang di Amazon, tips pembelian dan cara pembayaran Amazon dengan dengan serringkas mungkin tapi masih mudah difahami. Tutorial cara beli barang di amazon versi English boleh di baca di sini : How to Shop on Amazon.com (US) and Ship to Malaysia.
- Cara beli barang di Amazon dan Penghantaran ke Malaysia
- Cara daftar akaun Amazon.com
- Cara beli barang di Amazon.com
- Cara setup alamat penghantaran Amazon ke alamat Malaysia
- Cara pembayaran di Amazon.com
- Buat pembayaran di Amazon dalam Ringgit Malaysia atau US Dollar
- Amazon.com Malaysia Online Banking Payment – Maybank2U, Public Bank
- Amazon.com Import Fees Deposit Malaysia
- Ubuy Malaysia – Beli Barang Amazon Dan Pos Ke Malaysia
- Cara Beli Barang Amazon.com Dan Pos Ke Malaysia Menggunakan Forwarder
Cara beli barang di Amazon dan Penghantaran ke Malaysia
Ada apa yang menarik dekat Amazon?
Amazon.com dan Shopee MY, Lazada MY tak ada beza banyak pun sebenarnya. Cuma, majoriti penjual dan pembekal barang di Amazon berada di US berbanding penjual Shopee/Lazada yang majoriti adalah penjual dari Malaysia dan juga China.
Ada banyak barang yang hanya ada di Amazon tapi tiada di Shopee atau Lazada. Contohnya, produk skincare US, vitamin dan supplement serta produk elektronik.
Antara produk-produk Amazon Ecosystem yang popular di kalangan pembeli ialah Amazon Echo Dot, Amazon Fire HD Tablet dan Amazon Fire Stick.
Amazon juga turut menawarkan Amazon Music Unlimited selama 3 BULAN PERCUMA ! Boleh stream lagu berkualiti tinggi macam Spotify atau Apple Music. Klik untuk mencuba.
Lazimnya beli barang di Amazon ketika musim biasa agak rugi kerana tukaran nilai USD yang mahal berbanding Ringgit. Tetapi, ketika musim Black Friday, Cyber Monday, Thanksgiving dan sebagainya…ribuan produk yang dijual di Amazon akan menerima pelbagai diskaun, penurunan harga atau special exclusive bundle. Walaupun ditambah kos penghantaran, cukai dan sebagainya, masih boleh dapat dengan harga murah harga produk tersebut berbanding harga di Malaysia.
Cara daftar akaun Amazon.com
Sebelum beli barang di Amazon, anda perlu daftar akaun Amazon dengan klik butang di bawah dulu dan masukkan alamat penghantaran anda di Malaysia untuk mudahkan proses.
Cara beli barang di Amazon.com
Jika anda telah memasukkan alamat penghantaran di Malaysia, Amazon akan memberi cadangan kepada anda untuk memaparkan barangan yang boleh dihantar ke Malaysia. Atau anda boleh masukkan apa-apa saja kata kunci carian seperti produk skin care, mainan untuk anak kecil, pakaian dan banyak lagi.
Seperti dalam screenshot, produk yang saya cari ialah Google Pixel 2 XL (Renewed) dengan 3 bulan warranty Amazon. Harga $219.95 ialah harga yang sangat baik dengan produk renewed yang kelihatan baru dan produk ini juga boleh di-pos ke Malaysia.
Untuk langkah seterusnya, saya akan add to cart dan masukkan butiran alamat dan pembayaran.
Cara setup alamat penghantaran Amazon ke alamat Malaysia
Pada halaman shipping & payment, masukkan alamat penghantaran anda di Malaysia. Ada dua pilihan penghantaran; penghantaran biasa AmazonGlobal Expedited Shipping (5-10 hari bekerja) atau Express – AmazonGlobal Prority Shopping (2-5 hari bekerja).
Cara pembayaran di Amazon.com
Amazon.com menerima pembayaran menggunakan kad kredit VISA, Mastercard dan American Express (AMEX). Seperti dalam screenshot, anda boleh pilih untuk pembayaran dalam Malaysia Ringgit (MYR) ataupun matawang lain seperti US Dollar sekiranya kad anda menyokong pembayaran matawang lain.
Anda juga boleh beli barang di Amazon menggunakan debit card. Saya cadangkan anda daftar kad debit Airasia Bigpay bagi mereka yang gemar membeli secara online dan juga bagi yang suka travel ke luar negara.
Download aplikasi Bigpay di App Store atau Play Store dan daftar menggunakan invite code QBUCQY9WYL untuk kredit RM10 percuma. Kad debit Bigpay akan di-pos ke alamat rumah anda selepas pengesahan dibuat dan anda boleh shopping online sepuas hati dengan pelbagai benefits.
Buat pembayaran di Amazon dalam Ringgit Malaysia atau US Dollar
Harga akhir yang akan dipaparkan oleh Amazon merupakan harga barang + kos proses dan penghantaran + cukai (jika ada) + deposit yuran import (import fees deposit).
Jika anda pilih untuk buat pembayaran dalam Malaysian Ringgit (MYR) anda boleh lihat kadar pertukaran wang yang di-caj oleh Amazon. Biasanya kadar tukaran wang Amazon lebih mahal berbanding kadar tukaran semasa.
Ini pula pembayaran di Amazon.com menggunakan currency USD. $243.72 dan RM1078.84, secara teori beli dalam USD lebih jimat sedikit tetapi perbezaan tidak terlalu ketara sangat.
Amazon.com Malaysia Online Banking Payment – Maybank2U, Public Bank
Awal 2020, Amazon.com kini menyokong pembayaran secara online banking Malaysia – Maybank2U dan Public Bank. Ketika checkout, pilih method : Bank Transfer dan klik Maybank2U atau Public Bank.
Kalau biasa beli barang di Lazada dan Shopee dan bayar pakai online banking, sama sahaja dengan pembayaran Amazon guna Maybank2U atau Public Bank ini. Buat masa sekarang, Cimbclicks masih tidak menyokong pembelian di Amazon.
Sejujurnya pembelian Amazon.com menggunakan Ringgit Malaysia dan Maybank2U atau Public Bank memudahkan anda tahu nilai sebenar tanpa perlu tunggu caj tukaran wang di kad kredit. Juga mudah bagi pengguna Amazon yang tidak mempunyai kad kredit.
Amazon.com Import Fees Deposit Malaysia
Amazon mengenakan bayaran import fees deposit (deposit yuran import) bila anda beli barang fizikal dari US dan hantar ke Malaysia.
Import fees deposit itu Amazon akan bayar kepada pihak kastam sekiranya perlu dan akan dipulangkan kepada anda dalam tempoh 60 hari sekiranya jumlah yang dibayar kepada kastam adalah lebih rendah berbanding yang anda bayar kepada Amazon.
Protip : Rugi bila beli satu barang di Amazon dan postage ke Malaysia. Tak berbaloi bila total sekali caj tambahan. Cari rakan-rakan anda untuk gabung beli banyak barang dalam satu order dan bahagikan kos import fees deposit dan kos penghantaran, Baru jimat.
Ubuy Malaysia – Beli Barang Amazon Dan Pos Ke Malaysia
Bagaimana pula jika anda nak sangat beli barang dari Amazon tapi tak nak deal dengan beberapa masalah seperti kos penghantaran mahal, risiko barang sangkut di kastam, caj tambahan duti import semua tu?
Ubuy Malaysia adalah penyelesaiannya. Anda search sahaja barang di Ubuy Malaysia seperti mana anda search di Amazon. Lepas itu, tengok harga dan kos penghantaran. Kalau semua ok, proceed terus dan Ubuy akan menyelesaikan segalanya. Anda tunggu barang sampai ke tangan sahaja. Bezanya, ada sedikit pertambahan harga bila mana anda menggunakan servis Ubuy ini.
Cara Beli Barang Amazon.com Dan Pos Ke Malaysia Menggunakan Forwarder
Jika anda dah biasa shopping online di Amazon, saya pasti 100% anda akan jumpa banyak barang yang menarik, harga murah gila tapi malangnya tidak menyokong postage ke Malaysia (This item does not ship to Malaysia).
Contohnya, Google Pixel 4 XL yang berharga hanya $699 (~RM2950) selepas diskaun $200 sempena Black Friday). Pixel 4 XL di Malaysia biasanya berharga RM4099 untuk 64GB.
Dalam situasi ini, beli di US dan pos ke Malaysia menggunakan forwarder pun jauh lebih murah dan jimat. Atau buat kira-kira sendiri menggunakan Amazon, Ubuy dan Forwarder, yang mana paling untung.
Antara servis forwarder yang digunakan ramai seperti Parcl, Pos Laju Ezipoz dan banyak lagi. Syarikat forwarder ini akan memberikan anda virtual address di US yang anda perlu perlu pilih semasa checkout. Kemudian, syarikat forwarder akan kira jumlah yang anda perlu bayar kepada mereka sebelum barang anda di-pos ke alamat anda di Malaysia.
Beli barang di Amazon → pilih virtual address forwarder → forwarder ambil barang → kira total pos ke Malaysia → pos barang ke Malaysia → barang sampai ke anda (pembeli).
Sebagai contoh, satu syarikat forwarder ini memberikan saya virtual address di Ohio, United States sedangkan seumur hidup saya belum pernah ke US apatah lagi memiliki alamat sendiri di US.
Ada apa-apa pertanyaan mengenai cara beli barang di Amazon.com dan ship ke Malaysia boleh tinggalkan komen di bawah. Tutorial cara beli barang di amazon versi English boleh di baca di sini : How to Shop on Amazon.com (US) and Ship to Malaysia.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 9.8Kviews
- 7
Jadah Habis Duit Aku
klau ada masalah nk return item. diorg tanggung tak kos penghantaran return? atau kita yang kene tanggung?
Einz
1) kalau beli barang tapi bila terima barang tu defective, rosak, problem dari manufacturer….boleh return ke amazon dan amazon tanggung kos return tu
2) kalau salah beli barang, or barang terima tak sama seperti diiklankan, try contact seller or amazon untuk return…kalau diorang terima based on reasonable reasons baru boleh return dan amazon akan tanggung sebahagian kos return tu
kalau nak selamat, elak beli barang yang confirm tinggi risiko mudah rosak atau pecah macam TV, monitor, benda2 kaca.
https://www.amazon.com/gp/help/customer/display.html?nodeId=201819200
Awang Muhaimin
Saya membayar menggunakan kad BigPay, kenapa selepas selesai order wang di dalam akaun bigpay tidak ditolak lagi? ke kena tunggu dahulu.
Einz
First merchant akan tolak dulu normally $1 untuk verification, after order confirmed baru dia akan tolak dari balance duit.
Daus
Salam, nak tny kalau guna forwarder tax mcm mana geh bayar?
Einz
Some forwarder akan calculate dulu then ask buyer buy before sending the item. Some forwarders pass the cost to buyer Untuk bayar sendiri kat custom kalau custom ask for payment to release the items.
Tolongbeli
Admin sy tumpang link ye..
Kalau nak beli barang indonesia boleh try la guna service saya. Ala2 personal shopper gitu tolong beli barang dan pos kemalaysia sekali. Kadar upah rendah transparent dan halalan toyiban
Jemput masuk di
Tolongbeli.com.my
sharulhafiz
Ada tips untuk jimatkan kos penghantaran dan duti import tu? Ada group utk pool barang amazon yg dibeli setiap bulan ke?
Einz
Untuk personal use, kalau nak save, jangan beli sekarang sebab musim covid-19 belum surut dekat US, so kos shipping dan handling memang mahal sangat berbanding musim sebelum ni kalau direct Amazon. Biasa group2 personal shopper yang buat pooling Amazon, Ebay etc yang US punya online store ni.
Start collect idea item nak beli now, cari geng kalau nak sharing, then musim black friday nanti baru beli banyak2.
Freya
Boleh suggest tak forwarder mana yang servisnya elok dan harga berpatutan? Ini untuk pembelian barang online UK/US dan AUS. Lepastu, bila forwarder sudah hantar barang kita ke Malaysia, macam mana nak tahu courier mana yang akan ambil alih?
Rez
Salam nak tnya, lepas smpai kastam malaysia..barang tuh akan dihantar kepada kita guna apa yer? Sbb hnya ada tracking USPS..dan dh seminggu last tracking kat KLIA airport…
SYIDA
Admin, kalau saya dah selesai buat pembayaran kepada amazon termasuk details penghantaran dan kos shipping dia.. dan penolakan pun telah dibuat ke atas akaun debit saya, tetapi 2 hari kemudian saya buka semula website Amazon utk trace produk yang saya telah order tu, dia tulis tiada order pernah dibuat.. Macam mana nak tahu sama ada produk tersebut telah dihantar atau belum?
Hadi
Sy beli barang di amazon dah 4 hari masih belum comfirm shipment lg, adakah itu biasa dan sy kena tunggu lg, atau sy perlu call customer services. Terima kasih admin
Einz
Normal kalau overseas order. Kalau local (US to US) diorang instantly confirm shipment.
FN
Ada kebarangkalian ke barang ditahan di kastam KLIA? Macam mana prosesnya kalau begitu?
Einz
Kebarangkalian tu ada kalau beli barang2 yang not allowed di Malaysia. Generally, beli toys, electronics, skincare, baju seluar bag kasut etc should be ok.
Khir
Salam bang, nak tanya. Kalau kita beli action figures/patung permainan dari Amazon kena tahan tak? Kalau barang dah sampai kastam kena cukai lagi ke? Ke dia dah siap bayar dari harga barang yang kita beli dari chart Amazon tu? Then, kalau barang dah sampai Malaysia, barang tu akan terus dihantar ke alamat kita ke? Kalau hantar selalu pakai Courier apa? Selalu abang beli barang Amazon dari USA/UK ambil masa berapa lama?
Einz
Salam, kalau beli action figures tu kalau normal punya jarang la sangkut kastam, unless beli toys yang adult or sexy. Yang tu kena beli ikut jalan lain. Depends, kalau location tu dalam coverage, diorang kira macam pos direct je ke rumah. Kalau luar coverage, baru forward ke local courier. Biasa paling cepat 2 minggu, average 3 minggu. Kalau nak cepat, amek express shipping tapi mahal sikit, tu tak sampai 1 minggu dah sampai kalau tak sangkut dekat kastam.